salam'alaik!
hepi circle, bulatan gembira, kasih sayang ikatan ukhuwah fillah..dan ade jugak yang kata usrah fillah.. yang kata ni, sorang adek sayang saya..haihaihai...apa2 lah sayang oii..akak hepi jer! ^^
taip entry ni pun sebab hepi jer tengok adek2 semua hepi...ALLAH...baru lah terasa diri ni kakak kakak sangat...selama ni, kakak la jugak, tapi tak berapa la nak kakak nye pun..hehe..takpelah,papepun, jalan ni,,bukan ALLAH suka2 nak bagi...
nak pesan dekat diri sendiri...ALLAH takkan pernah sia2kan setiap apa yang hambaNYA lakukan...lagi satu..hak kita untuk kite laksanakan sepanjang perjalanan kehidupan, sentuh seberapa banyak hati yang kita mampu untuk kembali kepada jalan DIA..tugas kita..SAMPAIKAN..jangan cakap tu tugas NABI atau RASUL je..tak tak tak..tukar mindset...tugas menyampaikan jugak terletak di atas bahu kita, yang sebenarnya termaktub dalam quran surah 2 ayat 30..(sila rujuk terjemahan masing2). itu..jelas..in sha ALLAH..
selepas tugas kita menyampaikan..kita berdoa pada ALLAH, semoga setiap perkara yang kita sampaikan memberi manfaat kepada mereka seterusnya membawa mereka kepada hadaf utama kita..mencapai REDHA DIA untuk bertemu DIA di syurga...lagi satu sebab kita perlu menjadi penyampai untuk semua sekalian makhluk di alam semesta ni, kerana kita tak pernah tahu isi hati mereka, mungkin terlintas dlm hati mereka untuk hidayah tu, cume taktahu jalan dan sumber..sebab tu, kite kene selalu bersedia dgn menjadi penyampai...caranya?
banyak! - akhlak- cara muamalah- peribadi- komunikasi skill-banyak lagi laa..kita mampu buat semua tu, sebab kita manusia yang hidupnya sama seperti mereka yang lain jugak..yang menjadikan kita lain ialah kita jalankan hidup kita dengan panduan Quran dan Sunnah...kita ade guideline, kite ade skema jawapan lengkap untuk di bawa ke SANA nanti...nak apa lagi? (jangan tepuk dada, terus tanya iman)
lagi lagi...lepas kita cuba untuk sampaikan sesuatu tu, kita jangan lupa..hak ALLAH...hak ALLAH yang memberi mereka hidayah dan taufiq...sama ada mereka boleh terima atau tidak, itu urusan DIA..DIA maha tahu apa yang terkandung dalam setiap isi hati hambanya...kita pulak, jangan sedih tak pasal2...keep on doa untuk mereka! in sha ALLAH..
ALLAH dah bagi dah satu ayat untuk kita
"sesungguhnya engkau hanya memberi peringatan kepada orang2 yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada RABB yang MAHA PENGASIH, walaupun mereka tidak melihatNYA. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia." (yasin:11)
tengok..jelas kan? =)
jangan putus asa k! ni nasihat untuk diri saya sendiri khasnya!
*tajuk entry sangat berkaitan dengan isi entry*
doakan saya terus istiqamah atas jalan ini..
doakan saya semoga ALLAH redha setiap apa yang menjadi impian dan cita2 saya
doakan saya semoga ALLAH izinkan hati2 mereka itu mendapat sentuhan yang bermanfaat
saya sentiasa doakan kalian semoga setiap apa yang di lakukan mendapat rahmat dan redha DIA!
jom sama- sama masuk syurga!
"orang yang nak bawa orang lain masuk syurga, takkan buang masa!"
JOM!
almumtahanah
5.43 p.m
3/31/2013
walnut
ca.
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
cuti spring kali ni di isi dengan perjalanan permusafiran yang cukup panjang..
di mulakan dengan program daurah dari pihak MISG dengan tajuk "the unspoken truth"
alhamdulillah...ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu perkara yang terjadi itu sia2..dan hamba yakin akan itu..in sha ALLAH..dari segi penyampaian dan penjelasan sangat membuka minda setiap mereka yang mendengar...lebih2 lagi untuk hamba yang masih bertatih dalam jalan Dakwah dan tarbiyah ni....in sha ALLAH..
hadirnya program ini menjelaskan kite semua tentang tujuan hidup kite...apa yang kite prioriti kan dalam hidup..prioriti itu jugak kite kene kenal, mana yang perlu disegerakan dan mana y tidak...as for me, yang memang bergelar pelajar sepenuh masa, yang mengikuti bulatan gembira setiap minggu dan "join" halaqah tetap hujung minggu, dan tak kurang dengan kerja sekola dan projek2 yang perlu di selesaikan kadang2 lari dari jalan yang disediakan..kadang2 tersilap masuk lane..lupa mana yang penting yang perlu disegerakan...tapi, in sha ALLAH selepas segala penerangan yang di bentangkan tentang "siapa kita" dan "apa yang kita perlu jadi" membuka ruang dan peluang untuk lebih memahami dan selami...in sha ALLAH
sedikit sebanyak tentang isi program daurah ISR WEST 2013 --->tujuan hidup yang utama
1) hamba ALLAH [51:56]
2) Khalifah ALLAH [2:30]
dan setiap yang berada di sekeliling kita semua adalah "alat" untuk capai dua tujuan utama kita..in sha ALLAH
secara ringkasnya secara keseluruhan dari hamba yang kerdil ini, mulakan dengan kenal siapa diri ni sebenarnya, then kenal pasti kelebihan apa yang kita punya..lepas tu, gunakan sebaiknya kelebihan itu di atas jalan ALLAH...lepastu, kite jalan ikut jalan seorang "Individu Muslim", dan terus jalan "naik tangga" sampai kite jejak "Ustaziyatul Alam".. ameen!
prioriti biar jelas! "alat2" tu semua biar cantik dan kemas! ALLAH hanya pandang usaha! =)
selepas habes program daurah 2 hari, kami teruskan perjalanan kami selama 5 hari, dengan semangat dan mungkin dengan pemikiran yang baru..in sha ALLAH!
hamba gembira...syukur sangat..ALLAH bagi setiap apa yang hamba minta...hamba pernah bermimpi melihat air terjun dan pelangi, dan ALLAH izinkan hamba lihat 2 tempat air terjun dengan dua lapis pelangi yang sangat2 indah...walau tidak sama dengan mimpi hamba..ia tetap sangat indah...masha ALLAH!
ALLAH izinkan setiap apa yang hamba minta..subhana ALLAH...pengisian sepanjang perjalanan tidak kurang hebatnya,..syukur, ALLAH kumpulkan mereka2 yang punya kelebihan masing2, mengasah diri sendiri mencari "logam" yang tersembunyi hanya atas satu tujuan ---> REDHA ALLAH!
atas jalan ini hamba cuba kuatkan lagi kaki melangkah...memang tidak akan mampu untuk melakukan sendiri, sebab tu hamba perlu sahabat2 di sekeliling...dengan tarbiyah semula jadi dari alam sekitar...yang tidak pernah jemu lensa mata merakamkan keindahanNYA..kebesaranNYA...tidakpernah jemu ucapkan subhana ALLAH! masha ALLAH! ALLAHU AKBAR! tidak pernah jemu walau yang dilihat itu
"bende: yang sama (air, langit, pokok) tiada apa yang lain..sama je..tapi, hebatnya KUASA DIA, mata terpana dan terus terpana dengan keunikan ciptaanNYA..
salam!
3/17/1989
ehhhh..dah tahun 2013 laaa!
okay..3/17/2013.. ^^
alhamdulillah....ALLAH izinkan hamba hidup sampai umur ini...syukur ya ALLAH!
tahun kedua berjauhan dengan kedua ibu bapa tercinta...
alhamdulillah..tahun ni, tak dpt call mereka, hnya dengan mesej saja...suke nak share kat sini..
my mesej with my lovely abah:
me: "salam abah! kakuda dah 24 tahun..yeaaa..alhamdulillah! kirim salam mak...terima kasih mak abah besarkan kak uda..sayang mak abah!! *mesej terpaksa dipendekkan atas kesilapan teknikal*
mylovely abah: "wah wah dah besor rupanye budaktu..in sha ALLAH"
hanya sebaris kata....airmata tak berhenti mengalir! haih..jiwa rapuh! ehh..bukan...jiwa tak berapa nak kuat... =(
rindu mereka...
tak kisah la berapa pun umur hamba..hamba tetap putri bongsu mereka! ^^
alhamdulillah..syukur...ALLAH izinkan hamba lahir dalam keluarga yang sangat sederhana...mak abah yang sangat awesome! nak layan budak yang dah besar ni...gedik plus plus...(dengan famili takper! dengan orang lain, memang nak kene tampar 10 kali..=P)
okeh! siapa yang rasa nak bg hadiah tu...silalah..saya tak tolak! hehe..=P
tapi,,yang paling saya takkan tolak...DOA kalian semua! saya jugak sentiasa doakan kalian yang mengenali..yang terbaca..yang tersinggah di laman blog yang "comot" ni...in sha ALLAH...
kejap..racing cammna??? (rujuk post dibawah) =)
okay dah..ehh..belum..semalam layan "surat dari langit biru" boleh kata hadiah buat diri sendiri..^^
slot samarinda 15 episod..dari episod 1 sampai 15, tak berhenti menangis woooo.. ----> jiwa tak berapa nak kuat...mungkin sebab rindu famili..hmmmm..anyway, its a good movie..dah kalah dah kuch kuch hota hai...15 episod saya menangis tau!! *mata dah bengkak da ni..kepala pun sakit...next week final tak hengat! haihaihai...as for me, kita amek pengajaran,.in sha ALLAH banyak boleh belajar!
hidup ni..bukan setakat belajar dalam kelas jer...luar kelas ni, pelajaran paling bermakna! cubelah cari pelajaran di sepanjang perjalanan kehidupan...kita akan tersenyum di akhir nya nanti..terlalu banyak rahsia DIA untuk kita....
umur pun dah meningkat..amalan pun kenelah tingkatkan kan??
hmmmm...nak ketuk pakai hammmer kat diri sendiri..
"apa yang kau dah buat selama 24 tahun ni untuk ISLAM?"
(T_T)
doakan hamba agar tetap di atas JALAN ALLAH !
tarik hamba kalau hamba hampir tergelincir
tampar hamba kalau hamba masih tak sedar
pimpin tangan hamba masuk syurga sekali k!
almumtahanah
everyday make a turning point
lari ke "balcony" selidik siapa sebenarnya diri hina ini
yang sentiasa dambakan doa sahabat dan keluarga..
yang tak pernah kuat sendiri..
in sha ALLAH cuba gagah berdiri!
3/17/2013
119 walnut
ca.
salam!
sebelum baca, nak kasi muqadimah dulu..
entry kali ni kosa kata bahasanya agak "kasar" sikit..*its me though* haha!
ni bukan cerita suka suki..ini adalah puisi! hehe!
*okay, boleh terus baca.. =)
cemburu?
heh! aku cemburu?
nak cemburu pun aku takde hak!
bukan aku punya hak untuk cemburu
pada kau yang memang sedia bergaya
yang sedia cantik, kacak dan comel tu..
bukan hak aku untuk cemburu
pada kau yang bukan milik aku
buat ape aku nak cemburu?
buang masa aku je...
heh! aku akan cemburu kalau amal kebaikan kau "laju" dari aku
sebab aku taknak kalah dengan kau!
kita lumba! ehhh..ehhh..bukan,'
ehhh,,hmmmmm..aku tukar fikiran, okay, kita lumba!
tapi ada syarat! mesti sampai garisan penamat dan masuk dalam tu sama2!! tak boleh sorang2!!
macam ni, siapa yang jalan jauh ke depan, kene tunggu yang lambat kat belakang,
sebelum sampai ke garisan penamat, bukan aku seorang yang menang, aku bawak kau menang sekali,
kalau kau yang menang, kau bawak aku menang sekali..okay?? kita sama2 menang! Deal?
aku buat macam ni, sebab aku nak kita berlumba cara yang unik!
sebab kita orang LUARBIASA...orang yang LUARBIASA akan buat perkara yang EXTRA LUARBIASA!
lagi satu, garisan penamat tu, tak seronok kalau masuk sorang2...=)
percayalah cakap aku! garisan penamat untuk kita punya jenis perlumbaan ni, sedap, manis, lagi cantik plus plus tau!
taknak??
okay...kalau kau tanak sekarang, takper, aku jalan dulu, tapi aku tunggu kau!
kalau nak, JOM! kita lumba SEKARANG!
pasti, tepati syarat..SAMPAI KE GARISAN PENAMAT SAMA-SAMA! okay??
heh! pelikkan perlumbaan kita ni??
sebab ni adalah jenis cemburu aku! haha
orang kata, cemburu tu tanda sayang...sebab aku sayang la aku ajak kau lumba sekali!
dah! taknak buang masa! JOM!
*puisi "cemburu" asli fresh dari saya!
almumtahanah perlu tegas ajak mereka berlumba! *seronok jugak buat puisi "kasar" cmni..asyik "lentok" jer..hmmmm..kalau ini baik, saya akan teruskan! weeeeheee..^^
3/15/2013
2.13pm
walnut,ca.
"maafkan untuk rasa bodoh yang wujud atas serpihan jahiliyah-ku yang belum terluput. jangan lupa titip doa untuk aku. kadang aku lupa aku ini seorang mujahidah. heh, kelakar. maaf. sebab tak cukup kuat. hampir saja aku 'jatuh'. untung sempat ambil pelampung. :) alhamdulillah."
entah kenapa...suka quote ni.. =)
ALLAH..yup, hamba masih tak cukup kuat...mujur ALLAH tarik semula dengan persekitaran menjadi asbabnya...syukur ALLAH "cuit" sikit, teguran barangkali dan bawa kembali kepada DIA..mujur...syukur YA ALLAH..
terkadang rasa, sudah ter"imun" dengan setiap perkara yang terjadi...namun, terkadang rasa, "ubat" itu sudah tidak berkesan...in sha ALLAH, apa-apa pun yang berlaku..kali ni, hamba cuba kuat sendiri! hamba cuba!
sebab pilihan itu di tangan kita kan?
pilih gembira dengan sedih, pilih ketawa dengan menangis,pilih sakit dan sihat, pilih jalan mana yang kita nak lalu...semua hak kita..pilih dengan bijaksana! in sha ALLAH!
*hamba pun pernah tersalah pilih..takper..inilah jalan kehidupan..sebab...KITA CALON TETAP PEPERIKSAAN DI MEDAN UJIAN DIA!
dan itu..pegangan hamba! semoga ALLAH redha..
almumtahanah
12.28am
3/12/2013
walnut
ca.
~jalanhambamenujuDIAmasihjauh~
alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah!
ya ALLAH...sungguh,,ENGKAU yang MAHA TAHU atas setiap yang terlintas dalam hati hambaNYA..
sungguh! kakak sitiaisya, kalau kakak baca...kite sangat sangat hepi borak dengan kakak!
entry ni..khas untuk kakak...terima kasih kakak...semoga ALLAH redha...dan semoga ALLAH terus ikat ukhuwah kita semoga terus sampai syurga DIA! pimpin tangan kite ye kakak!
*ALLAH izinkan saya untuk sakit di siang hari, dan ALLAH izinkan saya senyum di malam hari...ALLAH...hamba jatuh cinta!! ENGKAU takkan pernah bg hamba sedih yang lama kan ya ALLAH...terima kasih!
awak2...kite hepi sebab kite pilih nak hepi..awak semua pun boleh! ^^