bismillah..
assalamu'alaikum...alhamdulillah...done with fall quarter 2013.
and what happened?
travel ke arizona 4 hari, 3 malam.. dan satu malam full dalam kete, walking, hiking 10 miles pegi balik so total 20 miles..sebab nak pegi sini
havasu fall, grand canyon
jalan nak ke sini..masha ALLAH...dengan sakit kaki, melecet,terseliuh..semua cukup, pakej..dan hasilnya..ini..subhana ALLAH!
dan itu mengingatkan hamba, begitu sukarnya jalan, untuk dapat sesuatu indah.
dan banyaknya dugaan untuk ALLAH hadiahkan dengan sesuatu yang sangat baik. husnuzon.
dan balik semula, hampir gelap.. hamba tak mampu nak teruskan perjalanan.. dengan asbab ALLAH hadirkan sahabat2 hebat, mereka sediakan hamba kemudahan. alhamdulillah.
didalam perjalanan balik, dalam keadaan gelap, ofkos dengan kaki yang tak berapa nak boleh melangkah namun gagahkan juga walau payah, terbayang wajah "dia".. yang jauh di mata.. lepas satu persatu impian dan harapan bermain di fikiran. hamba gagahkan lagi kaki untuk melangkah.."aku tak peduli dengan kau ni sakit!" hamba menangis..jalan terus..10 miles lagi untuk pulang. sahabat memberi semangat, mereka juga sakit kakinya, cramp, melecet, semua...kami semua dalam keadaan tertekan, dan buat hamba terfikir, kalau tidak ada DIA dalam jiwa dan hati dalam setiap kami, mungkin dah lama kami tersadai di kawasan yang kelilingnya gunung dan bukit. tiada siapa. gelap dan hanya cahaya bulan yang menerangi...telefon semua kehabisan bateri, torchlight semua makin lama makin malap..dan kami hanya punya satu cahaya.. bulan..itu yang menjadi penyuluh jalan kami...alhamdulillah..
dalam berat itu juga, hamba teringat kisah umar al-khatab bersama kisah hijrahnya Rasulullah. kaki berdarah, berkaki ayam. hamba sangat rindu rasulullah saat itu. dan sepenuhnya harapan hamba letak pada DIA.. LA HAW LA WALA KUWATA ILLAH BILLAH!
alhamdulillah...berjaya, hampir jam 12 malam sampai ke parking. masuk van, letak badan kaki semua, mata terpejam kaki langsung tak boleh bergerak..allahu..sakit..
itu kisah kelmarin.
dan terus berjalan esoknya.. ke antelope grand canyon..
bebatu yang hasilnya dari angin dan air. subhana ALLAH..satu lagi ciptaan DIA, dan buat hamba terfikir, kalau bukan DIA yang menggerakkan angin dan air tu untuk membentuk bebatu semua tu, siapa lagi yang mampu?
tak dapat nak nafi. hanya DIA yang mampu. masha ALLAH!
bahagian dalam upper antelope grand canyon
dan alhamdulillah, malam nye dapat tido hotel di vegas. =)
sambung lagi perjalanan tadabbur alam hamba. ke death valley..name tempat scary, tempat pun scary gak actually tp cantik semua! ^^
banyak juga "hadiah" dari DIA..-line takde, internet takde, jalan licin,- namun, alhamdulillah..DIA jaga. syukur.
dan itu tarbiyah. pelajaran.. alhamdulillah..
=)
dan alhamdulillah, kami sampai rumah dalam jam 2 lebih pagi. hampir pukul 3 pagi. fon yang dah lama mati terus cas.. (first time rasa tak boleh hidup kalau fon ni tak hidup..hohoho..mabuk air sejuk! =P)
dan ini khas untuk awak,
jujur... rasa itu ada.
rasa yang sama seperti yang awak rasa.
sama.
rindu.
takde line nak cari line, takde bateri nak cari charger terus cas fon..itu yang saya rasa. yup.
cannot deny.
dan saya nak amek ayat awak ni,
"ibarat air mengalir tanpa henti, yang tidak pernah rasa jemu berpusing melalui ranjau yang sama, diulang-ulang tanpa bosan..menjadikan kita berfikir apakah tujuan hidup ini jika tanpa cinta yang mengalir tanpa henti di celah2 jalur dugaan kehidupan..sesungguhnya cinta itu satu ni'mat yang besar dari DIA...maka jagalah ia dengan istiqamah"
in sha ALLAH..hanya kerana ALLAH, hanya dengan izin DIA..banyak saya belajar dr trip kali ni, dengan ada awak "bersama"..berbanding dengan saya yang dahulu...banyak lainnya..
semoga ALLAH izinkan awak temankan saya terus sampai syurga! =)
-buat "dia" yang ALLAH hadirkan dalam hidup hamba untuk kenal apa itu erti saling memerlukan
yang mengajar hamba apa itu saling melengkapkan,
yang membuat hamba untuk menyempurnakan,
"dia" yang ALLAH hadirkan buat hamba sebagai pencorak impian dan harapan di masa depan,
"dia" yang ALLAH izinkan untuk hamba berkongsi segala rasa dan cerita,
yang secara tidak langsung memberi hamba semangat melangkah ke hadapan,
itu "dia"..impian masa hadapan..
yang hamba harapkan teguh dan kuat atas paksi DIA. hanya kerana DIA!-
harapan tahun hadapan-semoga ALLAH kuatkan hamba dan "dia" untuk terus melangkah naik anak tangga seterusnya- semoga DIA redha yang pasti.
dan yang pasti jalan kali ni, lain dari yang lain, unik, dan osem!
letak sepenuhnya pergantungan hanya pada DIA.
next ke MUKTAMAR, LOUISVILLE KENTUCKY,
semoga ALLAH kuatkan jua kaki kami..
seminggu.. jangan takut terbang tinggi untuk mencari ilmu..
in sha ALLAH, pengalaman di MUKTAMAR akan di update selepas ini
jazakumullahukhairan kathira.
doakan setiap apa yang telah tersusun menjadi yang terbaik dan tidak pernah sia2
salam'alaik
8:43 am
windwood,ca
aj-
~on my way to be a better muslimah.~