salam'alaik!
bismillah..
alhamdulillah.. alhamdulilah..alhamdulillah..
sambung dari part 1 sebelum ni, yang masih dekat anak tangga satu
so yang ni, kita naik lagi satu anak tangga ---> Baitul Muslim (saya tulis je kat sini dulu..saya belum naik lagi..hehe..^^ *preparation tu penting kan, so, ni nak bagi input biar ready..okay,sesama kite yer..moga bermanfaat. =)
Part 2 -
Tanggungjawab Selepas Berumahtangga (Baitul Muslim)
1) berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam hubungan muamalah untuk bina jambatan saling
mempercayai
Sabda Rasulullah S.A.W, "orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuan terhadap isteri (pasangan)."
hadith lain,"orang mukmin yang sempurna iman ialah orang yang baik akhlaknya, dan lemah lembut terhadap isterinya atau pasangan dan keluarganya"
2) hubungan tidak seharusnya terbatas kepada hubungan di tempat tidur sahaja
- hubungan yang dapat menjalin persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang
- sama2 membaca, tunaikan ibadah, atur urusan rumahtangga, meluangkan waktu untuk bergurau dan bermanja
surah taha ayat 132
3) dalam hal bermesra dengan isteri
- Rasulullah pernah berlumba dengan Saidatina A'isyah
Baginda melakukan banyak kerja dalam membantu urusan rumahtangga - jahit dan baiki kasut
- hubungan pasangan tak terkeluar dari batas syariat
- tak menjatuhkan nama baik Islam
- tak terlibat dengan hal2 yang haram
habis part 2,
nak terus sambung part 3. dan ini yang terakhir in sha ALLAH.
part 3 -
Tanggungjawab Dalam Mendidik Anak-Anak
*orang kata, orang yang sedang dalam tempoh persediaan nak naik anak tangga lagi satu ni, kene sedia jugak untuk siapkan apa yang patut tentang anak-anak..so, jom! ^^
1) mendidik anak-anak - saham yang paling besar dalam rumah tangga
2) kegagalam perkahwinan atau tersalah pilih pasangan -punca keruntuhan rumah tangga
3) pertengkaran suami isteri
-beri effect kepada anak-anak -ganggu proses pembesaran anak2
-memberi kekusutan kepada anak2
4) PENTING- laksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak
surah furqan ayat 74
5) anak-anak lahir dalam fitrah - jadi soleh bila dapat pendidikan yang soleh
6) cari suasana yang baik untuk laksanakan tarbiyah dengan baik
sabda Rasulullah S.A.W ," seorang yang mendidik anaknya dengan baik adalah lebih baik dari sedekah secupak."
Rasulullah bersabda, "tiada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih utama selain dari adab yang mulia"
sabdanya lagi, "berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentukkan mereka dengan akhlak mulia"
alhamdulillah...dengan itu, tamat sudah episod "naik tangga satu lagi" ni
semoga bermanfaat dan selamat beramal!
kan kalau ade ilmu tapi tak amal tu ibarat pohon tanpa buah.. =)
*cakap dekat diri sendiri yang utama*
okay dah..boleh ready2 dah ni..in sha ALLAH!
semoga dipermudahkan urusan kalian semua. semoga ALLAH redha itu yang utama.
1/20/2014
8.15 am
west covina
ca.
bismillah..
alhamdulillah..ALLAH izinkan lagi untuk saya dapat hirup udara yang segar hari ni. ahad, 1/19/2014 waktu US.
penat sikit hari ni, kesan makan bebanyak semalam. wuhuu.
*padahnya makan tak hengat dunia. jangan membazir. itu yang penting.
okay..tanak cite pasal makan, nak sambung episod ni
kali ni, nak cite bab TANGGUNGJAWAB.
Part 1 - tangga satu - Individu Muslim
Tanggungjawab Sebelum Naik Anak Tangga ke-2 (Berumah tangga)
1) perkahwinan kerana ALLAH
bina rumahtangga Muslim
lahir keturunan yang solih
menjadi keluarga yang mampu tunaikan amanah serta pastikan perlaksanaan hidayah ALLAH berterusan
2) tujuan perkahwinan
-jaga pandangan
-pelihara kemaluan
surah ke 24 ayat 30-31
3) pilih bakal pasangan yang baik
-berkongsi hidup
-teman dalam perjuangan
kisah Saidina Umar al-khattab
-seorang ibu dan anak menjual susu. Saidina Umar tawar kepada anak-anaknya dan Abdullah setuju berkahwin dengan anak penjual susu yang jujur dan melahirkan Umar Al-Aziz.
kisah penjual susu ni, ade satu ketika, ibu penjual susu menyurh anaknya menipu dengan menambah sedikit air dalam susu tersebut, tapi anaknya menolak kerana itu sikap tidak jujur, Saidina Umar mengetahuinya dan terus menyatakan hasrat kepada anak2nya untuk mempersisterikan anak si penjual susu yang jujur itu. --> cebisan kisah dari pengetahuan saya yang lemah ni.. =)
Umar Al-Aziz merupakan cucu Saidina Umar Al-Khattab, seorang khalifah yang sangat berjaya.
keturunan dari diri sendiri untuk bina generasi yang lebih beriman
4)pilih pasangan baik akhlak dan pegangan agama sekalipun ia mungkin tak punya harta kekayaan dan
kecantikan
5) berhati-hati
-tidak menyalahi perintah ALLAH dalam urusan ini
- takut kemurkaan dan seksaan Allah
okay..ni Part 1 - anak tangga satu-
selamat beramal
=)
sumber dari perkongsian bulatan gembira kami-almumtahanah119-
^^ *sumber asal dari buku mana saya tak ingat, maaf!
Part 2-anak tangga ke-2- saya sambung episod 3
tanak bagi bebanyak sangat..nanti pening..^^
orait, salam dulu! ^^
ehh..jangan lupa, CARI ILMU LAGI YER.. ^_^
12.33 pm
1/19/2014
west covina
ca.
salam'alaik!
acewwaahh...siap teaser, episod bagai..^^
okay, first of all, say alhamdulillah..alhamdulillah alhamdulillah..
istighfar bebanyak okay..saya nak sambung topik atas tu..
okay, setelah beberapa hari stop, bukan takde idea ke ape, tapi i'm a student..so, faham2 je la kan..byk tanggungjawab..*orang baca menyampah ni, orang lain pun bizi gak, ade yang student gak, ade yang keje lagi, ade tu student plus mak mak lagi..ahaaii..okay, kalau jumpa saya, sila tegur saya, nk tampar, jangan lah..i takut..hoho..
okay, sambung lagi..
tajuk tangga kan..
okay..
tangga..sekarang, i will anggap yang baca ni, semua masih kat anak tangga satu yang sedang buat persiapan untuk naik anak tangga lagi satu.. (ni untuk diri sendiri sebenarnya..wuhuu.^^)
ape kite nak buat, as seorang muslim yang masih dekat anak tangga satu ni.
first --> bab cinta kepada manusia - cintai diri sendiri, cintai kedua ibu bapa kite, cintai adik beradik kita, kekawan kita, jiran tetangga..*ni perlu, as kite sedara sesama islam..hehe..manelah tahu kan tersangkut anak jiran sebelah tu haa..*kidding*
---> bab cinta pada yang utama - DIA, yang maha pemberi cinta. tanpa DIA, yang memberi rasa, kita takkan ada dekat atas dunia ni..bersuka ria untuk menyebarkan terus sayap cinta tu dekat seluruh alam sekitar..betul tak? betul tak? jawab sendiri, simpan sendiri la yer.. ^^
~ketuk pintu cinta DIA, dan nanti DIA akan buka semua pintu cinta untuk kita~ takcaya, cuba buat! =)
*kenapa cinta bab cinta pada yang utama tu saya letak lepas cinta pada manusia --sebab, saya nak make it like real dalam dunia y realiti. kita sangat perlu cinta manusia tu. tapi dasarnya cinta pada DIA.
okeh, saya bukan doktor cinta, tak pandai sangat bab2 ni..boleh rujuk mana2 doktor cinta kalau nak tahu lebih lanjut. =)
okay sambung
second --> siapkan diri, dengan melayan orang2 disekeliling kita ni as medium kita untuk buat pahala sebanyaknya. sebab nanti dekat anak tangga kedua, u will have ur husband or wife, and ur kids. kerenah, ya rabbi. tahan je la nak hadap kan. * i learn from people. look around you. learn from them. cikgu paling baik kan alam sekeliling.. ^^
third --> siapkan mental, akal fikiran yang matang sematang2 nya..sebab awak nak ready kan diri untuk hidup dengan orang yang totally lain yang totally tak sama jenis dengan awak kan. *nauzubillah, kalau ada yang nak duduk sekali dengan yang sama jenis..mintak jauh la yer.
sebab kenapa..sebab -Men are from Mars, Women are from Venus-
berbeza tapi sama
dulu saya pernah tulis entry pasal persamaan dalam perbezaan. nnt check it out dekat
sini.. ^^
ape lagi ea..
ohhh..ofkos, jalani kehidupan kita sebagai seorang muslim yang oh yeah ohsem bergaya, kacak berkaca mata. *yang takpakai cermin mata,macam saya,no worries, kita semua dah memang bergaya tanpa cermin mata..hoho.. =)
hmmmm...okay, last2..ni penting SANGAT!
ilmu agama, please..PLEASE..PLEASE cari dan terus cari. for me, ini sangat penting. penting sesangat. sebab kita nak bina rumah yang ada tangga yang bawak mawadah wa rahmah kan..so, ini sangat penting.
dah dekat anak tangga kedua nnt, jangan stop pulak cari ilmu tu, SILA TERUSKAN.
ni sebenarnya, sikit jer dari pandangan mata seorang marhaen seperti saya ni. nak share sikit tu je. bab ni. anak tangga satu. cari lagi ilmu bebanyak. best!
okay, sebab ni episod satu, nnt akan ada episod dua. TUNGGU!
p/s: untuk en. bakal suami, jom ready sesama! ^^
1/17/2014
west covina
ca.
12.08 pm
bismillah
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
syukur, ni'mat untuk hari ini, dan sebelumnya dan selepasnya
nak cite sikit pasal tangga kat sini
okay, basically kite as muslim, ade 7 anak tangga..
tangga pertama - Individu Muslim
tangga kedua - Baitul Muslim
tangga ketiga- Masyarakat Muslim
tangga keempat- Kerajaan Islam
tangga kelima - Daulah Islam
tangga keenam - Empayar Islam
tangga ketujuh- Ustaziatul Alam
okay, so now...tengok diri sendiri kita kat tangga mana se?
for me, obvious, masih di anak tangga pertama.
nak highlight kat sini..dari anak tangga satu ke anak tangga kedua.. =)
ready ke nak naik anak tangga kedua??
huihui..soalan ni selalu je main2 kat dlm fikiran ni..but, konsep saya, kita takkan pernah selamanya sedia kalau nak tunggu kita bebetul sedia.
macam kita periksa kat sekolah tu, kita tahu hari, waktu semua, tapi, still, ready ke kite mase tu nak jawab soalan tu?
tak ready pun kene ready jugak kan...
so, same konsep apply here. ready ke tak ready kene ready jugak.
dari Individu Muslim, ke Baitul Muslim..basically for seorang muslim, tahap ni y kritikal
-pemilihan-
kalian yang perempuan, perlu pilih seorang lelaki yang bukan sahaja imam di waktu solat, tp imam untuk setiap aktiviti harian. imam. awak tau kan maksud imam tu ape? --> ketua.
bukan tu jer tau, kalian kene pilih ni, ayah kepada anak2 kalian.so, kene pilih molek2 la kan..
dan kalian yang lelaki..ni yang penting, nak pilih makmum..ehhh..makmum boleh main pilih2 ea? haha..bukan2 ..untuk kes ni, kene pilih..sebab apa?
sebab, yang kalian pilih tu, ibu kepada anak2 kalian. IBU. tahu ibu tu sepatutnya macam mana kan..takyah pusing kepala jauh2..ingat balik muka mak kita, mama kita. umi kita, mami kita..haaa..tulah "IBU".. penting tak penting tu?
okay, so now camne?
ready dah?
macam scary je kan kalau fiikir banyak kali..
hmmm..okay, takyah fikir.
banyak lagi sebenarnya nak sampaikan..tapi semangat nak taip ni dtg bila dah nak time pegi sekola..hoho..
okay..kita stop dulu dekat sini. nnt saya sambung balik. =)
orait.sampai sini dulu.. salam..
ehh..jap..jangan lupa doakan saya, doakan kita semua! ^_^
1/14/2014
8.29am
west covina
ca.
bismillah
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
Muktamar Lousiville 2013 goes well.
kami berempat..