salam!
3/17/1989
ehhhh..dah tahun 2013 laaa!
okay..3/17/2013.. ^^

alhamdulillah....ALLAH izinkan hamba hidup sampai umur ini...syukur ya ALLAH!
tahun kedua berjauhan dengan kedua ibu bapa tercinta...

alhamdulillah..tahun ni, tak dpt call mereka, hnya dengan mesej saja...suke nak share kat sini..

my mesej with my lovely abah:

me: "salam abah! kakuda dah 24 tahun..yeaaa..alhamdulillah! kirim salam mak...terima kasih mak abah besarkan kak uda..sayang mak abah!! *mesej terpaksa dipendekkan atas kesilapan teknikal*

mylovely abah: "wah wah dah besor rupanye budaktu..in sha ALLAH"

hanya sebaris kata....airmata tak berhenti mengalir! haih..jiwa rapuh! ehh..bukan...jiwa tak berapa nak kuat... =(

rindu mereka...

tak kisah la berapa pun umur hamba..hamba tetap putri bongsu mereka! ^^
alhamdulillah..syukur...ALLAH izinkan hamba lahir dalam keluarga yang sangat sederhana...mak abah yang sangat awesome! nak layan budak yang dah besar ni...gedik plus plus...(dengan famili takper! dengan orang lain, memang nak kene tampar 10 kali..=P)

okeh! siapa yang rasa nak bg hadiah tu...silalah..saya tak tolak! hehe..=P

tapi,,yang paling saya takkan tolak...DOA kalian semua! saya jugak sentiasa doakan kalian yang mengenali..yang terbaca..yang tersinggah di laman blog yang "comot" ni...in sha ALLAH...

kejap..racing cammna??? (rujuk post dibawah) =)

okay dah..ehh..belum..semalam layan "surat dari langit biru" boleh kata hadiah buat diri sendiri..^^
slot samarinda 15 episod..dari episod 1 sampai 15, tak berhenti menangis woooo.. ----> jiwa tak berapa nak kuat...mungkin sebab rindu famili..hmmmm..anyway, its a good movie..dah kalah dah kuch kuch hota hai...15 episod saya menangis tau!! *mata dah bengkak da ni..kepala pun sakit...next week final tak hengat! haihaihai...as for me, kita amek pengajaran,.in sha ALLAH banyak boleh belajar!

hidup ni..bukan setakat belajar dalam kelas jer...luar kelas ni, pelajaran paling bermakna! cubelah cari pelajaran di sepanjang perjalanan kehidupan...kita akan tersenyum di akhir nya nanti..terlalu banyak rahsia DIA untuk kita....

umur pun dah meningkat..amalan pun kenelah tingkatkan kan??
hmmmm...nak ketuk pakai hammmer kat diri sendiri..

"apa yang kau dah buat selama 24 tahun ni untuk ISLAM?"

(T_T)

doakan hamba agar tetap di atas JALAN ALLAH !
tarik hamba kalau hamba hampir tergelincir
tampar hamba kalau hamba masih tak sedar
pimpin tangan hamba masuk syurga sekali k!

almumtahanah
everyday make a turning point
lari ke "balcony" selidik siapa sebenarnya diri hina ini
yang sentiasa dambakan doa sahabat dan keluarga..
yang tak pernah kuat sendiri..
in sha ALLAH cuba gagah berdiri!


3/17/2013
119 walnut
ca.



bidadari,
bidadari...
di mana kau?
ke mana kau?
lelah langkah, tercungap nafas..
terlalu besar mimpi di jiwa,
hakikatnya penuh lumpur berlumur..
tinggalkan aku,
tinggalah...
aku hanya hanya hamba.
aku hanya Abdullah..

******

salam'alaik ya 'Hurr..

Bidadari,
mungkin bukan diriku bidadari yang engkau cari,
ia ada dalam dirimu sendiri,
tidak jelas nampak di luar
mungkin bersinar di dalam...

ya 'Hurr..
mimpi dijiwa pasti amat besar,
ku pohon dan pasti kau juga memohon
agar mimpi yang begitu besar itu menjadi kenyataan
bila ia terukir, bersama kita bersihkan segala lumpur dan lumur
kerana, ia untuk kita bersama..
yang telah ditakdirkan ALLAH atas setiap yang berlaku
aku juga hanya hamba ALLAH...
malah hanya insan kerdil yang bergelar aisyah..
untukmu & untukku..
bersama menuju RedhaNYA..ITU PASTI!!!

~LONG BEAN~

*************

BIDADARI,
jiwamu bidadari,
jantung hatimu bidadari,
dekatnya bidadari itu,
terkadang terlepas pada pandangan.

gengam itu bidadari,
pelangi itu untukmu,
hilangkan lelah itu,
biar lelah itu lelah membontoti langkahmu...

mimpi di jiwa selalu menggetarkan naluri,
mencabar dan tercabar
namun bermimpilah kerana
mimpi menyulam realiti,
lumpur berlumur,
intan ada padanya..

melangkahlah bersama bidadari
jangan meninggalkan
jangan minta ditinggalkan
Ana 'abid Allah
Ana khalifah Allah
Ana dan bidadari adalah sama,
mari ikat qalbu kita
dengan tali aqidah yang satu
pada tiang jihad mencari mardhotillah..

bidadari
hulur tanganmu,
membantu mereka yang menghulurkan tangan padamu.
tiada madah seindah bahasa
ini hanya warkah,
semilir yang menenangkan..
insyaALLAH..

SENYUMLAH..

~CAHAYA KASIH~

****************

cemburu?

salam!
sebelum baca, nak kasi muqadimah dulu..
entry kali ni kosa kata bahasanya agak "kasar" sikit..*its me though* haha!
ni bukan cerita suka suki..ini adalah puisi! hehe!

*okay, boleh terus baca.. =)

cemburu?
heh! aku cemburu?
nak cemburu pun aku takde hak!
bukan aku punya hak untuk cemburu
pada kau yang memang sedia bergaya
yang sedia cantik, kacak dan comel tu..
bukan hak aku untuk cemburu
pada kau yang bukan milik aku
buat ape aku nak cemburu?
buang masa aku je...
heh! aku akan cemburu kalau amal kebaikan kau "laju" dari aku
sebab aku taknak kalah dengan kau!
kita lumba! ehhh..ehhh..bukan,'
ehhh,,hmmmmm..aku tukar fikiran, okay, kita lumba!
tapi ada syarat! mesti sampai garisan penamat dan masuk dalam tu sama2!! tak boleh sorang2!!
macam ni, siapa yang jalan jauh ke depan, kene tunggu yang lambat kat belakang,
sebelum sampai ke garisan penamat, bukan aku seorang yang menang, aku bawak kau menang sekali,
kalau kau yang menang, kau bawak aku menang sekali..okay?? kita sama2 menang! Deal?
aku buat macam ni, sebab aku nak kita berlumba cara yang unik!
sebab kita orang LUARBIASA...orang yang LUARBIASA akan buat perkara yang EXTRA LUARBIASA!
lagi satu, garisan penamat tu, tak seronok kalau masuk sorang2...=)
percayalah cakap aku! garisan penamat untuk kita punya jenis perlumbaan ni, sedap, manis, lagi cantik plus plus tau!
taknak??
okay...kalau kau tanak sekarang, takper, aku jalan dulu, tapi aku tunggu kau!
kalau nak, JOM! kita lumba SEKARANG!
pasti, tepati syarat..SAMPAI KE GARISAN PENAMAT SAMA-SAMA! okay??
heh! pelikkan perlumbaan kita ni??
sebab ni adalah jenis cemburu aku! haha
orang kata, cemburu tu tanda sayang...sebab aku sayang la aku ajak kau lumba sekali!
dah! taknak buang masa! JOM!

*puisi "cemburu" asli fresh dari saya!
almumtahanah perlu tegas ajak mereka berlumba! *seronok jugak buat puisi "kasar" cmni..asyik "lentok" jer..hmmmm..kalau ini baik, saya akan teruskan! weeeeheee..^^
3/15/2013
2.13pm
walnut,ca.

"maafkan untuk rasa bodoh yang wujud atas serpihan jahiliyah-ku yang belum terluput. jangan lupa titip doa untuk aku. kadang aku lupa aku ini seorang mujahidah. heh, kelakar. maaf. sebab tak cukup kuat. hampir saja aku 'jatuh'. untung sempat ambil pelampung. :) alhamdulillah."

entah kenapa...suka quote ni.. =)

ALLAH..yup, hamba masih tak cukup kuat...mujur ALLAH tarik semula dengan persekitaran menjadi asbabnya...syukur ALLAH "cuit" sikit, teguran barangkali dan bawa kembali kepada DIA..mujur...syukur YA ALLAH..

terkadang rasa, sudah ter"imun" dengan setiap perkara yang terjadi...namun, terkadang rasa, "ubat" itu sudah tidak berkesan...in sha ALLAH, apa-apa pun yang berlaku..kali ni, hamba cuba kuat sendiri! hamba cuba! 

sebab pilihan itu di tangan kita kan?

pilih gembira dengan sedih, pilih ketawa dengan menangis,pilih sakit dan sihat, pilih jalan mana yang kita nak lalu...semua hak kita..pilih dengan bijaksana! in sha ALLAH!

*hamba pun pernah tersalah pilih..takper..inilah jalan kehidupan..sebab...KITA CALON TETAP PEPERIKSAAN DI MEDAN UJIAN DIA! 

dan itu..pegangan hamba! semoga ALLAH redha..

almumtahanah
12.28am
3/12/2013
walnut
ca.
~jalanhambamenujuDIAmasihjauh~

alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah!

ya ALLAH...sungguh,,ENGKAU yang MAHA TAHU atas setiap yang terlintas dalam hati hambaNYA..

sungguh! kakak sitiaisya, kalau kakak baca...kite sangat sangat hepi borak dengan kakak!

entry ni..khas untuk kakak...terima kasih kakak...semoga ALLAH redha...dan semoga ALLAH terus ikat ukhuwah kita semoga terus sampai syurga DIA! pimpin tangan kite ye kakak!

*ALLAH izinkan saya untuk sakit di siang hari, dan ALLAH izinkan saya senyum di malam hari...ALLAH...hamba jatuh cinta!! ENGKAU takkan pernah bg hamba sedih yang lama kan ya ALLAH...terima kasih!

awak2...kite hepi sebab kite pilih nak hepi..awak semua pun boleh! ^^

perempuan

*tajuk entry dah macam pakcik APG punye entry* haihaihai..sape tak kenal pakcik APG, ni link die..
http://angelwearsgucci.blogspot.com/2013/02/perempuan.html <---- bicara="" p="" perempuan..=")" soal="" sukesukijenakpanggilapgnipakcik..hehe..="">
but as for me...opps..lupa.. salam'alaik! ^^

okay..sambung...perempuan...wanita...haihaihai...makhluk yang unik katanya...mereka la yang kata..kite ni perempuan, tak rasa unik pun..(kekadang tu rasa gakla)..lumrah..die kata kite unik..kite kata die unik..(die baca lelaki).

bila baca blog dr MAZA semalam, (rujukan di sini  ----- >http://drmaza.com/home/?p=1350)

ternampak satu hadith

“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).

fitnah = wanita

tengok...hebat tak hebat seorang perempuan tu sampai boleh bawa kepada fitnah...awak tau kan, fitnah ni berat..fitnah yang ikut konteks pemahaman saya akan membawa kepada sesuatu keburukan yang amat dahsat..na'uzubillah...

ALLAH dah tetapkan setiap yang berlaku,pasti berlaku...dan tidak ada kebetulan ALLAH izinkan saya untuk bukak blog drMAZA ni, untuk saya baca semua pasal perempuan dekat blog APG tu...dan tidak ada kebetulan untuk saya taip jadikan entry kat dalam longbean-longbean ni...semua ALLAH dah susun..kenapa?

sebab..saya sedang melalui fasa ini...penyebaran fitnah dari mereka yang mungkin saya kira saya kenal mereka..tapi mungkin masih belum kenal...takper...mereka adik2 dan sahabat saya...yang saya akan bawa bersama masuk syurga...in sha ALLAH...^^

ya mungkin, saya boleh terima dengan senyum gelak ketawa..(sampai tulis status kat fb) ---> 

"Don't say everything if you don't know nothing" 

Jami Muharram..i curi status u..macam kena pulak dengan keadaan...haihaihai...

Saya masih senyum gelak ketawa lagi bila dengar suara2 itu bersuara..alhamdulillah...jangan lupa doakan yang terbaik okay! ^^"


ni...saya jumpe status adek saya jamimuharram, dan ia terkena tepat dengan kondisi saya...alhamdulillah...perkara ini, saya sedar dan saya masih anggap "mereka tidak tahu, maafkan mereka"

in sha ALLAH....

saya cuba... mereka yang berkata, mungkin tak sedar ia boleh bawa kepada fitnah, dan yang menjadi mangsa adalah saya dan "dia"..mungkin dalam tidak sedar..waallahu'alam...bukan berniat untuk mempeRBEsarkan cerita..cuma nak highlightkan besarnya pengaruh seorang perempuan itu untuk menaikkan dan menjatuhkan seorang yang lain...

p/s: saya tidak bangga langsung kalau saya jadi bahan fitnah untuk jatuhkan airmuka orang lain
semoga ALLAH pelihara saya dan juga awak semua dari menjadi pencetus fitnah dan penyebab fitnah buat mereka..
taktahu keadaan sebenar, boleh tanya...jangan terus buat assumption, jangan terus sebarkan apa yang belum pasti..

sebab perkara seperti ini boleh berlaku pada sesiapa pun..saya, awak, dan juga mereka..terus fikir positif ..takper, ALLAH sedang uji.. =)

jujur, keadaan saya masih belum kronik, pada pandangan saya,in sha ALLAH...doakan saya..kalau itu baik, semoga ALLAH redha dan izin, kalau itu tidak baik, semoga ALLAH lindungi saya dari suara2 yang bersuara hanya disebalik tabir rahsia..hentikan, itu cuma membuang masa. 

dan untuk saya dan juga awak yang mungkin membaca ---- > "sebagai seorang dai'e, kita takkan ada masa untuk berkecil hati, biarkan mereka berkata apa mereka suka, jangan lupa pesan pada mereka terus doa yang terbaik untuk kita, in sha ALLAH" 

almumtahanah
2/21/2013
librarycalpolypomona
12.57pm

random said to myself

"ujian itu satu pembersihan. pembersihan jiwa biar yang tinggal di dalam hati kita hanya ALLAH yang MAHA ESA" (hilal asyraf)

bismillah,

bukan pasal ujian yang ingin hamba nukilkan di sini...bukan pasal jiwa yang perlu dibersihkan yang ingin hamba lontarkan di sini...bukan...kata2 itu di kongsikan sebagai satu titik mula buat kita semua yang kadang2 terlupa dan terlalai seketika...bukan salah dia, bukan salah sesiapa...bukan juga salah keadaan sekeliling mereka...semua itu sudah aturanNYA..ujian itu, tetap ada..alhamdulillah terus, jangan lupa..in sha ALLAH...

alhamdulillah....selepas bercerita dengan kedua parents tercinta, kembalikan hamba semula pada siapa sebenarnya hamba di dunia...keyakinan mereka terhadap hamba untuk hamba berjalan sendirian di tanah yang jauh dari mereka...bukan selalu kami berjumpa di alam maya, bukan tiap masa kami berborak melalui telefon, bukan selalu kami bergurau...dan perkara yang bukan selalu kami dapat ini, berjalan diam diam sudah hampir dua tahun...alhamdulillah....itu masih lagi di ragukan,? bagaimana hamba melangkah di sini,,yang pada zahirnya ramai di sekeliling, tapi sendirian dalam keramaian? itu semua kerana DIA!

ingat semula pesan dia yang membesarkan hamba, "awak tak jalan seorang, ALLAH ada selalu..nak takut apa lagi? selawat jangan tinggal, terus zikir dalam hati, in sha ALLAH..ALLAH jaga"

ALLAHURABBI...itu..itu yang hamba lupa...lupa..yang selama ini pun, ALLAH yang jaga hamba melalui perantaraNYA..sahabat2 hamba...mereka..yang ALLAH kirimkan buat hamba, penyelesai segala kekusutan hamba...penyeri kemuraman hamba...yang selalu buat hamba gembira..itulah mereka...sahabat-sahabat hamba...tiada apa yang mampu hamba balas, melainkan doa buat mereka sebanyak-banyaknya agar hamba boleh lagi berjiran dengan mereka di syurga sana..

kekuatan itu perlu...perlu selalu untuk hamba terus berlari menggapai redhaNYA...hamba mulakan dengan merangkak, dan jatuh, bangun, dan jatuh, jalan dan jatuh..kini..hamba cuba berlari..dan pasti, hamba akan jatuh...itu pasti, nmun, jatuh hamba kali ni tidak akan seperit jatuh hamba yang lalu...in sha ALLAH...sebab hamba faham, faham yang hidup ini ALLAH bagi kita jatuh, semata-mata nak suruh kita kembali kepada DIA..takde sebab lain..itu saja...mudah...in sha ALLAH..

hamba tetap merangka jalan kehidupan yang di depan, hamba tetap melakar impian di langit dengan penuh harapan, hamba tetap melukis senyuman dalam tiap bait perkataan yang tersimpan, namun, hamba yakin sepenuhnya, yang menetapkan segala kejadian itu hanya DIA! yang memiliki setiap sesuatu!

"dan DIA lah yang berkuasa atas hamba-hamba.NYA. dan DIA MAHA BIJAKSANA, MAHA MENGETAHUI" (AL-AN'AM:18).

terus bersyukur dan berdoa sebanyaknya...sebab hanya DIA yang mampu buat kita bahagia dan terus gembira..hanya DIA yang mampu memberi jiwa jiwa itu tenang semula...wallahua'alam

almumtahanah
5.13pm
2/4/2013
walnut,ca.

;;