alhamdulillah.. thummaalhamdulillah..

ujian..

bukan susah je ujian. senang juga ujian. selalu dengar kan orang sebut macam ni.. and yes.. it is..
bila kita gembira kekonon everything was fine, and pom tetiba ade yang "usik".. nanges tak?

yes, gua nanges beb!
allahu.. ujian, sebab ALLAH kate dunia ni mmg pentas ujian, dan engkau berani kata kau beriman and sesenang nak masuk syurga sedangkan tak dapat apa2 ujian? lu silap!

ni haa..bukti,

" apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi ALLAH orang2 yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang2 yang sabar." (al-imran:142)

letak tangan dekat dada, pesan dekat jantung hati.. ALLAH ada..ALLAH ada.. =)

tanak cita panjang, yang merasa itu hamba, dan alhamdulillah. ini membuatkan hamba menjadi lebih kuat dan sedar betapa pergantungan hidup hanya kepada DIA! yang lebih berhak ke atas diri hamba.

manusia.. mereka jambatan.. mereka perhiasan.. mereka juga ujian.. semoga ALLAH redha.

dan betapa hebatnya seorang mukmin itu, apabila diberi rezeki dia bersyukur, dan apabila ditimpa musibah dia bersabar. wallahu'alam. in sha ALLAH.

saya doakan kalian sentiasa dalam rahmat ILAHI.. dan keep on syukur, sebab DIA selalu tahu apa yang terbaik untuk setiap dari kita. doakan saya dan kami juga..

me,mydearhubby,and our little caliph coming soon in sha ALLAH.=)

2/12/2015
8.45 pm.


"Aku Terima NikahNYA"

alhamdulillah!
cincin di jari manis ku. ia halal. alhamdulillah.

lafaz akad. satu lafaz besar yang di ucapkan oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Di genggamannya satu tangan suci, tangan yang gigih mencari rezeki untuk anak dan isteri. Itu tangan seorang abah. masha ALLAH. tiada tangisan di pipi. hanya senyuman.

lirik mata itu ku tatapi. terima kasih mak, terima kasih abah. terima kasih mama. terima kasih papa. dan teramat terima kasih buat suami tersayang. we went through all this even tak sampai setahun.

in sha ALLAH. serba sedikit tentang perkenalan kami. we went all this.

NOV 10 2013 - risikan khabar dr seorang sahabat. bertanya soal calon. dan proses.

taaruf dengan sekeping biodata dan gambar.
my mr.husband di malaysia and me di california.

MAC 23 2014 - rombongan keluarga Mr. Husband datang rumah. risikan melalui keluarga.
dan saya masih di california.

medium berjumpa keluarga Mr.Husband - SKYPE. when i feel super duper sleepy. jumpa bakal mak and bapa mertua dengan mata ngantuk da terlentuk-lentuk. haaa.. its me! and that, alhamdulillah! gua tido dalam senyuman weyh! mak abah kata ya, and i should say yes la jugak kan. hehe

JUN 28 2014 - rombongan kali kedua dari keluarga Mr.Husband, dengan cincin. hanya kami. dua keluarga. alhamdulillah.

AUG 30 2014 - rombongan kali ketiga dari keluarga besar Mr.Husband. dengan cincin dan mas kawen.

tempat: Masjed Jamek Labis.
alhamdulillah. lafaz akad sah.

and.. here my journey as a wife to Mr. Hanafi A.Hamid begin...

nampak senang kan.. 9 bulan tempoh perkenalan kami. kalau orang tanya kenapa dia, saya jawab sebab ALLAH yang pilih dia. when i have a no in my answer. dan kalau DIA izinkan, DIA mudahkan. ini antara kate-kate semangat yang dipasakkan dalam stiap bait doa. every day. and till now, sebab ujian, bukan hanya datang bila kita susah, bila senang pun boleh datang. wallahu'alam.

saya tanak cerita sebelum munculnya seorang dia tu bagaimana. satu pesan saya, bukan mudah untuk mendapat yang mudah. usaha. doa. tawakkal. setiap saat. jangan putus asa. masa silam tu pelajaran. dan perjalanan. lepaskan.

dan kami sedang dan masih dalam sesi taaruf. berkenalan hingga syurga. banyak yang dapat kenal lepas bernikah. alhamdulillah. syukur ya ALLAH, kerana ENGKAU pilih kami atas jalan ni. semoga diberkati dengan rahmat dan redhaMU.

untuk setiap pasangan suami isteri. selamat melebarkan sayap cinta! bercintalah sampai syurga! biar bidadari cemburu pada isterimu. biar tiada raja pun yang layak untuk isterimu melainkan kamu nnt disyurga!

untuk mereka yang masih mencari siapa dia yang tercipta untukku. teruskan usaha dan doa. satu lagi. untuk gegirl gegirl di luar sana. tiada istilah "perigi mencari timba". bila nampak ada yang berpotensi menjadi suami, go for it! cari org tengah. make a way, do a step. belajar macam mana nak approach orang, jangan buat buat pandai!

*sori pesanan banyak nau dah macam mak mak. ehh..by the way, doakan kami untuk anak anak yang soleh wa musleh comel comel kiut miut.. hehe.. ^_^

sekian. sampai sini dulu.
1:26 pm
SEPT 18 2014
taman tampoi utama.
puan aisahtull jamiza abd jamil. =)

jarak dan masa

"sedih cite kita ni kan, dipisah oleh jarak dan masa"

yup, sedih..
tapi, tengok langit, tengok bumi,
tengok bulan, tengok matahari..

mereka saling memerlukan, tanpa perlu bersama.
bulan datang, matahari pergi, matahari datang, bulan pergi.

langit di atas, bumi di bawah.
semua berada di paksi mereka sendiri.

fitrah.
ini fitrah sayang.
fitrah.

yang kalau berkasih dan bercinta itu bukan makna bersama setiap masa.

macam suami isteri jugak, suami mencintai isterinya, keluar pergi cari rezeki..sesuap nasi untuk keluarga yang dia sayangi, yang dia cintai..untuk masa depan yang lebih membahagiakan. bukan setiap masa bersama.

yang ada setiap masa bersama itu. doa. senjata paling kuat untuk setiap mukmin.

doa kepada yang maha ESA. sesungguhnya itu paling bermakna.

dan satu lagi, yang menghubungkan yang jauh dengan jarak dan masa adalah iman.

iman kepada DIA. yakin sepenuhnya pada siapa kita perlu letak sepenuh pengharapan.

in sha ALLAH sayang,

DIA MAHA TAHU SEGALA SESUATU.

bila kita terima sesuatu, yakin dengan pasti, itu yang kita mampu.

sabar ye sayang. satu hari nanti, bila tepat waktunya.. kerana ia fitrah kita manusia, yang saling mencintai sesama kita. DIA pasti akan ketemukan kita. dan dua hati ini akan menjadi satu. in sha ALLAH. jom doa sebanyak banyak nya.

dan ku niatkan segala setiap sesuatu yang ku lakukan, hanya kerana DIA yang maha satu.

wallahu'alam.
cemburu melihat indahnya kasih bulan dan matahari, siang dan malam, langit dan bumi.
allahuakbar.

hitung hari terbang balik ke Tanah Melayu
June 10th 2014
10.47 am
West Covina, Ca.

istikharah cinta

allahurabbi


bergenang lagi ghupenye bila dengar balik lagu ni..ingat dah kuat dah..aisey..


"sebut namaMU, terukir merdu, tertulis dalam sejadah cinta..tetapkan pilihan, sebagai teman...kekal abadi hingga akhir zaman."


in sha ALLAH, amen amen ya RABB.


semoga teguh satu pilihan ini atas rahmat dan redha MU,


dan mungkin bukan hamba yang pertama, izinkan untuk hamba menjadi yang selamanya..


allah allah.. makin sayu..


tabah hati! kau dah tak perlu menangis. DIA da bagi apa yang kau perlu.


in sha ALLAH, kira hari tuk final buat kali terakhir di sini, dan kira hari tuk terbang balik ke Tanah melayu. Malaysia. dan kira hari utk hari itu, dan kira hari utk hari2 akan datang kemudiannya. kalau ALLAH izinkan. kalau tidak, segala perkiraan akan terus terhenti. dan DIA MAHA TAHU.


dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.


I need space. Ruang for myself.
runsing akan masa depan itu banyak buang waktu.
please. let me be at this moment.
every moment.
so, that we will appreciate each other. more appreciate. kan macam tu kan?
in sha ALLAH.


semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih saying Ilahi. =)


istikharah cinta ini akan terus menjadi teman dalam hidup hamba.

kira hari

salam!
jom kira kira hari,

05/30th 2014 - June 16th 2014
get ready to say bye to bumi Amareka.
sikit je lagi ni.
buang tepi orang kate ape, letak sebelah semua nasihat, biar jalan sesama.

June 13th 2014 - walking and graduating in sha ALLAH.
may ALLAH ease.

June please bring sunshine to me.
30 days more till Ramadhan. ALLLAHUMMA BALIGHNA YA RAMADHAN

*ni entry versi update life. hiho*

ini hanya satu tempat yang semua orang kene lalu..sebelum kita pergi tempat abadi. dan DIA tak janji jalan itu mudah, tapi siapa yang berusaha, DIA pasti beri. dan DIA tidak memungkiri janji. allahumma ameen.


Srikandi SIti Khadijah

bismillah..

assalamu'alaikum.

seawalnya saya terjaga dari tidur hari ni, jam 4.30 am terus terngiangkan lagu Siti Khadijah nyanyian inteam. lirik dia.. allahurabbi..menusuk.

"tika rasul terpinggir, engkaulah insan terhampir"
allahu...seorang isteri kepada seorang rasul. Muhammad s.a.w.

"indah jalan menuju ALLAH, jika teman seperti Khadijah" - ni deep.

srikandi khadijah, lambang ikon isteri solehah, yang setia berada di sisi suami.
sanggup masa suami susah ada kat sebelah bagi semangat, masa suami sakit, bagi penawar. allahu..mujahidah solehah.

belajar menjadi seorang isteri dari srikandi khadijah.
in sha ALLAH.

semoga ALLAH izinkan ameen.

hamba tersangat mahu menjadi seorang yang seperti srikandi khadijah itu. berada di sebelah, di belakang, di tepi, di kiri dan kanan sepanjang masa. sepanjang masa. susah senang. ketawa gembira. menangis. bersama.
cita2 tinggi melangit. in sha ALLAH. semoga ALLAH izinkan.

seorang khadijah itu. sangat mulia. semoga ALLAH merahmati.

aj
3/16/2014
7:07 am
west covina
california



"waahh...cantiknyaa kakak..comel.." AJ

"untuk suami akak nye" Kakak.

ALLAH ALLAH ALLAH..
SUBHANA ALLAH..
ALLAHUAKBAR..

hebat jawapan seorang kakak yang saya masih belum jumpa secara "live"..alhamdulillah.

terpegun terkagum!

mampu kita nak cakap macam tu?

yup..kakak ni mampu, sebab beliau tahu mana patut dapat hak dan mana yang patut tak dapat.
masha ALLAH.

surah an-nur ayat 31, ALLAH ada bagi tahu..

"dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu semua kepada ALLAH, wahai orang2 yang beriman, agar kamu beruntung." (an-nur:31)

allahurabbi..jelas.
noktah.

semoga ALLAH redha.
ingat muslimah..cantik kita biar hanya pada yang halal saja. in sha ALLAH.
kerana kalian muslimah, begitu istimewa. <3 nbsp="" p="">
aj
3/7/2014
7:11 pm
west covina
california.

;;