"Aku Terima NikahNYA"

alhamdulillah!
cincin di jari manis ku. ia halal. alhamdulillah.

lafaz akad. satu lafaz besar yang di ucapkan oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Di genggamannya satu tangan suci, tangan yang gigih mencari rezeki untuk anak dan isteri. Itu tangan seorang abah. masha ALLAH. tiada tangisan di pipi. hanya senyuman.

lirik mata itu ku tatapi. terima kasih mak, terima kasih abah. terima kasih mama. terima kasih papa. dan teramat terima kasih buat suami tersayang. we went through all this even tak sampai setahun.

in sha ALLAH. serba sedikit tentang perkenalan kami. we went all this.

NOV 10 2013 - risikan khabar dr seorang sahabat. bertanya soal calon. dan proses.

taaruf dengan sekeping biodata dan gambar.
my mr.husband di malaysia and me di california.

MAC 23 2014 - rombongan keluarga Mr. Husband datang rumah. risikan melalui keluarga.
dan saya masih di california.

medium berjumpa keluarga Mr.Husband - SKYPE. when i feel super duper sleepy. jumpa bakal mak and bapa mertua dengan mata ngantuk da terlentuk-lentuk. haaa.. its me! and that, alhamdulillah! gua tido dalam senyuman weyh! mak abah kata ya, and i should say yes la jugak kan. hehe

JUN 28 2014 - rombongan kali kedua dari keluarga Mr.Husband, dengan cincin. hanya kami. dua keluarga. alhamdulillah.

AUG 30 2014 - rombongan kali ketiga dari keluarga besar Mr.Husband. dengan cincin dan mas kawen.

tempat: Masjed Jamek Labis.
alhamdulillah. lafaz akad sah.

and.. here my journey as a wife to Mr. Hanafi A.Hamid begin...

nampak senang kan.. 9 bulan tempoh perkenalan kami. kalau orang tanya kenapa dia, saya jawab sebab ALLAH yang pilih dia. when i have a no in my answer. dan kalau DIA izinkan, DIA mudahkan. ini antara kate-kate semangat yang dipasakkan dalam stiap bait doa. every day. and till now, sebab ujian, bukan hanya datang bila kita susah, bila senang pun boleh datang. wallahu'alam.

saya tanak cerita sebelum munculnya seorang dia tu bagaimana. satu pesan saya, bukan mudah untuk mendapat yang mudah. usaha. doa. tawakkal. setiap saat. jangan putus asa. masa silam tu pelajaran. dan perjalanan. lepaskan.

dan kami sedang dan masih dalam sesi taaruf. berkenalan hingga syurga. banyak yang dapat kenal lepas bernikah. alhamdulillah. syukur ya ALLAH, kerana ENGKAU pilih kami atas jalan ni. semoga diberkati dengan rahmat dan redhaMU.

untuk setiap pasangan suami isteri. selamat melebarkan sayap cinta! bercintalah sampai syurga! biar bidadari cemburu pada isterimu. biar tiada raja pun yang layak untuk isterimu melainkan kamu nnt disyurga!

untuk mereka yang masih mencari siapa dia yang tercipta untukku. teruskan usaha dan doa. satu lagi. untuk gegirl gegirl di luar sana. tiada istilah "perigi mencari timba". bila nampak ada yang berpotensi menjadi suami, go for it! cari org tengah. make a way, do a step. belajar macam mana nak approach orang, jangan buat buat pandai!

*sori pesanan banyak nau dah macam mak mak. ehh..by the way, doakan kami untuk anak anak yang soleh wa musleh comel comel kiut miut.. hehe.. ^_^

sekian. sampai sini dulu.
1:26 pm
SEPT 18 2014
taman tampoi utama.
puan aisahtull jamiza abd jamil. =)

0 comments: