assalamualaikum..ape kaba sahabat2 sekalian..dharap sihat gembira dan hebat selalu..insyaallah..


blog longbean ni dah lame x update..so..ade sedikit mase ni..longbean nk cite ckit pengalaman mnjadi fasi prog KBM( keindahan bersamaMU ).


actually..kem di SMK SERENDAH ni merupakan sekolah kedua sepanjang penglibatan longbean dlm dunia fasi menfasi ni..kali pertama jd fasi kat SMK TEKNIK PORT DIKCSON.. and partner longbean lum lagi bertukar org..huhu..sahabatku..adikku..ANISAH..sepanjang 2 kali jd fasi..beliaula yg mnjadi teman...alhamdulillah..


okay..berbalik semula kpd story kt SMK SERENDAH..tuk kem pd kali ni..pd awalnyer..longbean xpegi..sebab da cukup fasi..nmun,dgn kehendak ALLAH..seorang sahabat y sepatutnyer pegi xdpt pegi krn tdk mndapat keizinan dr pihak keluarge..then sahabat itu mnta supaya longbean mnggantikan tmpt beliau..tanpa pk panjang..longbean pun setuju...pd 29 jan 2010 (jumaat)...


kami betolak dr hostel lbih kurang kol 5 ptg..fasi dr tpmc ade 4 org..termasuk longbean n anisah..lgi 2 fasi da sampai awal..actually..longbean xtau y kem ni stat kol 3 ptg..ktorg btolak lambat sbb ade klas ptg tue..xkisahla tue..ktorg bgerak p ke bdr tasik selatan..ade y sebut south lake city..ape2 jela kan..sampai kt ctu..dgn konfidennye mmbeli tiket ke serdang..sbb,pd awalnyer anisah ckp diorg tunggu d serdang..sebelum tue..sempat la call sahabat sorang ni...n dpt tau mereka da smpi d kepong..rupe2nyer..kitorg perlu berkumpul d rawang..peristiwa kelamkabut ni agak lawak..xd sape y salah pun dlm hal ni..mklumlah,perhubungan jarak jauh..then..alhamdulillah dpt tukar tiket p rawang..


ya ALLAH..Jauhnyer rawang..huahuahua..perjalanan kami lebih kurang 2 jam termasuk mse menunggu ktibaan tren..hmmm...alhamdulillah sampai d rawang n solat maghrib d stesen rawang..


pas solat maghrib..kami menunggu pengendali kem ni..naik kete unser coklat..ni info dr seorg sahabat kami y da sampai...kemudian pengendali tersebut call n bg tau kt mne beliau parking...dr stesen rawang ke serendah agak jauh perjalananyer..prog ni djalankan d masjid..MASJID NUR IMAN SERENDAH...sumer peserta lelaki seramai 84 orang..info dr pakcik shah..sampai saner..ya ALLAH..mne fasi perempuan..xnmpak sorang pun..tnye kt shabat ni..rupe2nyer kami berdua jer wakil fasi perempuan...bayangkanla..sumer peserta lelaki n kami berdua saje fasi perempuan..mula2 agak ketar..gabra kot sumer lelaki..huhu..tp..alhamdulillah..pelajar SMK SERENDAH sgt hebat..sumer modul dpt djalankan dgn baik..alhamdulillah...kak nina ngan kak yat sampai awal pagi sabtu..lega ckit jumper mereka berdua..kami kenal kak nina ngan kak yat dr kem d port dickson..so..xdla canggung sgt bile borak..kem ni...tetap mengalirkan air mate longbean..walau hnye sekejap..kem ni tamat pada kol 12 lbih tgh hari sabtu..alhamdulillah..pak long yg anta kami balik ke stesen rawang..dlm tren..tdo..kepenatan..huhu..xdla wat ape sgt pun..mngkin sebab perjalanan y jauh..kami berpisah ngan 2 lagi shabat d bdr tasik selatan krn mereka turun d serdang..alhamdulillah..perjalanan kami dpermudahkan..sampai hostel lbih kurang kol 5..kemudian tido krn keletihan..alhamdulillah..
insyaallah..longbean hrp..klu ade lg prog KBM ni..longbean akn turut serta mmbantu mne y mampu..insyaallah..prog ni sgt hebat..tahniah kepade sumer warge JIM n KRJ..well done!! teruskan perjuangan kalian dlm mmbentuk generasi soleh wa musleh dr mse ke semase.. menyerlah jauh dr yg biase!!!insyaallah..

http://www.krj-motivasi.blogspot.com/




sebiru hari ini,seindah hati kita..
sebiru hari ini,
birunya bagai langit
terang benderang..
sebiru hari kita
bersama di sini..
seindah hari ini,
indahnya bak
permaidani syurga..
seindah hati kita
walau kita kan terpisah..
bukankah hati kita
telah lama menyatu
dalam tali kisah
persahabatan Ilahi..
pegang erat tangan kita
terakhir kalinya..
hapus air mata
meski kita kan terpisah..
selamat jalan teman
tetaplah berjuang..
semoga kita
bertemu kembali
kenang masa indah kita
sebiru hari ini..
puisi by: edCoustic
editted by : LongBean

seBUAH perTEMUaN..

http://www.youtube.com/watch?v=mkgrIyzAyLI

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan,
tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
mursyid:UnIC
khas buat teman sekalian..
posted by : LongBean

kata-kata cinta...

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Allah memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Karena Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat ~Hamka~

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Allah ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka~

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Allah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. Wallahualam.

artikel asal- puteri bakawali-
editted by - longbean-

cinta ALLAH

cinta ALLAH itu ibarat sepohon pokok - Ibn Qayyim -

AKAR- simbol ketundukan kepada ALLAH
BATANG- pengenalan mendalam tentang ALLAH
RANTING - perasaan takut kepada ALLAH
DAUN - rasa malu kepada ALLAH
BUAH - ketaatan kepada ALLAH
UNSUR LAIN ( MATAHARI,AIR N TANAH ) - ingat kepada ALLAH..

andai salah satu daripada elemen ini tiada atau hilang,maka berkuranglah kadar cinta tersebut..

copyright from - solusi isu no 15-
- page 76-

;;