jarak dan masa

"sedih cite kita ni kan, dipisah oleh jarak dan masa"

yup, sedih..
tapi, tengok langit, tengok bumi,
tengok bulan, tengok matahari..

mereka saling memerlukan, tanpa perlu bersama.
bulan datang, matahari pergi, matahari datang, bulan pergi.

langit di atas, bumi di bawah.
semua berada di paksi mereka sendiri.

fitrah.
ini fitrah sayang.
fitrah.

yang kalau berkasih dan bercinta itu bukan makna bersama setiap masa.

macam suami isteri jugak, suami mencintai isterinya, keluar pergi cari rezeki..sesuap nasi untuk keluarga yang dia sayangi, yang dia cintai..untuk masa depan yang lebih membahagiakan. bukan setiap masa bersama.

yang ada setiap masa bersama itu. doa. senjata paling kuat untuk setiap mukmin.

doa kepada yang maha ESA. sesungguhnya itu paling bermakna.

dan satu lagi, yang menghubungkan yang jauh dengan jarak dan masa adalah iman.

iman kepada DIA. yakin sepenuhnya pada siapa kita perlu letak sepenuh pengharapan.

in sha ALLAH sayang,

DIA MAHA TAHU SEGALA SESUATU.

bila kita terima sesuatu, yakin dengan pasti, itu yang kita mampu.

sabar ye sayang. satu hari nanti, bila tepat waktunya.. kerana ia fitrah kita manusia, yang saling mencintai sesama kita. DIA pasti akan ketemukan kita. dan dua hati ini akan menjadi satu. in sha ALLAH. jom doa sebanyak banyak nya.

dan ku niatkan segala setiap sesuatu yang ku lakukan, hanya kerana DIA yang maha satu.

wallahu'alam.
cemburu melihat indahnya kasih bulan dan matahari, siang dan malam, langit dan bumi.
allahuakbar.

hitung hari terbang balik ke Tanah Melayu
June 10th 2014
10.47 am
West Covina, Ca.

istikharah cinta

allahurabbi


bergenang lagi ghupenye bila dengar balik lagu ni..ingat dah kuat dah..aisey..


"sebut namaMU, terukir merdu, tertulis dalam sejadah cinta..tetapkan pilihan, sebagai teman...kekal abadi hingga akhir zaman."


in sha ALLAH, amen amen ya RABB.


semoga teguh satu pilihan ini atas rahmat dan redha MU,


dan mungkin bukan hamba yang pertama, izinkan untuk hamba menjadi yang selamanya..


allah allah.. makin sayu..


tabah hati! kau dah tak perlu menangis. DIA da bagi apa yang kau perlu.


in sha ALLAH, kira hari tuk final buat kali terakhir di sini, dan kira hari tuk terbang balik ke Tanah melayu. Malaysia. dan kira hari utk hari itu, dan kira hari utk hari2 akan datang kemudiannya. kalau ALLAH izinkan. kalau tidak, segala perkiraan akan terus terhenti. dan DIA MAHA TAHU.


dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.


I need space. Ruang for myself.
runsing akan masa depan itu banyak buang waktu.
please. let me be at this moment.
every moment.
so, that we will appreciate each other. more appreciate. kan macam tu kan?
in sha ALLAH.


semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih saying Ilahi. =)


istikharah cinta ini akan terus menjadi teman dalam hidup hamba.

;;