"Aku Terima NikahNYA"

alhamdulillah!
cincin di jari manis ku. ia halal. alhamdulillah.

lafaz akad. satu lafaz besar yang di ucapkan oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Di genggamannya satu tangan suci, tangan yang gigih mencari rezeki untuk anak dan isteri. Itu tangan seorang abah. masha ALLAH. tiada tangisan di pipi. hanya senyuman.

lirik mata itu ku tatapi. terima kasih mak, terima kasih abah. terima kasih mama. terima kasih papa. dan teramat terima kasih buat suami tersayang. we went through all this even tak sampai setahun.

in sha ALLAH. serba sedikit tentang perkenalan kami. we went all this.

NOV 10 2013 - risikan khabar dr seorang sahabat. bertanya soal calon. dan proses.

taaruf dengan sekeping biodata dan gambar.
my mr.husband di malaysia and me di california.

MAC 23 2014 - rombongan keluarga Mr. Husband datang rumah. risikan melalui keluarga.
dan saya masih di california.

medium berjumpa keluarga Mr.Husband - SKYPE. when i feel super duper sleepy. jumpa bakal mak and bapa mertua dengan mata ngantuk da terlentuk-lentuk. haaa.. its me! and that, alhamdulillah! gua tido dalam senyuman weyh! mak abah kata ya, and i should say yes la jugak kan. hehe

JUN 28 2014 - rombongan kali kedua dari keluarga Mr.Husband, dengan cincin. hanya kami. dua keluarga. alhamdulillah.

AUG 30 2014 - rombongan kali ketiga dari keluarga besar Mr.Husband. dengan cincin dan mas kawen.

tempat: Masjed Jamek Labis.
alhamdulillah. lafaz akad sah.

and.. here my journey as a wife to Mr. Hanafi A.Hamid begin...

nampak senang kan.. 9 bulan tempoh perkenalan kami. kalau orang tanya kenapa dia, saya jawab sebab ALLAH yang pilih dia. when i have a no in my answer. dan kalau DIA izinkan, DIA mudahkan. ini antara kate-kate semangat yang dipasakkan dalam stiap bait doa. every day. and till now, sebab ujian, bukan hanya datang bila kita susah, bila senang pun boleh datang. wallahu'alam.

saya tanak cerita sebelum munculnya seorang dia tu bagaimana. satu pesan saya, bukan mudah untuk mendapat yang mudah. usaha. doa. tawakkal. setiap saat. jangan putus asa. masa silam tu pelajaran. dan perjalanan. lepaskan.

dan kami sedang dan masih dalam sesi taaruf. berkenalan hingga syurga. banyak yang dapat kenal lepas bernikah. alhamdulillah. syukur ya ALLAH, kerana ENGKAU pilih kami atas jalan ni. semoga diberkati dengan rahmat dan redhaMU.

untuk setiap pasangan suami isteri. selamat melebarkan sayap cinta! bercintalah sampai syurga! biar bidadari cemburu pada isterimu. biar tiada raja pun yang layak untuk isterimu melainkan kamu nnt disyurga!

untuk mereka yang masih mencari siapa dia yang tercipta untukku. teruskan usaha dan doa. satu lagi. untuk gegirl gegirl di luar sana. tiada istilah "perigi mencari timba". bila nampak ada yang berpotensi menjadi suami, go for it! cari org tengah. make a way, do a step. belajar macam mana nak approach orang, jangan buat buat pandai!

*sori pesanan banyak nau dah macam mak mak. ehh..by the way, doakan kami untuk anak anak yang soleh wa musleh comel comel kiut miut.. hehe.. ^_^

sekian. sampai sini dulu.
1:26 pm
SEPT 18 2014
taman tampoi utama.
puan aisahtull jamiza abd jamil. =)

jarak dan masa

"sedih cite kita ni kan, dipisah oleh jarak dan masa"

yup, sedih..
tapi, tengok langit, tengok bumi,
tengok bulan, tengok matahari..

mereka saling memerlukan, tanpa perlu bersama.
bulan datang, matahari pergi, matahari datang, bulan pergi.

langit di atas, bumi di bawah.
semua berada di paksi mereka sendiri.

fitrah.
ini fitrah sayang.
fitrah.

yang kalau berkasih dan bercinta itu bukan makna bersama setiap masa.

macam suami isteri jugak, suami mencintai isterinya, keluar pergi cari rezeki..sesuap nasi untuk keluarga yang dia sayangi, yang dia cintai..untuk masa depan yang lebih membahagiakan. bukan setiap masa bersama.

yang ada setiap masa bersama itu. doa. senjata paling kuat untuk setiap mukmin.

doa kepada yang maha ESA. sesungguhnya itu paling bermakna.

dan satu lagi, yang menghubungkan yang jauh dengan jarak dan masa adalah iman.

iman kepada DIA. yakin sepenuhnya pada siapa kita perlu letak sepenuh pengharapan.

in sha ALLAH sayang,

DIA MAHA TAHU SEGALA SESUATU.

bila kita terima sesuatu, yakin dengan pasti, itu yang kita mampu.

sabar ye sayang. satu hari nanti, bila tepat waktunya.. kerana ia fitrah kita manusia, yang saling mencintai sesama kita. DIA pasti akan ketemukan kita. dan dua hati ini akan menjadi satu. in sha ALLAH. jom doa sebanyak banyak nya.

dan ku niatkan segala setiap sesuatu yang ku lakukan, hanya kerana DIA yang maha satu.

wallahu'alam.
cemburu melihat indahnya kasih bulan dan matahari, siang dan malam, langit dan bumi.
allahuakbar.

hitung hari terbang balik ke Tanah Melayu
June 10th 2014
10.47 am
West Covina, Ca.

istikharah cinta

allahurabbi


bergenang lagi ghupenye bila dengar balik lagu ni..ingat dah kuat dah..aisey..


"sebut namaMU, terukir merdu, tertulis dalam sejadah cinta..tetapkan pilihan, sebagai teman...kekal abadi hingga akhir zaman."


in sha ALLAH, amen amen ya RABB.


semoga teguh satu pilihan ini atas rahmat dan redha MU,


dan mungkin bukan hamba yang pertama, izinkan untuk hamba menjadi yang selamanya..


allah allah.. makin sayu..


tabah hati! kau dah tak perlu menangis. DIA da bagi apa yang kau perlu.


in sha ALLAH, kira hari tuk final buat kali terakhir di sini, dan kira hari tuk terbang balik ke Tanah melayu. Malaysia. dan kira hari utk hari itu, dan kira hari utk hari2 akan datang kemudiannya. kalau ALLAH izinkan. kalau tidak, segala perkiraan akan terus terhenti. dan DIA MAHA TAHU.


dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.


I need space. Ruang for myself.
runsing akan masa depan itu banyak buang waktu.
please. let me be at this moment.
every moment.
so, that we will appreciate each other. more appreciate. kan macam tu kan?
in sha ALLAH.


semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih saying Ilahi. =)


istikharah cinta ini akan terus menjadi teman dalam hidup hamba.

kira hari

salam!
jom kira kira hari,

05/30th 2014 - June 16th 2014
get ready to say bye to bumi Amareka.
sikit je lagi ni.
buang tepi orang kate ape, letak sebelah semua nasihat, biar jalan sesama.

June 13th 2014 - walking and graduating in sha ALLAH.
may ALLAH ease.

June please bring sunshine to me.
30 days more till Ramadhan. ALLLAHUMMA BALIGHNA YA RAMADHAN

*ni entry versi update life. hiho*

ini hanya satu tempat yang semua orang kene lalu..sebelum kita pergi tempat abadi. dan DIA tak janji jalan itu mudah, tapi siapa yang berusaha, DIA pasti beri. dan DIA tidak memungkiri janji. allahumma ameen.


Srikandi SIti Khadijah

bismillah..

assalamu'alaikum.

seawalnya saya terjaga dari tidur hari ni, jam 4.30 am terus terngiangkan lagu Siti Khadijah nyanyian inteam. lirik dia.. allahurabbi..menusuk.

"tika rasul terpinggir, engkaulah insan terhampir"
allahu...seorang isteri kepada seorang rasul. Muhammad s.a.w.

"indah jalan menuju ALLAH, jika teman seperti Khadijah" - ni deep.

srikandi khadijah, lambang ikon isteri solehah, yang setia berada di sisi suami.
sanggup masa suami susah ada kat sebelah bagi semangat, masa suami sakit, bagi penawar. allahu..mujahidah solehah.

belajar menjadi seorang isteri dari srikandi khadijah.
in sha ALLAH.

semoga ALLAH izinkan ameen.

hamba tersangat mahu menjadi seorang yang seperti srikandi khadijah itu. berada di sebelah, di belakang, di tepi, di kiri dan kanan sepanjang masa. sepanjang masa. susah senang. ketawa gembira. menangis. bersama.
cita2 tinggi melangit. in sha ALLAH. semoga ALLAH izinkan.

seorang khadijah itu. sangat mulia. semoga ALLAH merahmati.

aj
3/16/2014
7:07 am
west covina
california



"waahh...cantiknyaa kakak..comel.." AJ

"untuk suami akak nye" Kakak.

ALLAH ALLAH ALLAH..
SUBHANA ALLAH..
ALLAHUAKBAR..

hebat jawapan seorang kakak yang saya masih belum jumpa secara "live"..alhamdulillah.

terpegun terkagum!

mampu kita nak cakap macam tu?

yup..kakak ni mampu, sebab beliau tahu mana patut dapat hak dan mana yang patut tak dapat.
masha ALLAH.

surah an-nur ayat 31, ALLAH ada bagi tahu..

"dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu semua kepada ALLAH, wahai orang2 yang beriman, agar kamu beruntung." (an-nur:31)

allahurabbi..jelas.
noktah.

semoga ALLAH redha.
ingat muslimah..cantik kita biar hanya pada yang halal saja. in sha ALLAH.
kerana kalian muslimah, begitu istimewa. <3 nbsp="" p="">
aj
3/7/2014
7:11 pm
west covina
california.

mid-Winter Quarter 2014

alhamdulillah...

alhamdulillah..

alhamdulillah...

hari ni, Feb 8 2014.

susun jadual hidup untuk Spring Quarter 2014.
Quarter yang terakhir untuk BsC. Agricultural Science.
2 tahun setengah alhamdulillah. dan in sha ALLAH.

Mid-Winter Quarter. sayu.
terasa sayu.
lagi 5 minggu habis lah Winter Quarter, bercampur perasaan ni haa..(suke sangat mix-feeling..i dont know why..hoho)

okay..lagi 5 minggu..rupenye dah abes 5 minggu dalam Winter Quarter ni..
banyak bende jadi..itu biasa lah kan..hidup. =)

taktahu nak update ape kat sini.
diam tak diam, lagi 4 bulan kat sini.
tak lama dah.

semalam baru jer apply for graduation for Spring 2014. Allahu..risau, gembira, sayu, tak sabar..semua ada..semoga ALLAH mudahkan dan izinkan setiap yang menjadi perancangan hambaNYA.

rindu keluarga takyah cakap la..ofkos..2 tahun setengah..jauh di mata, jumpa pun thru sekaip jer..tu pun bukan tiap hari...nk tiap hari, ade jer halangan, i bizi, mak abah pun bizi, time zone lagi...i malam mak abah siang, i siang mak abah tgh tido..ni lah...sepanjang 2 tahun hampir nak setengah ni..huuu..but yet, alhamdulillah.

kat depan sanabanyak lagi kejutan kejutan yang ALLAH nak bagi..i know..sebab DIA knows best for me.

ingat lagi ade orang penah cakap, nak sampai ke bulan 6 tu, kejap jer...tak perasan pun, tetibe jer dah nak balik malaysia dah..and yes.. i can feel it now..rasa macam baru semalam habes Fall Quarter..hoho..

cepat sangat ya ALLAH, banyak tarbiyah yang hamba dapat di bumi asing ni. banyak.
semoga ENGKAU kekalkan jiwa dan hati hamba untuk terus berada di jalan tarbiyah ini ya ALLAH..untuk masa depan..

semoga ALLAH kekalkan hamba dalam keadaan yang sangat tinggi dan cekal semangat untuk menjadi orang yang lebih baik dari semalam dan terus mengajak orang ke arah kebaikan. semoga ALLAH izinkan.

dan semoga, hamba mampu mengubah dunia dengan menghayun buaian, mendidik generasi yang tahu tujuan apa mereka dilahirkan. one fine day, in sha ALLAH.

dan semoga satu hari yang indah itu akan tiba. bersatu dua jiwa yang telah terpisah lama. bersatu dua hati itu hanya untuk mengharap redhaNYA. menjadikan batu lonjatan untuk pergi jalan bersama menuju syurga. dalam redha, rahmat dan kasih sayang DIA juga.

in sha ALLAH.
hamba..menghitung waktu.
in sha ALLAH.
semoga ALLAH redha.
2/8/2014
5:31 pm
west covinaca.





naik tangga lagi satu-ep3

salam'alaik!
bismillah..

alhamdulillah.. alhamdulilah..alhamdulillah..

sambung dari part 1 sebelum ni, yang masih dekat anak tangga satu
so yang ni, kita naik lagi satu anak tangga ---> Baitul Muslim (saya tulis je kat sini dulu..saya belum naik lagi..hehe..^^ *preparation tu penting kan, so, ni nak bagi input biar ready..okay,sesama kite yer..moga bermanfaat. =)

Part 2 -
Tanggungjawab Selepas Berumahtangga (Baitul Muslim)

1) berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam hubungan muamalah untuk bina jambatan saling
mempercayai

Sabda Rasulullah S.A.W, "orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuan terhadap isteri (pasangan)."

hadith lain,"orang mukmin yang sempurna iman ialah orang yang baik akhlaknya, dan lemah lembut terhadap isterinya atau pasangan dan keluarganya"

2) hubungan tidak seharusnya terbatas kepada hubungan di tempat tidur sahaja
   - hubungan yang dapat menjalin persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang
   - sama2 membaca, tunaikan ibadah, atur urusan rumahtangga, meluangkan waktu untuk bergurau dan bermanja

surah taha ayat 132

3) dalam hal bermesra dengan isteri
    - Rasulullah pernah berlumba dengan Saidatina A'isyah
      Baginda melakukan banyak kerja dalam membantu urusan rumahtangga - jahit dan baiki kasut
   - hubungan pasangan tak terkeluar dari batas syariat
   - tak menjatuhkan nama baik Islam
   - tak terlibat dengan hal2 yang haram

habis part 2,

nak terus sambung part 3. dan ini yang terakhir in sha ALLAH.

part 3 -
Tanggungjawab Dalam Mendidik Anak-Anak

*orang kata, orang yang sedang dalam tempoh persediaan nak naik anak tangga lagi satu ni, kene sedia jugak untuk siapkan apa yang patut tentang anak-anak..so, jom! ^^

1) mendidik anak-anak - saham yang paling besar dalam rumah tangga

2) kegagalam perkahwinan atau tersalah pilih pasangan -punca keruntuhan rumah tangga

3) pertengkaran suami isteri
   -beri effect kepada anak-anak -ganggu proses pembesaran anak2
   -memberi kekusutan kepada anak2

4) PENTING- laksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak

surah furqan ayat 74

5) anak-anak lahir dalam fitrah - jadi soleh bila dapat pendidikan yang soleh

6) cari suasana yang baik untuk laksanakan tarbiyah dengan baik

sabda Rasulullah S.A.W ," seorang yang mendidik anaknya dengan baik adalah lebih baik dari sedekah secupak."

Rasulullah bersabda, "tiada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih utama selain dari adab yang mulia"

sabdanya lagi, "berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentukkan mereka dengan akhlak mulia"

alhamdulillah...dengan itu, tamat sudah episod "naik tangga satu lagi" ni

semoga bermanfaat dan selamat beramal!

kan kalau ade ilmu tapi tak amal tu ibarat pohon tanpa buah.. =)

*cakap dekat diri sendiri yang utama*

okay dah..boleh ready2 dah ni..in sha ALLAH!

semoga dipermudahkan urusan kalian semua. semoga ALLAH redha itu yang utama.

1/20/2014
8.15 am
west covina
ca.




bismillah..

alhamdulillah..ALLAH izinkan lagi untuk saya dapat hirup udara yang segar hari ni. ahad, 1/19/2014 waktu US.

penat sikit hari ni, kesan makan bebanyak semalam. wuhuu.
*padahnya makan tak hengat dunia. jangan membazir. itu yang penting.

okay..tanak cite pasal makan, nak sambung episod ni

kali ninak cite bab TANGGUNGJAWAB.

Part 1 - tangga satu - Individu Muslim

Tanggungjawab Sebelum Naik Anak Tangga ke-2 (Berumah tangga)

1) perkahwinan kerana ALLAH
    bina rumahtangga Muslim
    lahir keturunan yang solih
    menjadi keluarga yang mampu tunaikan amanah serta pastikan perlaksanaan hidayah ALLAH berterusan

2) tujuan perkahwinan
    -jaga pandangan
    -pelihara kemaluan
surah ke 24 ayat 30-31

3) pilih bakal pasangan yang baik
    -berkongsi hidup
    -teman dalam perjuangan

kisah Saidina Umar al-khattab
-seorang ibu dan anak menjual susu. Saidina Umar tawar kepada anak-anaknya dan Abdullah setuju berkahwin dengan anak penjual susu yang jujur dan melahirkan Umar Al-Aziz.

kisah penjual susu ni, ade satu ketika, ibu penjual susu menyurh anaknya menipu dengan menambah sedikit air dalam susu tersebut, tapi anaknya menolak kerana itu sikap tidak jujur, Saidina Umar mengetahuinya dan terus menyatakan hasrat kepada anak2nya untuk mempersisterikan anak si penjual susu yang jujur itu. --> cebisan kisah dari pengetahuan saya yang lemah ni.. =)

Umar Al-Aziz merupakan cucu Saidina Umar Al-Khattab, seorang khalifah yang sangat berjaya.

keturunan dari diri sendiri untuk bina generasi yang lebih beriman

4)pilih pasangan baik akhlak dan pegangan agama sekalipun ia mungkin tak punya harta kekayaan dan
kecantikan

5) berhati-hati
    -tidak menyalahi perintah ALLAH dalam urusan ini
    - takut kemurkaan dan seksaan Allah

okay..ni Part 1 - anak tangga satu-
selamat beramal
=)

sumber dari perkongsian bulatan gembira kami-almumtahanah119-
^^ *sumber asal dari buku mana saya tak ingat, maaf!

Part 2-anak tangga ke-2- saya sambung episod 3
tanak bagi bebanyak sangat..nanti pening..^^

orait, salam dulu! ^^
ehh..jangan lupa, CARI ILMU LAGI YER.. ^_^

12.33 pm
1/19/2014
west covina
ca.

salam'alaik!

acewwaahh...siap teaser, episod bagai..^^

okay, first of all, say alhamdulillah..alhamdulillah alhamdulillah..
istighfar bebanyak okay..saya nak sambung topik atas tu..

okay, setelah beberapa hari stop, bukan takde idea ke ape, tapi i'm a student..so, faham2 je la kan..byk tanggungjawab..*orang baca menyampah ni, orang lain pun bizi gak, ade yang student gak, ade yang keje lagi, ade tu student plus mak mak lagi..ahaaii..okay, kalau jumpa saya, sila tegur saya, nk tampar, jangan lah..i takut..hoho..

okay, sambung lagi..
tajuk tangga kan..

okay..

tangga..sekarang, i will anggap yang baca ni, semua masih kat anak tangga satu yang sedang buat persiapan untuk naik anak tangga lagi satu.. (ni untuk diri sendiri sebenarnya..wuhuu.^^)

ape kite nak buat, as seorang muslim yang masih dekat anak tangga satu ni.

first --> bab cinta kepada manusia - cintai diri sendiri, cintai kedua ibu bapa kite, cintai adik beradik kita, kekawan kita, jiran tetangga..*ni perlu, as kite sedara sesama islam..hehe..manelah tahu kan tersangkut anak jiran sebelah tu haa..*kidding*
      ---> bab cinta pada yang utama - DIA, yang maha pemberi cinta. tanpa DIA, yang memberi rasa, kita takkan ada dekat atas dunia ni..bersuka ria untuk menyebarkan terus sayap cinta tu dekat seluruh alam sekitar..betul tak? betul tak? jawab sendiri, simpan sendiri la yer.. ^^
~ketuk pintu cinta DIA,  dan nanti DIA akan buka semua pintu cinta untuk kita~ takcaya, cuba buat! =)

*kenapa cinta bab cinta pada yang utama tu saya letak lepas cinta pada manusia --sebab, saya nak make it like real dalam dunia y realiti. kita sangat perlu cinta manusia tu. tapi dasarnya cinta pada DIA.
okeh, saya bukan doktor cinta, tak pandai sangat bab2 ni..boleh rujuk mana2 doktor cinta kalau nak tahu lebih lanjut. =)

okay sambung

second --> siapkan diri, dengan melayan orang2 disekeliling kita ni as medium kita untuk buat pahala sebanyaknya. sebab nanti dekat anak tangga kedua, u will have ur husband or wife, and ur kids. kerenahya rabbi. tahan je la nak hadap kan. * i learn from people. look around you. learn from them. cikgu paling baik kan alam sekeliling.. ^^

third --> siapkan mental, akal fikiran yang matang sematang2 nya..sebab awak nak ready kan diri untuk hidup dengan orang yang totally lain yang totally tak sama jenis dengan awak kan. *nauzubillah, kalau ada yang nak duduk sekali dengan yang sama jenis..mintak jauh la yer.

sebab kenapa..sebab -Men are from Mars, Women are from Venus-
berbeza tapi sama

dulu saya pernah tulis entry pasal persamaan dalam perbezaan. nnt check it out dekat
sini.. ^^

ape lagi ea..

ohhh..ofkos, jalani kehidupan kita sebagai seorang muslim yang oh yeah ohsem bergaya, kacak berkaca mata. *yang takpakai cermin mata,macam saya,no worries, kita semua dah memang bergaya tanpa cermin mata..hoho.. =)

hmmmm...okay, last2..ni penting SANGAT!

ilmu agama, please..PLEASE..PLEASE cari dan terus cari. for me, ini sangat penting. penting sesangat. sebab kita nak bina rumah yang ada tangga yang bawak mawadah wa rahmah kan..so, ini sangat penting.
dah dekat anak tangga kedua nnt, jangan stop pulak cari ilmu tu, SILA TERUSKAN.

ni sebenarnya, sikit jer dari pandangan mata seorang marhaen seperti saya ni. nak share sikit tu je. bab ni. anak tangga satu. cari lagi ilmu bebanyak. best!

okay, sebab ni episod satu, nnt akan ada episod dua. TUNGGU!

p/s: untuk en. bakal suamijom ready sesama! ^^

1/17/2014
west covina
ca.
12.08 pm







bismillah

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

syukur, ni'mat untuk hari ini, dan sebelumnya dan selepasnya

nak cite sikit pasal tangga kat sini

okay, basically kite as muslim, ade 7 anak tangga..

tangga pertama - Individu Muslim
tangga kedua - Baitul Muslim
tangga ketiga- Masyarakat Muslim
tangga keempat- Kerajaan Islam
tangga kelima - Daulah Islam
tangga keenam -  Empayar Islam
tangga ketujuh- Ustaziatul Alam

okay, so now...tengok diri sendiri kita kat tangga mana se?

for me, obvious, masih di anak tangga pertama.

nak highlight kat sini..dari anak tangga satu ke anak tangga kedua.. =)
ready ke nak naik anak tangga kedua??

huihui..soalan ni selalu je main2 kat dlm fikiran ni..but, konsep saya, kita takkan pernah selamanya sedia kalau nak tunggu kita bebetul sedia.
macam kita periksa kat sekolah tu, kita tahu hari, waktu semua, tapi, still, ready ke kite mase tu nak jawab soalan tu?

tak ready pun kene ready jugak kan...

so, same konsep apply here. ready ke tak ready kene ready jugak.

dari Individu Muslim, ke Baitul Muslim..basically for seorang muslim, tahap ni y kritikal
-pemilihan-
kalian yang perempuan, perlu pilih seorang lelaki yang bukan sahaja imam di waktu solat, tp imam untuk setiap aktiviti harian. imam. awak tau kan maksud imam tu ape? --> ketua.
bukan tu jer tau, kalian kene pilih ni, ayah kepada anak2 kalian.so, kene pilih molek2 la kan..
dan kalian yang lelaki..ni yang pentingnak pilih makmum..ehhh..makmum boleh main pilih2 ea? haha..bukan2 ..untuk kes ni, kene pilih..sebab apa?
sebab, yang kalian pilih tu, ibu kepada anak2 kalian. IBU. tahu ibu tu sepatutnya macam mana kan..takyah pusing kepala jauh2..ingat balik muka mak kita, mama kita. umi kita, mami kita..haaa..tulah "IBU".. penting tak penting tu?

okay, so now camne?
ready dah?

macam scary je kan kalau fiikir banyak kali..
hmmm..okay, takyah fikir.

banyak lagi sebenarnya nak sampaikan..tapi semangat nak taip ni dtg bila dah nak time pegi sekola..hoho..

okay..kita stop dulu dekat sini. nnt saya sambung balik. =)

orait.sampai sini dulu.. salam..

ehh..jap..jangan lupa doakan saya, doakan kita semua! ^_^

1/14/2014
8.29am
west covina
ca.


bismillah
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah

Muktamar Lousiville 2013 goes well.
kami berempat..

dari kiri: me-nun-anis-fatin
*gamba ni unik..tau kenape?
dari kanan ke kiri..look like "tangga"..haha..^^
i la yang paling bawah tu..hoho..
dan lagi satu uniknya gamba ni...
semua nampak "sihat"..hikhik..

okay...itu kami berempat..jalannya menaiki kenderaan pacuan empat roda, dari West Covina ke Louisville Kentucky.

jalannya dari 19/12/2013- 21/12/2013
bila cerita dekat orang, semua terkejut..dan alhamdulillah..we made it!
dengan berkat doa semua yang kami sayang. syukur.

dan MUKTAMAR 2013
isinyaalhamdulillah
pengisian semua mantap
cumabanyak sangat slot best2 tapi kene choose. saya tidak bisa memilih! wuhhuuu

but then, as orang lain yang berkata MUKTAMAR ni tempat mencari jodoh..hmmmm..when i go there, no wonder..memang ramai calon! hoho yang muslimah comel2 cantik2 belaka, yang muslim nya tak kurang..*i takboleh tengok lama2, nanti ada yang jeles..haha.. =P

okay..yang penting niat kita ke sana nak apa kan..ilmu banyak 
alhamdulillah
basically, semua pasal basic kita as muslim, as hamba
macam mana nak cari redha DIA, nak tarik cinta DIA.
nak make sure kite bebetul act like hamba and khalifah atas bumi ni

MUKTAMAR for me ofkos the ilmu yang sangat banyak, terutama pasal rumahtangga. *i'm on the preparing stage of this matter* 
in sha ALLAH...

but, yang lebih penting ialah...sepanjang perjalanan MUKTAMAR, pergi dan balik..ukhuwah kami
kepercayaan kami..bertolak ansurnya kami..

saya sangat kagum dengan adik2 saya yang bertiga ni..hebat semuanya!

jalan pergi ke Kentucky da amek 3 hari.
jalan baliknya kami amek masa berhari-hari
dari Kentucky- West Covina
dari 26/12/2013 - 30/12/2013
kira sendiri la bape hari.. =)

alhamdulillah...syukur. ALLAH izinkan jalan kami smooth..walaupun yang kalah tetap saya. -demam-
huuu..alergik jalan jejauh ni, asyik nk demam jer...tp demam alhamdulillah tak seteruk sebelum2 ni kalau jejalan.. kali ni ada doktor dari jauh.. =P 

doktor ni takboleh bagi ubat pun, sebab jauh..tapi bagi bebel boleh tahan jugak laa..makan ni, minum ni, jangan buat tu jangan buat ni.. =.='

alhamdulillah..sebab saya degil sikit, saya buat separuh jer dari satu yang di suruh..hoho..^^

alhamdulillah, sampai rumah dekat kul 3 pagi, lepas tu, lapar nasi..
i terus buat nasi goreng lepas solat subuh..hihi..

alhamdulillah...kenangan..
dan sekarang ni,, tinggal satu hari lagi nak masuk sekolah.
kan orang selalu cakap, sekejap je masa berlalu.
and yup. Time runs like water. agreed.

dan bile2 pejam celik jer nanti, tetibe jer i dah pegang baby.. *ehhhh..mengamuk, melampau sangat tu pejam celik mcam tu..hikhik..tp, kalau pegang baby anak orang pun tak mustahil kan..heeeee.. =)

okay, i dah mula nak membebel yang bukan2..sebelum melarat.. better i stop

and for that, perjalanan saya sebagai seorang hamba takkan pernah berhenti dari satu titik perhentian.
ia akan terus berjalan sehingga hamba dipanggil menghadap TUAN yang punya badan.

and yet, perjalanan ini takkan pernah terlepas dari perhitungan.
time by time.
every second counting,

~sabar wahai hati,
kalau ALLAH beri, tiada siapa boleh halang,
kalau ALLAH halang, tiada siapa boleh beri.
sabar, masa itu akan tiba.
tak pernah terlewat, tak pernah tercepat.
ia tepat.~

salam sebarkan bahagia, senyum, nanti semua orang gembira.
=)

aj
11.06 am
1/4/2014
west covina.
apt 32.
-in my way to be better muslimah-
gambar hiasan
*suka gambar ni! ^^

;;