Al-Mizan: Cinta & Cita-Cita

http://4.bp.blogspot.com/_bmqNISYIuR8/TH5bF5Ec3-I/AAAAAAAAAJg/lFnydhOwCo0/s1600/Cita+Cinta+1.jpg
"Cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang sama,
tak perlu dipaksa, tak perlu dicari,
kerna ku yakin ada jawabnya."
Tutuplah kelopak mata dan selamilah pengertian sedalam lautan kalimah CINTA. Dengarkanlah setiap rentak dalam nalurimu apabila ungkapan romantis CINTA dituturkan, saat tangis seakan gerimis, saat jiwa seakan berduka dan saat hati seakan sunyi. Benarkah kata orang CINTA tidak punya mata tapi hanya ada hati.
Kebanyakan kita mentafsir cinta dengan membayangkan sepasang kekasih, tersimpul dalam ikatan kasih sayang, mengalir sederas aliran di detak rindu, berbenih dan berbunga di telaga sukma. Hakikatnya, CINTA adalah ungkapan yang bukan sekadar ungkapan. CINTA adalah sebuah anugerah yang nilainya bukan segunung waima selautan emas sekalipun. Yakinlah, suburnya keimanan, teguhnya kepercayaan dan tulusnya kehambaan adalah kerana wujudnya CINTA.
Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W:
"Tidak sempurna Iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
CITA-CITA adalah garapan impian dan harapan seseorang akan masa depannya. Motivasi paling setia dalam rangka sebuah kejayaan, pembakar semangat kental dalam menapak maju ke hadapan. Sebuah eskalator termaju dalam pencarian erti kehidupan sebenar. Insan tanpa CITA-CITA, ibarat aliran air dari pergunungan menuju ke dataran rendah. Terus mengalir namun tiada pedoman arah tujunya.
CITA-CITA adalah ibarat sebuah bangunan, terbina dari susunan batu-bata kekentalan, tercantum dengan simen pengetahuan dan terteguh dengan pasir keyakinan. CITA-CITA bukanlah hanya ingin menjadi ternama, mempunyai prospek kerjaya mahupun menjadi usahawan berjaya, namun CITA-CITA tertinggi adalah menggapai keredhaan Illahi duniawi juga ukhrawi.
Renungilah, apakah wujud al-Mizan CINTA dan CITA-CITA? Perlukah CINTA itu dipisahkan dengan CITA-CITA? Mampukah CITA-CITA itu dipertahankan tanpa sebuah CINTA? Haruskah CINTA itu hadir setelah diperoleh CITA-CITA?
Percayalah, CINTA dan CITA-CITA adalah dua komponen yang seiring landas geraknya, saling melengkapi dalam memperteguh matlamat keduanya. Ibarat perlunya malam kepada siang, signifikannya suami kepada isteri dan hadirnya cahaya dalam kegelapan.
Dalam travelog CITA-CITA, kita perlukan kekuatan, menahan segala dugaan dan rintangan yang bukan sedikit cuma dan hadirnya CINTA sebagai sumur dalam perjuangan.
Sebab itulah perlu ditegaskan bahawa pengertian CINTA itu luas lingkup tafsirannya. Rahmat Allah adalah CINTA buat  kita, kasih sayang ibu bapa adalah CINTA buat kita, sokongan sahabat-sahabat adalah CINTA juga buat kita. Mustahillah, bagi kita andai dikatakan semua ini tidak perlu dalam mengejar kemurniaan CITA-CITA. CINTA adalah teman setia CITA-CITA. Raja kepada CINTA ini adalah hati yang dijalin atas nama Maha Pencipta.
Oleh itu, fikirlah tentang al-Mizan CINTA dan CITA-CITA. Yang halus timbangannya, atas redha Allah CINTA dan CITA-CITA bersatu. Walaupun siapa kita, tanah mana kita berpijak dan langit mana kita bernaung, janganlah sesekali kita pisahkan keduanya. Moga atas jambatan CINTA Allah, bertautlah keimanan tulus dalam naluri kita yang kudus, dan moga atas rahmat Allah jugalah, CITA-CITA yang digarap atas nama CINTA-NYA mampu digapai dalam inayahnya.
Insya-Allah.

KEHADIRAN YANG DINANTI~


DIA hampir datang...
JOM!!!
tingkatkan USAHA untuk "TACKLE" dia..
for you RAMADHAN..
i really miss YOU!!
ALLAHU RABBI..kuatkan kami melayari RAMADHAN kali ini..
~SEMOGA SENTIASA DALAM REDHAMU~

Tersesat malu bertanya

Tak tahu tak tahu ke mana

Terlalu banyak alasannya

Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh


                                                                           Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada




Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam


Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh


Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam


Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok
lirik : pokok -meet uncle hussin ft hazama

salam'alaik buat semua penjengah & semua pembaca longbean-longbean..
kali ni..entry ni juz nak share lagu yang diberi tajuk "pokok"
sepanjang dengar lagu ni, there is something that i need 2 figure out..still..have "something" in this song..yet, i still don't know~
insyaALLAH..i'll try to find wat "inside" this song..

-kene betul2 faham nie!-haish~
LB-AJ

untukmu SAHABAT~

Dengan lafaz basamalah diriku mengalunkan rentak tarian jari jemari diatas keyboard mr Lenovoku..
ALHAMDULILLAH..syukur ya RABB..sekali lagi peluang untukku menghirup udara segar yang KAU pinjamkan untuk kami,sekalian ciptaanMU..ALHAMDULILLAH...
Untukmu ya ukhti AIMY isme~
Jazakillahukhair...bicara yang amat dalam untuk dimengerti..bicara sepi dari seorang hamba yang hanya bisa difahami oleh segelintir hati yang terpilih..
Diriku,hamba ALLAH..yang kerdil...bukan mudah untuk bermadah pujangga..diriku juga bukan pemuisi yang hebat dengan bait-bait kata indah..
InsyaALLAH...selagi terdaya, selagi diberi ILHAM yang mencurah dari yang MAHA PEMBERI,

SALAM’ALAIK.. buat PEMILIK HATI BICARA SEPI..
Jalan hidup yang pasti dilalui oleh setiap insane yang bergelar hamba itu pastinya berbeza..
Itu pasti..jalan hidupku jua jalan hidupmu..pasti dua jalan yang berbeza..
Namun,dirimu juga diriku tahu yang berbeza itu tetap menuju arah yang SATU...
Perbezaan itu yang menjadikan diriku dan dirimu saling mengerti.
Dua hati yang ALLAH takdirkan untuk saling mengenali..
Itu tujuan hidup yang ALLAH titipkan untuk setiap insane dalam dunia yang fana ini...
Pemilik hati bicara sepi...
Yang sepi itu hanya luahan rasa dari sekeping hati...
Kerapkan lidahmu menyebut kata syukur..
Lazimkan mulutmu melafazkan kalamNYA..
Biasakan harimu dengan selawat ke atas kekasihNYA..
Itu perisai buat kita..
Jalan menuju REDHANYA..bukan mudah..
Namun,ia tidak susah...
YAKIN!!!
ALLAH ada untuk setiap langkah perjalananmu...
Diriku selalu yakin akan itu...
Yang MAHA PENYAYANG...MAHA PENGASIH..
Itulah PENCIPTA kita...
Yang terlalu SAYANG akan tiap hambaNYA..
Yang SELALU ADA untuk dirimu..
Walau sepayah atau seperit mana sakit yang dirimu tanggung..
Ingat pada yang SATU!!
Hanya padaNYA tempat kita berlindung...
Wahai PEMILIK HATI BICARA SEPI...
Tetapkan semangat juangmu!!
Lebarkan sayapmu..hiasi kehidupanmu dengan warna-warna indah sang pelangi...
Indahnya hidup bagi mereka yang mengerti...
Indahnya ukhuwwah bagi mereka yang memahami...
Indahnya mahabbah bagi mereka yang mengamalkan atas dasar IMAN...
InsyaALLAH sayangku....
CUKUP HANYA ALLAH UNTUKMU!!

ALHAMDULILLAH...
Ukhti,bait2 ini,...bukan hanya untukmu...tapi,ia juga untuk diriku..
Insan yang masih merangkah dalam meraih CINTANYA..bantu aku ukhti..pimpin tanganku..bersama kita menuju ke arah yang SATU!!




                                                                                                                         Yang menuju REDHANYA,
~LoNgBeaN~
AL-MUMTAHANAH
07072011
23:52
TPMC

bicara sepi~

Bismillahirrahmanirrahim…
Ku mulakan bicara sepi ini dengan mengucapkan syukur kepadaMu yang masih setia mengurniakanku nikmat islam, iman dan juga nyawa. Jika tidak wujud kesetiaanMu itu, tiadalah daya upaya untukku memuntahkan rasa bicara di jiwa ini.

HIDUPKU BUKAN HIDUPMU
PILIHANKU BOLEH JADI BUKAN PILIHANMU
APA YANG KUFIKIR BAIK UNTUKKU BOLEH JADI BURUK UNTUKMU
NAMUN BEGITU,
TUJUAN KITA TETAP SATU
BENAR!
TUJUAN KITA ADALAH UNTUK MENUJU KE ARAH CINTA YANG SATU
CINTA YANG MEMBUAH NIKMAT DI ALAM PASTI
CINTA YANG MENJAMIN BAHAGIA DI ALAM SANA
JUA…CINTA YANG MENGHALANG API ITU DARI MEMBAKAR JASAD
DENGAN ITU,
KU MOHON PADA ILAHI..
KAU BANTULAH KAMI
INSAN YANG TERKAPAI-KAPAI MENCARI CINTAMU
TEROMBANG-AMBING DALAM MENGEJAR KASIHMU
JATUH TERGULING-GULING DALAM MELAYARI UJIANMU
BANTULAH KAMI
TUNJUKKAN KAMI JALAN YANG MENUJUMU
SIGNBOARD HIGHWAY KEARAH REDHA MU
DIRIKAN KAMI WALAU DENGAN WHEELCHAIR SEKALIPUN
KERNA HANYA PADAMU KAMI MEMOHON BANTUAN DAN PERTOLONGAN
ENGKAULAH TEMPAT KAMI MENGADU RINDU JUGA KASIH

Yg cuba ikut skemaNYA,
AIMY isme;
 3 sya’ban 1432H

jazakillahu khairan kathira ya ukhti..
LB

UNTUKMU YA RABB~

                                                    KUATKAN AKU ATAS JALANMU!


;;