Activities~

CURRENT ACTIVITIES!


~FIRST THING FIRST~
28th MAY 2011

"BE A MUSLIM WARRIOR"
around the corner!!
31th MAY - 2nd JUNE 2011

"ORIENTATION DAY TPMC"
next event!
4th JUNE - 5th JUNE 2011

for every single step that i need to take..
insyaALLAH..there are for the sake of ALLAH!!
I LEAVE EVERYTHING TO ALLAH!! 

bismillahirrahmanirrahim...
ASSALAMUA'ALAIKUM!!


first sekali..nak mintak izin menjerit boleh tak???
huhhuhuhuhu..tp..takpela..tak elok perempuan duk terjerit2..ish ish..jgn di amalkan..tak elok untuk kesihatan..hoho..


ya ALLAH..first reason sampai bole rase nak menjerit ni adalah gara2 TOEFL!!..-tak menjerit tau!!dah mlm..nnt org ckp bdak ni kene rasuk ke ape?hihi- ISTIGHFAR je ni-
seriusly rush n last minit...nk wat payment pun tak pass2 lagi..hai la..kalau nak suruh wat free..bg tau..takyah susah2 nak on9 sane sini..haish..dunia2..tak pasal2 mengeluh panjang..kan tak elok tue..huh!!


anyway..for everything that need to do secara LAST MINIT..akan ku usahakan selagi terdaya..i have made a GILA way of life 4 this week.hahaha!! adakah ini transformasi?? hopefullly not!! 
perjalanan minggu yang GILA..
ISNIN-09052011
pagi-kolej
ptg-lowyat+masjid jamek..(pegi dua tempat ni..tau2 je la kan..hehe)
mlm-kolej balik..(ade meeting..tp sampai2 jer..ayat dr ketua meeting.."okayla..ada ape2 lagi tak..kalau takde..kite bole tamatkan mesyuarat ni."...tu diaaaaaa..ngam2 sampai dah abis..GREAT!!huhuhu..-ITS NOT ME!!-
SELASA-10052011
pagi-menziarahi sahabat yang baru ditimpa musibah  ( nenek beliau meninggal-alfatihah-)-taman pandan indah-
tgh hari-brunch-sri petaling
ptg-kolej lgi + balik rumah (johor) 
mlm- sampai rumah..


orait!!alhamdulillah..dah sampai rumah..
di rumah..stori ngan mak n abah..kekalutan TOEFL yang dah takde tempat untuk time ktorg nk wat tu..dan segala BAGAI bende yang nak kene setel..stori punye stori..tp sebelum tu..ayat azimat abah..
"SERAH DIRI PADA ALLAH..INSYAALLAH..SEMUA BOLEH!"..fuyoooo..SEMANGAT terus..hoho..


then..discussion begin...n decision achieve!
KHAMIs-12052011
balik kl-pegi kolej-setel kan sgl BAGAI tu~~-arahan dari mak dan abah! wow!! baru sampai kut..dah kene halau balik..huhuhuhu..okayla..fine..i need to..insyaALLAH..
JUMAAT-if la boley duduk kat kolej..stadi TOEFL!! (haish..geram plak bile sebut pasal toefl ni..cam nak taknak jer bg daftar on9 tu..isk isk..)
SABTU-kalau pass payment-TOEFL TEST-KLCC- pagi sampai ptg-insyaALLAH..
AHAD-balik Labis la...hoho..
(RABU-13052011)-spare date- cam kene balik kl ptg RABU tu..means-ESOK!!yeeeeeeeeeeehaaaaaaaaaaaaaa...TUUUUUU DDDIIIIIIIIIIIIAAAAAAAAAAA!!! ( i'm just be a little bit crazy at this moment-I'M SORRY!!) -ITS NEED TO BE ME!-hoho


*sejak bila la budak ni pandai ulang-alik ke kl-labis dlm mase seminggu..hai la..entah la apa nak jadi ngan die ni..cam dah tak terurus urusan hidup..SERABUT!!KELAM KABUT!! HURU HARA!! -ITS NOT ME!-


ape pun yang terjadi..yang bakal terjadi..yang akan terjadi..ia tetap akan terjadi..jadinye,hadap jela apa yang terhidang depan mata..insyaALLAH..SERAH DIRI PADA ALLAH!!                                            
-LB-AJ-

my new look of  longbean-longbean..
 berbahagialah wahai burung2 yang menjadi peneman kpd longbean-longbean ni...

tak pasti atas asbab ape longbean-longbean ni bertukar wajah..mungkin..kite perlukan tranformasi..
ya!!TRANSFORMASI!
itu PERLU!

insyaALLAH..pengisian dan perkongsian akan lebih diberi keutamaan..
semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ILAHI!

FI AMANILLAH!
~aijami~

~untukmu bidadari~

Tuesday, June 1, 2010

Cantikkah aku dimataNya


Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah.. diberi kekuatan untuk bertinta di "salju sakinah". Hati ini terlalu rindu untuk menulis. Namun kerana kekangan masa (atau alasan), membuatkan diri terasa tersekat. Salju Sakinah hanya dipenuhi dengan perkongsian istimewa dari karya insan insan lain yang sudah ku pohon kebenaran mereka. Sesungguhnya ALLAH itu pemilik segalanya. Allah jugalah yang mengurniakan kekuatan dan idea untuk menulis. Adakah mungkin selama ini hati tidak cukup ikhlas sehingga kehilangan upaya untuk menulis? Keikhlasan hati hanya ALLAH yang mengetahui.

CANTIK

Tidak tahu mengapa hati ini begitu menjerit menjerit untuk menulis berkenaan cantik. Wanita dan kecantikan begitu sinonim. Apatah lagi diriku... pengunjung tetap Salju Sakinah pasti mengetahui kisah silam ku yang penuh kegelapan. Tidak dinafikan, sewaktu dahulu aku seorang yang obses terhadap kecantikan. Kecantikan adalah segalanya. Namun, Alhamdulillah.. ALLAH telah menunjukkan JALAN yang diredhaiNYA.. baru sekarang ku sedikit mengerti kecantikan sejati seorang wanita muslimah.

Namun, kekadang timbul kerisauan di dalam hati. Bukan niatku untuk riak atau menunjuk nunjuk. Ku memohon ampun buat jiwa jiwa yang bakal terasa berkaitan tulisan ku ini. Aku juga mengharapkan dan memdambakan keampunan dari Rabbku.. Sesudah perubahan ini, ku masih berasa cantik itu sinonim dengan diriku. Astaghfirulllah al azim, ku masih menerima pujian dari teman teman malah ada teman teman yang berusaha untuk menjadi cantik sehingga berhabis habisan. Ya.. memang impian ku untuk menjadi muslimah yang cantik, bak kata diriku sebelum berubah dulu

Nanti kalau I pakai tudung, I nak jadi fashion icon muslimah!
Astaghfirullah al azim... bukan niat untuk menunjuk nunjuk.. ampunkan diriku Ya ALLAH tetapi aku tidak tahu.. mengapa setiap pemakaian ku, setiap cara dan gayaku menjadi bualan dan ikutan. Ah.. aku tidak mahu menjadi fitnah kepada dunia kerana wanita itu bisa menjadi perhiasan dunia malah bisa juga menjadi fitnah yang amat dasyat! Inginku tekankan disini.. aku harap diriku dan juga muslimah yang lain tidak terlalu mengejar gelaran cantik. Mengapa kita hendak cantik? Adakah kerana ALLAH?

Pernah membaca tulisan seorang ikhwan, yang sedikit berkesan juga di dalam hati. Katanya, perempuan mahu cantik untuk apa.. sudah tentu untuk dilihat lelaki kan. Sedangkan Fatimah A.s puteri kesayangan Rasulullah S.A.W sendiri menegaskan bahawa yang terbaik untuk wanita itu adalah tidak melihat dan tidak dilihat oleh lelaki lain.

Jiwaku menjerit rasa bersalah. Adakah corak pemakaianku yang menjadi pengaruh kepada sahabat sahabat lain sehinggakan ku berasa mereka terlalu ingin menjadi cantik sehingga cuba menjadi orang lain? Bagiku.. kecantikan sejati itu adalah apabila kita menjadi diri kita sendiri. Tidak perlu kita menjadi orang lain.

Menulis tajuk entri ini di Facebook.. mendapat komen dari seorang adik yang ku kenali semasa Minggu Aluan Pelajar Pusat Asasi UNIMAS

Bukan paras rupa menjadi ukuran tetapi hati yang suci keikhlasannya menjadi pilihan
SubhanALLAH.. komen yang berkesan dari adik fathihi.. terima kasih dik.. komen ini seolah olah menjadi pukulan keras buat kami wanita muslimah. Muslimah ku sejati, mengapa kita ingin cantik?
Mengapa kita ingin cantik?
Mengapa kita ingin cantik?

Berulang kali mengajukan soalan sebegini kepada rakan rakan. Memang diakui diri ini sangat suka pada kecantikan, dan bidang kecantikan sememangnya menjadi minat yang mendalam. Namun, adakah perlu kita terlalu mengejar kecantikan, terlalu obses dengan kecantikan? Jadilah diri kita yang sebenar.. jangan kita cuba meniru atau menjadi gaya orang lain..

Jangan kerana kecantikan dunia, kita gadaikan kecantikan di sisi ALLAH.. adakah pakaian kita mengikut syariat? Adakah batas pergaulan kita cantik? Adakah bacaan Al Quran kita cantik? Adakah solat malam kita cantik? Adakah ibadah sunat kita cantik?

Terasa lidah kelu untuk menjawab soalan soalan sebegini. Namun apabila ditanya, adakah anda punya jubah yang cantik? Adakah anda punya tudung yang cantik? Adakah anda mendapat pujian kerana baju anda cantik?

Terasa bangga untuk bercerita kepada teman teman,

" saya ada jubah yang cantik"
"saya juara busana muslimah"
"Ada orang puji baju saya sampai nak tengok baju saya lagi"
Kerana cantik.. perasaan riak akan tumbuh.. hati akan lalai dan seterusnya mati.. jadi muslimah ku sekalian.. yang mana satu pilihan kalian.. pujian dari manusia atau kecantikan di sisi ALLAH?


astaghfirullah...semoga kami memilih untuk cantik disisi ALLAH..insyaALLAH..
jazakillahu khairan kathira buat pemilik blog layakkahakumenjadibidadari..
bingkisan buat sekalian muslimah dan terutamanya diriku...

~yang indah itu bukan hanya dipandang mata..
yang cantik itu bukan pujian semata..
pelihara yang telah dicipta..
semoga tetap dijalanNYA..insyaALLAH~
-hanya hamba ALLAH-

warkah buat sahabat

salam sayang ukhuwah atas da'wah kerana ALLAH...


sahabat...
jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH..
jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah PENCIPTA..
jika ku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan SYURGA..
jika antara kita ada tembok yang memisahkan..
ajaklah aku meleraikan segera..
jika pernha hatimu terluka,
luahkanlah..agar aku berubah..
dan jika esok..
aku lena tanpa terjaga..
iringlah lenaku dengan kalungan DOA..
insyaALLAH..ukhuwwah ini untuk selama-lamanya..

AJ-LongBean- 07052011-

;;