"LoVe is CINTA"

dengan lafaz basmalah sebagai pemula segalanya..

disini..sedikit perkongsian yang diperolehi selepas menghadiri forum "love is cinta" di UNITEN pada 2 march 2011 yang lalu..

mungkin ia hanya sedikit yang dpt dikongsikan..insyaALLAH semoga membawa manfaat..

pertama sekali..selari dengan tajuk forum.."love is cinta"..dihuraikan di sana ada 60 maksud istilah cinta menurut kitab karangan Ibn Qayim..(maaf,terlupa tajuk buku..huhu)..ustazah fatimah syarha yang membahasakan diri sebagai "akak" menerangkan 5 dari 60 istilah tersebut..

yang pertama : Al-'Alaqah - asal dr 'aliqu yang bermaksud perasaan ingin ada hubungan tanpa pengertian
yang kedua : Al-Hawa - perasaan cinta yang lebih cenderung ke arah seks..
yang ketiga : As-Sabwah -* maaf pencatit tak sempat nak menyalin..huhu..
yang keempat : At-Tattayum - perhambaan-cinta yang cenderung kepada menghambakan diri..
yang kelima : Al-Isyq' - keasyikan yang meluap-luap..(terlalu melayan perasaan..dgr lagu2 jiwang..baca novel2 cinta-cintun..tgk cerita cinta..sengaja mewujidkan perasaan yang tidak wujud)

kita semua tau kan yang cinta itu fitrah manusia..tapi..nak menguruskan fitrah tu..tak semua yang tau..dan ini telah di"highlight"kan oleh ahli panel..
kisah saidatina fatimah az-zaharah bersama saidina Ali R.A dibawakan sebagai contoh..
Saidina Ali yang ada menyimpan perasaan kepada Saidatina Fatimah telah menghormati hak wali dgn menghantar lamaran terus kepada ayahanda Saidatina Fatimah..begitu juga Saidatina Fatimah yang menyimpan perasaan kpd Saidina Ali..mereka tidak menolak fitrah itu..tapi salurkan ke jalan yang betul bg melunaskan fitrah itu...

setiap perkara yang kita lakukan semua ada fitrahnya..begitu juga cinta..fitrahnya manusia untuk mencintai dan dicintai..fitrahnya cinta itu sendiri untuk di salurkan pada saluran yang benar dan di redhai ALLAH..insyaALLAH..

Pelbagai persoalan juga dikemukakan..

"kenapa kita tak pilih cinta ALLAH?"
"kenapa kita pilih cinta kita sendiri?"
"bukankah cinta yang ALLAH beri itu lebih baik?"

perbanyakkan tanya kepada diri sendiri..

kita nak cari cinta yang bagaimana?
dengan siapa sebenarnya?
apa tujuan kita bercinta?

kita juga perlu meletakkan ranking pada cinta kita..
yang pertama cinta pada siapa?
yang kedua? dan yang seterusnya..
ranking itu sepatutnya..
yang pertama - ALLAH..
kedua- Rasulullah S.A.W
ketiga-ibu bapa
keempat-adik-beradik
dan seterusnya..
*tepuk dada tanya selera dimana kita meletakkan ranking2 tersebut..

proceed to the point of forum..
kat sana..akak fatimah syarha menerangkan sikit pasal kekuatan muslimah untuk berhadapan dengan "penyakit" cinta ni..

insyaALLAH..
yang pertama - al-fahmu..kita kene faham konsep pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam Islam..yang terwujudnya pergaulan hanya kerana URUSAN..
Urusan yang dimaksudkan seperti muamalat dan urusan2 yang benar2 dikatakan sebagai URUSAN..

*kalau kita yakin sepenuhnya bahawa kita boleh menjawab dihadapan ALLAH kelak atas urusan apa yang kita uruskan dengan seseorang itu,hanya itu yang boleh dikatakan URUSAN..apabila kita meragui sesuatu perkara itu sebagai suatu urusan..maka itu bukan suatu URUSAN..

setelah ada kefahaman..kita kene ikhlas dengan ALLAH..
"yang baik itu apa yang ALLAH kata baik,dan yang buruk itu apa yang ALLAH kata buruk"

yang ketiga..kita perlu kuat untuk menutup pintu2 fitnah!
yang utama..fitnah komunikasi..seperti yang diperkatakan diatas..komunikasi hanya atas dasar URUSAN..

yang keempat..prinsip kita!
"pasti setiap diri kita mahukan jodoh dengan cara yang mulia..bukan cara yang hina.."..tegas dengan prinsip itu!insyaALLAH..

selain itu..imam muda asyraf juga menambah beberapa point..termasuk pra-syarat untuk berkahwin itu..

"pilih dari 4nya..1) rupanya
2)keturunannya
3)hartanya
4)agamanya
maka pilih lah yang beragama.."
setiap yang 4 itu ada guideline nya..

setakat ni..insyaALLAH..ini antara point2 penting yang dapat dikongsikan..
yang paling utama dan pasti..carilah cinta ALLAH!!
"apabila kita berjaya mendapatkan cinta ALLAH..insyaALLAH..cinta yang lain akan datang tertunduk kepada kita.."
kita juga kene ingat selalu..ALLAH cemburu apabila kita meletakkan cinta itu lebih kepada makhluk lain..
cubalah kita SAYANG ZAT yang AMAT SAYANG kan kita..ALLAH itu sangat SAYANG kan hambaNYA..ALLAH takpernah bagi kita sendirian..PASTI!
jangan sampai..ni'mat hidayah yang kita peroleh ini ditarik semula..nau'zubillahiminzalik!..

..alhamdulillah..forum "love is cinta" telah membuka jalan untuk saya sendiri sebagai hamba mencari jalan cinta yang pasti...
~ syukur kerana diberi peluang untuk merasai ni'mat kasih sayang dari ILAHI..TERIMA KASIH YA ALLAH..hamba bukan pujangga yang pandai berkata-kata..cuma mengingatkan diri jua..TETAPLAH DALAM TALI IKATAN KASIH ILAHI..bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba..yang perlu sedar hamba ini bukan watak utama..yang menjadi penguat hati..hanya kalam suciMU..yang menjadi penawar saat terjatuh,hanya harapan kepadaMU..dan yang pasti ku cari hanya REDHAMU..wallahua'alam~

salam sayang..semoga sentiasa dalam rahmat kasih dan sayang dari MAHA PENCIPTA CINTA..
teruskan melangkah dengan bergaya!
~LongBean~

*maaf..perkongsian ini banyak ketidaksempurnaannya..harap dibetulkan apa yang tidak betul.*
jazakallahu khaira~SALAM'ALAIK..




0 comments: