mengembaralah di bumi ALLAH!

 Kata penyair, Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab:
“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).
 -DRMAZA-
copy dr status seorang sahabat di facebook..jazakallahu khair kathira!

sungguh..satu kembara dalam mencari ilmu itu lebih bermakna apabila kite berusaha mencari diri sendiri..diri hamba sendiri..sedang cuba merangkak ke arah itu..akan kuusahakan selagi terdaya..insyaALLAH..pencarian mencari diri di bumi ALLAH yang kelihatan asing di mata kasar..insyaALLAH ia amat indah apabila ia terbuka..dalam pencarian diri...mencari erti sebenar CINTA ALLAH itu..pencarian diri dalam mempersiapkan segala perkara yang tujuannya hanya menggapai REDHANYA..bukan senang,tapi tak susah..andai berusaha! akan sentiasa terus berusaha!
yang ku yakin..pasti akan ada ujian di hadapan..namun,ku yakin juga satu perkara..
I'M NEVER ALONE!! I HAVE ALLAH! alhamdulillah..that's all i need more in my life..tujuan kite dalam hidup...bukan bermatlamatkan manusia..bukan bermatlamatkan harta bende..bukan bermatlamatkan apa2 sahaja..semua perkara itu hanya pinjaman semata-mata..
berada di bumi asing mengajar banyak perkara..sebenarnya,bukan faktor dalam atau luar negara yang menjadi asbab utama..its more about the life itself..mane pun kite berada...dengan siapa pun kite..kalau kite berusaha mencari REDHANYA...kite akan sedar itu semua..insyaALLAH...pelajaran kite bukan hanya pada guru semata..bukan hanya pada buku semata..ia melibatkan semua perkara..kehidupan kite..sekeliling kite..persekitaran kite..itulah pengajar kite..alam..bumi..malam dan siang..semua...
bait-bait indah di atas..sebenarnya sudah lama menjadi penguat semangat untukku menyambung melunaskan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar di bumi asing ni..semoga diriku dapat petunjuk sepanjang perjalanan ku sebagai seorang hamba..insyaALLAH!

~gambar hiasan~

berjalanlah di muka bumi ALLAH...insyaALLAH..kau akan temui jalan yang ingin kau cari..berjalanlah dengan yakin..yakin yang kau tidak pernah sendirian...yakin yang kau sentiasa diperhatikan..yakin yang kau selalu dalam ingatan..sentiasa yakin..YAKIN ALLAH BERSAMAMU!! setiap saat dan ketika..-untuk diriku khasnya-

"ALLAH bantu hamba yang membantu agamaNYA,."-bisikan seorang ukhti.. jazakillahu khair ya ukhti!!

alhamdulillah..semoga kite sentiasa dalam kalangan orang2 yang bersyukur...
tetapkan aku dijalanMU ya RABB!!

al-mumtahanah di california..
walnut heights..
pomona,california~
11.58 pm
09/27/2011

0 comments: