nirvana-cukup cukup sudah

bismillah..
*cuba klik link kat atas tu..hayati lirik dia...faham dengan kefahaman yang kalian boleh faham...


now, my turn...
lagu ni..first dengar dr my roomate...dia suka lagu ni..then, saya pun bukak, cube dengar..dan hayati...tiba-tiba rasa takut dengan lagu ni..kalian takut tak? *mungkin perasaan saya saja*


dari bait2 lirik ni...yang pertama buat saya rasa takut...


"tegarnya kau menari di atas tangisanku...kau permainkanku sesuka hatimu.."


takut sangat....kite refleksikan lagu ni..sekarang, nak bawa kalian semua menganggap "ku" sebagai yang MAHA MEMBERI...dan "mu" sebagai diri kita sendiri..yang "asyik saja menerima"...


"sudah..cukup cukup sudah..."
ini..katanya kalau yang MAHA MEMBERI sampaikan kepada yang "asyik menerima"....sanggup kita??


"inikah caramu..membalas cintaku..kau nodai cinta yang ku beri.."
ini...bayangkan andai yang MAHA MEMBERI cakap direct kat yang "asyik menerima"...apa kita rasa??


"dah berulang kali ku cuba mengalah...ternyata sabarku tak beerti buatmu.."
ini...betul..banyak kali yang MAHA MEMBERI sabar dengan yang "asyik menerima"...betul kan??


seluruh lirik ni...hayati..refleksikan sekejap...muhasabah diri sekejap....sekejap jer....habiskan satu lagu..dengar sampai habis...faham maksud lirik...refleksikan...ini bukan dari manusia kepada manusia..ini dari yang MAHA MEMBERI kepada yang asyik menerima...cuba lah sekejap...


sahabatku sekalian...saudara seISLAM ku..dan diriku sendiri terutamanya...
sampai bila kita nak jadi yang "asyik menerima"?
sampai yang MAHA MEMBERI kata "cukup sudah"?
sampai bila kita nak "menari atas tangisanNYA"?
sampai yang MAHA MEMBERI kata "ternyata sabarku tak beerti buatmu"?


astaghfirullah....bersyukurlah kita semua..kerana yang MAHA MEMBERI ini..takkan pernah sanggup berkata sedemekian rupa...tapi, andai ia berlaku...na'uzubillah...
yang MAHA MEMBERI ini..sangat sayang kepada yang "asyik menerima"...maka, y "asyik menerima" ni...jalankan tugas kita sebagai yang "asyik menerima"....tanggungjawab kita...


"dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "aku hendak menjadikan khalifah di bumi." mereka berkata, "apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMU dan menyucikan namaMU?" DIA berfirman, "sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (2:30)


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada KU." (52:56)


ayuh! kembali kepada fitrah kita manusia yang hanya sembah kepada yang selayaknya...ayuh! jaga hati yang MAHA MEMBERI!! yang MAHA MEMBERI itu..tidak sedikit pun rugi andai hambanya tidak kembali kepadanya..tetapi..kita..yang "asyik menerima" ni yang akan rugi-seruginya...na'uzubillah..astaghfirullah....


ALLAH beri kita peluang bernafas untuk kita bertaubat pada kesilapan yang sebelumnya..insha ALLAH...yang MAHA MEMBERI ini..sangat sayang dengan hambanya...jangan abaikan DIA!


*peringatankhasbuatdirisendiriyangselalulupaatastujuanapadihidupkandidunia*


p/s: misslongbean mmg suka dengar lagu...bila misslongbean dgr lagu..almumtahanah refleksikan kepada dunia sebenar..mengaitkan dengan YANG MAHA ESA..inilah tugas mereka yang ada dalam diri hamba yang hina ini..tiada apa yang layak ku persembahkan untuk MU ALLAH...maaf ya ALLAH...




almumtahanah
walnut california
9.52 a.m
~ketika  berpuluh kali lagu "sudah cukup sudah" bermain di corong mr lenovo~



   alhamdulillah....rupa baru untuk blog assalamu'alaikum...masih misslongbean.. =) lebih ke    arah almumtahanah..yang hanya berpegang pada tali ALLAH..


    "tiada apa yang wujud di hadapan mata ini kukuh untuk dijadikan pergantungan penuh"


insha ALLAH...
tuntun langkahku menuju cinta hakiki..
bawa jalanku menuju arah yang SATU...
pimpin tanganku membawa tali itu...
segalanya milik yang punya segala..
ALLAHURABBI...
MUHAMMAD RASULULLAH...

almumtahanah  bertukar wajah
misslongbean
california


bismillahirahmanirrahim..
alhamdulillah...di kesempatan waktu yang bakinya entah bila akan berakhir dapat juga ku kongsikan  tenatng "batu-bata kehidupan" karya hilal asyraf ni....cetakan pertama 2011 terbitan galeri ilmu..hak milik anisah md zin..*thanks anis! =)

bila masa di lapangkan, dapat ku guna sepenuhnya untuk mengkhatamkan buku motivasi ni..alhamdulillah..byk info dan anjakan paradigma yang mengetuk diri sendiri untuk kearah yang lebih baik...insha ALLAH...pendekatan yang sempoi, dgn laras bahasa yang mudah difahami senang untuk kita,yang insha ALLAH, masih bergelar remaja ni untuk hadam menjadi isi dalam diri... =)

byk tajuk di ketengahkan....antaranya, "hati yang kita lupa jaga" ---> hati siapa?

Rasulullah s.a.w bersabda :
 "sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas, dan antara keduanya adalah perkara musyatabihat (y tidak jelas sama ada itu haram atau tidak) dan tidak diketahui akannya (kejelasannya) ramai dari kalangan manusia. sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhah itu, maka dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya. sesiapa jatuh ke dalam perkara syubhah maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram. seperti pengembala y mengembala di sekitar tanah larangan (sempadan), ditakuti akan memasukinya (daerah larangan itu). ketahuilah bahawa setiap raja itu mempunyai kawasan larangannya (yang orang lain dilarang memasukinya) dan kawasan larangan ALLAH adalah apa yang diharamkan olehnya. ketahuilah di alam jasad itu ada segumpal darah, sekiranya ia baik maka baiklah seluruh jasad, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasad, ketahuilah bahawa ia adalah qalb (ramai menterjemahkan qalb sebagai hati, ada pula yang megatakan ia adalah jantung.)" (hadith riwayat bukhari dan muslim)

oleh itu,
segalanya bermula di situ ...hati itu..milik siapa??
"untuk menjadi manusia yang terbaik, hendak tidak hendak, penjagaan hati perlu menjadi prioriti"
fikirkan sejenak...kenapa kita lupa jaga hati kita?

antara tajuk lain, " pokok keimanan" ---> iman yang bagaimana?
sebelum ni, saya ada masukkan entry tentang 1+1=3 ..iaitu konsep iman yang dibawa dalam sebuah persahabatan dr novel sinergi...dan sekarang..."pokok keimanan" dalam buku "batu-bata kehidupan" ini membawa kepada satu persoalan...."adakah kita menjaganya?" pokok iman ni, hadiah dari ALLAH untuk setiap hambanya  y perlu kita jaga dengan sepenuh jiwa. ia juga salah satu ni'mat terbesar selain ni'mat islam yang telah ALLAH titipkan...persoalannya, "adakah kita menjaganya?"

"tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana ALLAH mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin ALLAH. dan ALLAH mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran.)" (ibrahim 14:24-25)

bagaimana kita menjaga pokok keimanan kita?
dari akarnya, batangnya dan terus ke dahan dan buahnya...
akar = kefahaman
batang=keikhlasan
dahan dan buah = sahsiah yang baik dan amal kebaikan.

saya suka dengan kata-kata yang di ketengahkan disini -----> "putus asa di tengah perjuangan itu, adalah kerana kesilapan di titik permulaan"
jom!! kaji balik...apa yang telah kita lakukan sepanjang menjaga pokok keimanan ni..cukup bajakah ia? cukup air kah? lebih kah?? cari balik...ayuh!

lagi satu tajuk y betul2 buat saya terketuk..----> "blogger=da'ie" sama dengan...saya??

persoalan menerjah dalam akal fikiran sendiri? blogger itu adalah saya...yang sedang menaip untuk menyiapkan entry kali ni..adalah tangan saya sendiri...tp setakat mana saya membawa blog saya ke arah jalan kebaikan? setakat mana saya mampu untuk membawa topik2 menarik y boleh di kongsi oleh sekalian rakan saya? itu tanggungjawab saya...kisah setiap blogger adalah berbeza..masing2 ada cerita tentang bagaimana mereka bermula dgn dunia "blog" ni...tapi, insha ALLAH..mereka ada sesuatu untuk kalian semua..insha ALLAH! "batu-bata kehidupan" membawa penjelasan yang boleh buat saya sendiri "buka mata"...katanya..---->
1 )blog bukan semata riadhah fikri..riadhah fikri yang dimaksudkan adalah riadah pemikiran atau tempat kita tulis apa kita mahu, dan biarkan.
2) blog sekadar trend
bila blog menjadi trend, ramai yang berlumba-lumba untuk berblog..tapi, sejauh mana pengisian blog kita?
persoalannya disini..."adakah blog aku ni bermanfaat untuk Islam?" dan keduanya..."apakah blog aku ni syarak?" dua persoalan untuk saya antara blogger yang masih mentah dgn pengisiannya..
pengisian juga menurut saya, perlu kreatif...byk blog y saya jumpa ada ciri2 santai..sempoi dan kreatif..dalam masa y sama pengisian penuh! syabas buat mereka!
"blog yang ingin sebar Islam, tidak semestinya perlu dalam bentuk artikel dan sebagainya. puisi pun boleh, cerpen pun boleh, novel bersiri pun boleh, diari pun boleh, pengalaman pun boleh." *saya perlu keluar dari trend "sekadar mahu ada blog" atau trend "semua orang ada blog". jom cipta arus Islam dalam blog kita, dan sebarkan seluas yang mungkin!

sebelum terlupa,.,,ada pesanan buat semua blogger terutamanya diri sendiri ni...--------> jangan lemas di alam blog!! dalam blog, baik..alam realiti juga perlu baik... "janganlah kita anggap blog kita sebagai "satu tempat mengajar orang lain," tetapi lihatlah blog kta sebagai "satu medan memperbaiki diri, dan mengajak orang lain ke arah yang sama". insha ALLAH! =)

selepas mendapat tamparan seperti ni, mencari2 idea untuk saya mengkreatifkan hasil pengisian blog ni agar lebih bermakna..masih dalam pencarian..insha ALLAH!

selain perkongsian, kupasan novel atau buku2 yang telah di baca, saya akan cuba masukkan sikit2 rentak2 irama dendangan yang menjadi halwa telinga buat semua..insha ALLAH!

buku "batu-bata kehidupan" membuka pemikiran saya y membacanya..memang sengaja tanak habiskan tajuk2 yang dibawa, yang membaca blog saya ni, kalau ada y minat baca buku motivasi..tak rugi kalau baca buku ni...awesome!
silakan baca..khatam dan hadam..!

kredit buat kakyong Hasni Ehsan yang selama ni memperkenalkan saya dengan buku2 hilal asyraf ni...byk sgt bende baru y saya dapat belaja! anjakan paradigma! persepsi setiap manusia itu perlu pelbagai..kreatifkan..sangat banyak!
terimakasih buat pemilik buku "batu-bata kehidupan" yang saya pinjam dengan...anis y comot..=p

alhamdulillah..terima kasih ya ALLAH...kerana bagi peluang untuk buka satu persatu helaian dr buku ini..sehingga kini...alhamdulillah..

kalau jumpa kat kedai buku..jangan segan beli ye! =)
 "tidakkah sudah tiba masanya kita bergerak membina kehidupan berlandaskan arahan-NYA?"

setakat ni dulu..
misslongbean bicara tentang "batu-bata kehidupan"
jumpa lagi di lain entry..insha ALLAH! 
adios! 
demi redhaNYA~ 
almumtahanah di california..
6.50 pm
4/17/2012


"1 + 1 = 3"

"akak, tiqa masih tak faham apa tu satu tambah satu sama dengan tiga..tiqa faham kawen jer"
"hmmm..tak dapat lagi? cuba baca buku sinergi tu"
"alaaa..bila pulak nak baca.."
"okay..nanti akak bg "satu" khas untuk tiqa"

bismillah...
ini..buat atiqah iffah...ia tentang 1+1=3..
*airmata bergenang..entah kenapa*

bermulanya kisah satu tambah satu sama dengan tiga ni bila akak baca buku sinergi karya hilal asyraf...kisah dua sahabat yang meletakkan iman dalam ukhuwwah mereka..masha ALLAH! mereka hebat!
sahabat yang sangat hebat! jujur..novel sinergi ni buat akak teresak-esak..sungguh! konsep 1+1=3 yang diketengahkan bukan suatu yang mudah..
untuk mereka dalam persahabatan yang penuh dengan ujian...
berpaksikan iman..

akak taknak bg sinopsis cerita tu kat sini..*kene refresh balik..lama dah tinggal cite tu..*
cukup tiqa tau..1+1=3 adalah..bila 2 orang bersahabat, dan mereka meletakkan iman sebagai paksi ia akan menghasilkan 3, bukannya 2..2 adalah hasil yang biasa, tp 3..adalah yang luarbiasa..ukhuwwah itu indah bila bersamanya adalah iman..=)
bila ada kelapangan..silalah berebut baca sinergi tu! >_<

nota tambahan..ia bukan terletak hanya pada 2 org yang  bersahabat..ia boley jadi 2, 3, 4 ,5,6 dan infiniti nombor di dunia ni..yang bila ditambah menjadi gandaan yang luar biasa..akak masih cuba ke arah itu..insha ALLAH..

"tiqa..tak salah pun kalau tiqa faham yang itu untuk kahwin..sebab perkahwinan itu bukan penyatuan dua hati atau jiwa, tapi ia satu pembentukan ummah! " ~bukan dpat 3 je kalau tambah satu dengan satu tu..boleh dapat lebih dr itu...^_^

insha ALLAH...buatmu yang sentiasa memberikan akak semangat untuk buat apa saja..buatmu yang sentiasa buat akak tersenyum..terkadang buat akak terdiam..terkadang buat akak tergelak tanpa sebab..buatmu yang sentiasa disisi..insha ALLAH..akak cuba bina cinta sahabat kita berpaksikan iman..bila kita bergabung..hasilnya adalah luarbiasa...semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang ILAHI..=)

salam sayang dari akak..
selalu merindu setiap saat kita bersama..
indah ukhuwwah ini..terima kasih sahabat!
al-mumtahanah california..
berjalan mencari redhaNYA..
dalam ikatan ukhuwah, iman dan taqwa..

untuk almumtahanah 119...hanum,dan anis...sayang kalian kerana ALLAH!
cinta hati saya sampai bila-bila...izinkan saya curi secebis kasih dan sayang kalian..untuk sekian masa yang ada..maaf saya masih belum sempurna menjadi sahabat..
buat diyana jugak..penyeri ketika sendiri...=) kakyong..rakan watssapp yang tak pernah putus tnye kabar..miss you!
buat yang lain juga...setiap kalian yang pernah hadir dalam hidup hamba hina ini..terima kasih..kalian yang terindah ALLAH pinjamkan....alhamdulillah... *dah macam ucapan amek anugerah bintang popular!* hoho.."artis sangat"..hehe..orait..tulus ikhlas dr saya..miss longbean! =p

semoga cinta ini membawa ke syurga..

4/10/2012
3.46 pm (us)






bismillahirrahmanirrahim...

assalamu'alaikum...
buat insan yang ku gelar kakak..
pertama kalinya,
jazakillahukhair..
syukran..
terima kasih..
alhamdulillah...
karuniaNYA untuk diri yang kerdil ini..bertemankan kasih sayang dari kalian..yang ku gelar kakak..
kakak...darimu, meniup semangat ku ketika ku rebah dan jatuh tersungkur..
hadirmu..yang tiap kali ku rasa hiba...menenangkan dengan pujukan kata rahmat dari ILAHI..
hadirmu..yang ketika ku sangat memerlukan teman...bicara kita berlarutan hingga berpagian...
hadirmu..yang tidak pernah jemu mendengar keluhan dan rintihan...
hadirmu...yang sentiasa mendamaikan...
buatmu...yang ku gelar kakak..
kata-kata semangat yang dirimu titipkan...akan terus ku hadam untuk masa depan...
kerana hadirmu karunia ILAHI yang paling indah dalam hidupku...
buatmu...kakak...
esakan yang pernah dulu ku lalui..dengan sabar dirimu telan..dengan tabah dirimu suntikan kata-kata semangat..
terima kasih kakak...kerana dirimu yang ku gelar kakak...telah banyak mengajar diriku apa itu kehidupan...
telah banyak memberi tunjuk ajar tentang manisnya kasih sayang...alhamdulillah...
dan kini...saat ini...ketika ini..diri ini sangat merindui sentuhan darimu...terlalu rindu...mendengar suara dari kejauhan hanya mengubat separuh rinduku padamu..rinduku untuk bermanja denganmu..setiap kali ketika kita bertemu suatu masa dulu..kakak...yang ku lihat sebagai 'role model' buatku...kehidupanmu..seluruhnya tentangmu..menjadi sandaran yang kuat untukku teruskan perjuangan...kisahmu..menjadi panduan untukku teruskan dalam meniti ujian..
buatmu yang ku gelar kakak..kini..dua kasih ini telah lama terpisah..terpisah kerana tuntutan hidup yang ku pilih sendiri...yang pasti..perpisahan ini...hanya disebabkan dua dimensi masa yang berbeza...kakak..yang masih sentiasa dalam hatiku...teruskan dengan tembakan doamu..buat diri yang kerdil di kejauhan ini...terkadang rasa lemah ini terlalu mengasak...namun,ku yakin..semangat yang dirimu titipkan untukku sentiasa mekar dalam diriku..terima kasih kakak..
diri hamba yang kerdil ini..selalu merinduimu.. 

seandainya ALLAH izinkan..kita pasti bertemu kembali...jika tidak di dunia..insha ALLAH..di syurga sana...
untukmu..yang ku gelar kakak...yang ku cinta kerana DIA...semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ILAHI..
salam sayang dari adikmu..

almumtahanah 
walnut,california..

yang terutama..
kakak azleen zulina abd jamil
kaklong izan anizan

yang istimewa
kakyong hasni ehsan
kak noor zarina

kalian hebat di mata ALLAH! 

;;