bismillahirahmanirrahim..
alhamdulillah...di kesempatan waktu yang bakinya entah bila akan berakhir dapat juga ku kongsikan tenatng "batu-bata kehidupan" karya hilal asyraf ni....cetakan pertama 2011 terbitan galeri ilmu..hak milik anisah md zin..*thanks anis! =)
bila masa di lapangkan, dapat ku guna sepenuhnya untuk mengkhatamkan buku motivasi ni..alhamdulillah..byk info dan anjakan paradigma yang mengetuk diri sendiri untuk kearah yang lebih baik...insha ALLAH...pendekatan yang sempoi, dgn laras bahasa yang mudah difahami senang untuk kita,yang insha ALLAH, masih bergelar remaja ni untuk hadam menjadi isi dalam diri... =)
byk tajuk di ketengahkan....antaranya, "hati yang kita lupa jaga" ---> hati siapa?
Rasulullah s.a.w bersabda :
"sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas, dan antara keduanya adalah perkara musyatabihat (y tidak jelas sama ada itu haram atau tidak) dan tidak diketahui akannya (kejelasannya) ramai dari kalangan manusia. sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhah itu, maka dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya. sesiapa jatuh ke dalam perkara syubhah maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram. seperti pengembala y mengembala di sekitar tanah larangan (sempadan), ditakuti akan memasukinya (daerah larangan itu). ketahuilah bahawa setiap raja itu mempunyai kawasan larangannya (yang orang lain dilarang memasukinya) dan kawasan larangan ALLAH adalah apa yang diharamkan olehnya. ketahuilah di alam jasad itu ada segumpal darah, sekiranya ia baik maka baiklah seluruh jasad, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasad, ketahuilah bahawa ia adalah qalb (ramai menterjemahkan qalb sebagai hati, ada pula yang megatakan ia adalah jantung.)" (hadith riwayat bukhari dan muslim)
oleh itu,
segalanya bermula di situ ...hati itu..milik siapa??
"untuk menjadi manusia yang terbaik, hendak tidak hendak, penjagaan hati perlu menjadi prioriti"
fikirkan sejenak...kenapa kita lupa jaga hati kita?
antara tajuk lain, " pokok keimanan" ---> iman yang bagaimana?
sebelum ni, saya ada masukkan entry tentang 1+1=3 ..iaitu konsep iman yang dibawa dalam sebuah persahabatan dr novel sinergi...dan sekarang..."pokok keimanan" dalam buku "batu-bata kehidupan" ini membawa kepada satu persoalan...."adakah kita menjaganya?" pokok iman ni, hadiah dari ALLAH untuk setiap hambanya y perlu kita jaga dengan sepenuh jiwa. ia juga salah satu ni'mat terbesar selain ni'mat islam yang telah ALLAH titipkan...persoalannya, "adakah kita menjaganya?"
"tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana ALLAH mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin ALLAH. dan ALLAH mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran.)" (ibrahim 14:24-25)
bagaimana kita menjaga pokok keimanan kita?
dari akarnya, batangnya dan terus ke dahan dan buahnya...
akar = kefahaman
batang=keikhlasan
dahan dan buah = sahsiah yang baik dan amal kebaikan.
saya suka dengan kata-kata yang di ketengahkan disini -----> "putus asa di tengah perjuangan itu, adalah kerana kesilapan di titik permulaan"
jom!! kaji balik...apa yang telah kita lakukan sepanjang menjaga pokok keimanan ni..cukup bajakah ia? cukup air kah? lebih kah?? cari balik...ayuh!
lagi satu tajuk y betul2 buat saya terketuk..----> "blogger=da'ie" sama dengan...saya??
persoalan menerjah dalam akal fikiran sendiri? blogger itu adalah saya...yang sedang menaip untuk menyiapkan entry kali ni..adalah tangan saya sendiri...tp setakat mana saya membawa blog saya ke arah jalan kebaikan? setakat mana saya mampu untuk membawa topik2 menarik y boleh di kongsi oleh sekalian rakan saya? itu tanggungjawab saya...kisah setiap blogger adalah berbeza..masing2 ada cerita tentang bagaimana mereka bermula dgn dunia "blog" ni...tapi, insha ALLAH..mereka ada sesuatu untuk kalian semua..insha ALLAH! "batu-bata kehidupan" membawa penjelasan yang boleh buat saya sendiri "buka mata"...katanya..---->
1 )blog bukan semata riadhah fikri..riadhah fikri yang dimaksudkan adalah riadah pemikiran atau tempat kita tulis apa kita mahu, dan biarkan.
2) blog sekadar trend
bila blog menjadi trend, ramai yang berlumba-lumba untuk berblog..tapi, sejauh mana pengisian blog kita?
persoalannya disini..."adakah blog aku ni bermanfaat untuk Islam?" dan keduanya..."apakah blog aku ni syarak?" dua persoalan untuk saya antara blogger yang masih mentah dgn pengisiannya..
pengisian juga menurut saya, perlu kreatif...byk blog y saya jumpa ada ciri2 santai..sempoi dan kreatif..dalam masa y sama pengisian penuh! syabas buat mereka!
"blog yang ingin sebar Islam, tidak semestinya perlu dalam bentuk artikel dan sebagainya. puisi pun boleh, cerpen pun boleh, novel bersiri pun boleh, diari pun boleh, pengalaman pun boleh." *saya perlu keluar dari trend "sekadar mahu ada blog" atau trend "semua orang ada blog". jom cipta arus Islam dalam blog kita, dan sebarkan seluas yang mungkin!
sebelum terlupa,.,,ada pesanan buat semua blogger terutamanya diri sendiri ni...--------> jangan lemas di alam blog!! dalam blog, baik..alam realiti juga perlu baik... "janganlah kita anggap blog kita sebagai "satu tempat mengajar orang lain," tetapi lihatlah blog kta sebagai "satu medan memperbaiki diri, dan mengajak orang lain ke arah yang sama". insha ALLAH! =)
selepas mendapat tamparan seperti ni, mencari2 idea untuk saya mengkreatifkan hasil pengisian blog ni agar lebih bermakna..masih dalam pencarian..insha ALLAH!
selain perkongsian, kupasan novel atau buku2 yang telah di baca, saya akan cuba masukkan sikit2 rentak2 irama dendangan yang menjadi halwa telinga buat semua..insha ALLAH!
buku "batu-bata kehidupan" membuka pemikiran saya y membacanya..memang sengaja tanak habiskan tajuk2 yang dibawa, yang membaca blog saya ni, kalau ada y minat baca buku motivasi..tak rugi kalau baca buku ni...awesome!
silakan baca..khatam dan hadam..!
kredit buat kakyong Hasni Ehsan yang selama ni memperkenalkan saya dengan buku2 hilal asyraf ni...byk sgt bende baru y saya dapat belaja! anjakan paradigma! persepsi setiap manusia itu perlu pelbagai..kreatifkan..sangat banyak!
terimakasih buat pemilik buku "batu-bata kehidupan" yang saya pinjam dengan...anis y comot..=p
alhamdulillah..terima kasih ya ALLAH...kerana bagi peluang untuk buka satu persatu helaian dr buku ini..sehingga kini...alhamdulillah..
0 comments:
Post a Comment