alhamdulillah....
peluang masih diberi buat hamba dan rakan2 di sini merayakan hari kemenangan buat umat ISLAM keseluruhannya...
namun...dalam kemenangan..hati masih berasa sayu...hamba di perantauan...hari raya pertama, yang kebiasaanya mereka di sana memulakan hari dengan bermaafan dan saling memberi dan menerima...solat sunat hari raya di masjed2 berdekatan...hamba di bumi california ini...alhamdulillah...seadanya...walau tanpa mereka...ahli keluarga hamba...alhamdulillah...masih mampu tersenyum gembira...cuma, lain suasananya.. tak mengapa...kutip pengalaman seadanya.. =)
tetap bersyukur...dan terus bersyukur...kerana apa yang menjadi "nightmare" bagi kita mungkin ia satu "dream" untuk mereka yang lain di sana...ya..yang di sana...mereka masih bertarung nyawa untuk ISLAM tercinta...mereka masih bergelumang dengan darah2 dan jenazah2 yang tidak berdosa...bila2 masa terima sahutan ILAHI...sentiasa bersedia menjadi MUJAHID..yang tua dan yang muda semuda2nya...tiada beza...mereka sentiasa dalam keadaan BERSEDIA! kita??
tak perlu tepuk dada..terus tanya iman... insha ALLAH...tak perlu beri jawapan pada dunia..simpan untuk ingatan sendiri..
di setiap detik nafas yang terhembus...hamba tetap mencari tapak untuk berdiri kukuh...hamba masih mencari ruang cahaya indahnya kehidupan yang sementara..ALLAHURABBI..ALHAMDULILLAH..untuk setiap yang hamba lalui...ALHAMDULILLAH..salam eid mubarak! ^^
almumtahanah beraya di california
masih peduli tentang mereka!
tetap rindu pada keluarga~
8/23/2012
6.29pm
apt119
0 comments:
Post a Comment