ALLAH sedang ajar erti sabar

anecdote sebuah kehidupan..

sedang berborak berkenaan usrah yang dah lama tak jalan dengan seorang adik yang sangat concern, sambil2 potong buah tembikai susu kuning, perah otak cari solusi...

"what did you say?"
"you say it again, you say me "perempuan" right?"

marah..hampir keluar tangan hinggap ke muka atau mana2 yang dia rasa dia suka nak hinggap.

"no. we not talk about you."

tenang. sambil senyum..dalam hati, astaghfirullah...tak nampak pun kelibat dia datang, tiba2 kena serang camtu..astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah..

"along, they not talk about you."
"along, go! just go! ma, let him be alone..biar die keluar"

garang. tegas.

..............

"hey, i'm sorry bout just now"

"never mind,"

"i'm really sorry"

"no, its okay, never mind"

dan dia berlalu pergi..

"as long as i can smile"

tenang.sabar. ini ujian.

baru sikit, ALLAH hadiahkan..terus teringat kehidupan Rasulullah s.a.w, lagi hebat! bukan takat kejian, cacian, serangan fizikal pun pernah dapat...dan ini membuatkan diri terus kuat untuk senyum. dalam bulan ramadan..dan alhamdulillah..

lembut juga hati hamba ALLAH yang seorang ni.. semoga ALLAH terus lembutkan hati mereka...lembutkan hati mereka untuk pergi terus menghadap DIA..

adik perempuan...datang dari arah belakang. peluk..


"kakak, im really sorry about my brother"
"no, its okay, i'm fine"


...............

selepas seusai solat taraweh,adik perempuan dari seorang abang yang mereka gelar "along" sekali lagi...

"kakak, i'm really really sorry, my along had some bad experience while he going back to malaysia,"
"ohhh.. i see..its okay, i understand. never mind"

"aisyah, auntie minta maaf yer...dia memang macam tu"
"ohh..takpe auntie, "

salam,peluk auntie.

senyum lagi.

satu hari dalam bulan ramadan.

ya ALLAH, izinkan hamba terus kuat dengan apa yang telah ENGKAU aturkan buat hamba... sirah kehidupan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang hebat itu,, izinkan hamba jadikan sebagai sandaran untuk terus kuat...

seorang muslim itu perlu kuat.... sumber utama untuk seorang dai'e...dan seorang dai'e itu, masih belum bekerja kuat jika tiada orang yang membenci...

bersangka baik.

mereka pasti ada kisah silam yang gelap..doakan mereka.

alhamdulillah ya ALLAH atas setiap kejadian yang telah takdirkan buat hamba..
ini mungkin baru sikit, tak mustahil untuk dapat yang lagi besar. semoga ALLAH izinkan untuk kuat atas jalanNYA.

dengan membalas segala fitnah dan tohmahan dengan satu senyuman. bila api di balas api, pasti semakin marak. jadi, hamba putuskan untuk api dibalas dengan senyuman, biar ia terpadam dengan sendiri. dan sabar, itu pelajaran utama.


0 comments: