"ujian itu satu pembersihan. pembersihan jiwa biar yang tinggal di dalam hati kita hanya ALLAH yang MAHA ESA" (hilal asyraf)
bismillah,
bukan pasal ujian yang ingin hamba nukilkan di sini...bukan pasal jiwa yang perlu dibersihkan yang ingin hamba lontarkan di sini...bukan...kata2 itu di kongsikan sebagai satu titik mula buat kita semua yang kadang2 terlupa dan terlalai seketika...bukan salah dia, bukan salah sesiapa...bukan juga salah keadaan sekeliling mereka...semua itu sudah aturanNYA..ujian itu, tetap ada..alhamdulillah terus, jangan lupa..in sha ALLAH...
alhamdulillah....selepas bercerita dengan kedua parents tercinta, kembalikan hamba semula pada siapa sebenarnya hamba di dunia...keyakinan mereka terhadap hamba untuk hamba berjalan sendirian di tanah yang jauh dari mereka...bukan selalu kami berjumpa di alam maya, bukan tiap masa kami berborak melalui telefon, bukan selalu kami bergurau...dan perkara yang bukan selalu kami dapat ini, berjalan diam diam sudah hampir dua tahun...alhamdulillah....itu masih lagi di ragukan,? bagaimana hamba melangkah di sini,,yang pada zahirnya ramai di sekeliling, tapi sendirian dalam keramaian? itu semua kerana DIA!
ingat semula pesan dia yang membesarkan hamba, "awak tak jalan seorang, ALLAH ada selalu..nak takut apa lagi? selawat jangan tinggal, terus zikir dalam hati, in sha ALLAH..ALLAH jaga"
ALLAHURABBI...itu..itu yang hamba lupa...lupa..yang selama ini pun, ALLAH yang jaga hamba melalui perantaraNYA..sahabat2 hamba...mereka..yang ALLAH kirimkan buat hamba, penyelesai segala kekusutan hamba...penyeri kemuraman hamba...yang selalu buat hamba gembira..itulah mereka...sahabat-sahabat hamba...tiada apa yang mampu hamba balas, melainkan doa buat mereka sebanyak-banyaknya agar hamba boleh lagi berjiran dengan mereka di syurga sana..
kekuatan itu perlu...perlu selalu untuk hamba terus berlari menggapai redhaNYA...hamba mulakan dengan merangkak, dan jatuh, bangun, dan jatuh, jalan dan jatuh..kini..hamba cuba berlari..dan pasti, hamba akan jatuh...itu pasti, nmun, jatuh hamba kali ni tidak akan seperit jatuh hamba yang lalu...in sha ALLAH...sebab hamba faham, faham yang hidup ini ALLAH bagi kita jatuh, semata-mata nak suruh kita kembali kepada DIA..takde sebab lain..itu saja...mudah...in sha ALLAH..
hamba tetap merangka jalan kehidupan yang di depan, hamba tetap melakar impian di langit dengan penuh harapan, hamba tetap melukis senyuman dalam tiap bait perkataan yang tersimpan, namun, hamba yakin sepenuhnya, yang menetapkan segala kejadian itu hanya DIA! yang memiliki setiap sesuatu!
"dan DIA lah yang berkuasa atas hamba-hamba.NYA. dan DIA MAHA BIJAKSANA, MAHA MENGETAHUI" (AL-AN'AM:18).
terus bersyukur dan berdoa sebanyaknya...sebab hanya DIA yang mampu buat kita bahagia dan terus gembira..hanya DIA yang mampu memberi jiwa jiwa itu tenang semula...wallahua'alam
almumtahanah
5.13pm
2/4/2013
walnut,ca.
0 comments:
Post a Comment