subhana ALLAH..astaghfirullah..
ya ALLAH!!
izinkan saya menjadi Umar ya ALLAH!!
sifatnye seorang Umar itu..tegas!
saya nak jadi tegas macam Umar!
izinkan ya ALLAH~
Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan
Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku?
Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan
Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa) &
Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Firdaus
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
seorang umar itu..tegas dengan kebatilan..teman kepada kebenaran..di mana tahap iman kita di dunia ni..terase sangat kerdil..apabila perkara maksiat depan mata tak dapat nak buat apa-apa..lemahnya iman untuk menegakkan kebenaran...mungkin yaa..saya masih tiada cara...hikmahnya mereka mendidik masyarakat jahiliah suatu masa dahulu..betul..saat ini..terasa ingin sekali menjengah ke zaman rasulullah..zaman mereka masih dalam kebatilan..hikmahnye rasulullah membawa Islam untuk masyarakat di sana..indahnya kebenaran Islam sehingga manusia yang sekeras batu hatinya pergi menuju ke arah Islam..ingin sekali saya pergi menjengah..bagaimana hati mereka boleh terusik dengan keindahan Islam..saya ingin menjadi seorang umar itu..yang tegas dalam menegakkan kebenaran..yang pantas bertindak dalam memutuskan suatu tindakan..apabila itu salah dalam Islam..maka ia tetap salah..dan ia perlu dibetulkan..insha ALLAH...
untuk itu...ilmu perlu ditingkatkan..iman perlu dikuatkan...jalan perlu diteguhkan..insha ALLAH..saya yakin..ALLAH bantu mereka yang bantu ALLAH!! insha ALLAH...saya cuba..kerana kita pasti akan ditanya di akhirat nanti..!!
ALLAHU RABBI!! KUATKAN LANGKAH KU UNTUK MENUJU REDHAMU!
ameen ya rabb.,.,
almumtahanah di california..
~DEMI REDHANYA~
0 comments:
Post a Comment