cuti spring 2013

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

cuti spring kali ni di isi dengan perjalanan permusafiran yang cukup panjang..
di mulakan dengan program daurah dari pihak MISG dengan tajuk "the unspoken truth"

alhamdulillah...ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu perkara yang terjadi itu sia2..dan hamba yakin akan itu..in sha ALLAH..dari segi penyampaian dan penjelasan sangat membuka minda setiap mereka yang mendengar...lebih2 lagi untuk hamba yang masih bertatih dalam jalan Dakwah dan tarbiyah ni....in sha ALLAH..

hadirnya program ini menjelaskan kite semua tentang tujuan hidup kite...apa yang kite prioriti kan dalam hidup..prioriti itu jugak kite kene kenal, mana yang perlu disegerakan dan mana y tidak...as for me, yang memang bergelar pelajar sepenuh masa, yang mengikuti bulatan gembira setiap minggu dan "join" halaqah tetap hujung minggu, dan tak kurang dengan kerja sekola dan projek2 yang perlu di selesaikan kadang2 lari dari jalan yang disediakan..kadang2 tersilap masuk lane..lupa mana yang penting yang perlu disegerakan...tapi, in sha ALLAH selepas segala penerangan yang di bentangkan tentang "siapa kita" dan "apa yang kita perlu jadi" membuka ruang dan peluang untuk lebih memahami dan selami...in sha ALLAH

sedikit sebanyak tentang isi program daurah ISR WEST 2013 --->tujuan hidup yang utama

1) hamba ALLAH   [51:56]
2) Khalifah ALLAH [2:30]

dan setiap yang berada di sekeliling kita semua adalah "alat" untuk capai dua tujuan utama kita..in sha ALLAH

secara ringkasnya secara keseluruhan dari hamba yang kerdil ini, mulakan dengan kenal siapa diri ni sebenarnya, then kenal pasti kelebihan apa yang kita punya..lepas tu, gunakan sebaiknya kelebihan itu di atas jalan ALLAH...lepastu, kite jalan ikut jalan seorang "Individu Muslim", dan terus jalan "naik tangga"  sampai kite jejak "Ustaziyatul Alam".. ameen!

prioriti biar jelas! "alat2" tu semua biar cantik dan kemas! ALLAH hanya pandang usaha! =)

selepas habes program daurah 2 hari, kami teruskan perjalanan kami selama 5 hari, dengan semangat dan mungkin dengan pemikiran yang baru..in sha ALLAH!

hamba gembira...syukur sangat..ALLAH bagi setiap apa yang hamba minta...hamba pernah bermimpi melihat air terjun dan pelangi, dan ALLAH izinkan hamba lihat 2 tempat air terjun dengan dua lapis pelangi yang sangat2 indah...walau tidak sama dengan mimpi hamba..ia tetap sangat indah...masha ALLAH!

ALLAH izinkan setiap apa yang hamba minta..subhana ALLAH...pengisian sepanjang perjalanan tidak kurang hebatnya,..syukur, ALLAH kumpulkan mereka2 yang punya kelebihan masing2, mengasah diri sendiri mencari "logam"   yang tersembunyi hanya atas satu tujuan ---> REDHA ALLAH!

atas jalan ini hamba cuba kuatkan lagi kaki melangkah...memang tidak akan mampu untuk melakukan sendiri, sebab tu hamba perlu sahabat2 di sekeliling...dengan tarbiyah semula jadi dari alam sekitar...yang tidak pernah jemu lensa mata merakamkan keindahanNYA..kebesaranNYA...tidakpernah jemu ucapkan subhana ALLAH! masha ALLAH! ALLAHU AKBAR! tidak pernah jemu walau yang dilihat itu
"bende: yang sama (air, langit, pokok) tiada apa yang lain..sama je..tapi, hebatnya KUASA DIA, mata terpana dan terus terpana dengan keunikan ciptaanNYA..

yellowstone -sisters-

snoqualmie falls park-oregon-

multnomah falls-oregon-

...everything is about nature..and HIM...

dan untuk itu, hamba di hadiahkan dengan ini

dari seorang sahabat
*hamba baru dapat keseronokan melihat "apa yang ada dengan air terjun"
alhamdulillah!

in sha ALLAH...perubahan selepas ini yang ALLAH ingin tengok..doakan hamba dan sahabat2 sekalian..

almumtahanah
pengalaman musafir berkenalan sesama kita
semoga ALLAH redha..
119
3/29/2013


0 comments: