winter break 2013

bismillah..

assalamu'alaikum...alhamdulillah...done with fall quarter 2013.
and what happened?

travel ke arizona 4 hari, 3 malam.. dan satu malam full dalam kete, walking, hiking 10 miles pegi balik so total 20 miles..sebab nak pegi sini

havasu fall, grand canyon

jalan nak ke sini..masha ALLAH...dengan sakit kaki, melecet,terseliuh..semua cukup, pakej..dan hasilnya..ini..subhana ALLAH!

dan itu mengingatkan hamba, begitu sukarnya jalan, untuk dapat sesuatu indah.

dan banyaknya dugaan untuk ALLAH hadiahkan dengan sesuatu yang sangat baik. husnuzon

dan balik semula, hampir gelap.. hamba tak mampu nak teruskan perjalanan.. dengan asbab ALLAH hadirkan sahabat2 hebat, mereka sediakan hamba kemudahan. alhamdulillah.

didalam perjalanan balik, dalam keadaan gelap, ofkos dengan kaki yang tak berapa nak boleh melangkah namun gagahkan juga walau payah, terbayang wajah "dia".. yang jauh di mata.. lepas satu persatu impian dan harapan bermain di fikiran. hamba gagahkan lagi kaki untuk melangkah.."aku tak peduli dengan kau ni sakit!" hamba menangis..jalan terus..10 miles lagi untuk pulang. sahabat memberi semangat, mereka juga sakit kakinya, cramp, melecet, semua...kami semua dalam keadaan tertekan, dan buat hamba terfikir, kalau tidak ada DIA  dalam jiwa dan hati dalam setiap kami, mungkin dah lama kami tersadai di kawasan yang kelilingnya gunung dan bukit. tiada siapa. gelap dan hanya cahaya bulan yang menerangi...telefon semua kehabisan bateri, torchlight semua makin lama makin malap..dan kami hanya punya satu cahaya.. bulan..itu yang menjadi penyuluh jalan kami...alhamdulillah..

dalam berat itu juga, hamba teringat kisah umar al-khatab bersama kisah hijrahnya Rasulullah. kaki berdarah, berkaki ayam. hamba sangat rindu rasulullah saat itu. dan sepenuhnya harapan hamba letak pada DIA.. LA HAW LA WALA KUWATA ILLAH BILLAH!

alhamdulillah...berjaya, hampir jam 12 malam sampai ke parking. masuk van, letak badan kaki semua, mata terpejam kaki langsung tak boleh bergerak..allahu..sakit..

itu kisah kelmarin.

dan terus berjalan esoknya.. ke antelope grand canyon.. 
bebatu yang hasilnya dari angin dan air. subhana ALLAH..satu lagi ciptaan DIA, dan buat hamba terfikir, kalau bukan DIA yang menggerakkan angin dan air tu untuk membentuk bebatu semua tu, siapa lagi yang mampu?
tak dapat nak nafi. hanya DIA yang mampu. masha ALLAH!


bahagian dalam upper antelope grand canyon

dan alhamdulillah, malam nye dapat tido hotel di vegas. =)

sambung lagi perjalanan tadabbur alam hamba. ke death valley..name tempat scary, tempat pun scary gak actually tp cantik semua! ^^
banyak juga "hadiah" dari DIA..-line takde, internet takde, jalan licin,- namun, alhamdulillah..DIA jaga. syukur.
dan itu tarbiyah. pelajaran.. alhamdulillah..
=)

dan alhamdulillah, kami sampai rumah dalam jam 2 lebih pagi. hampir pukul 3 pagi. fon yang dah lama mati terus cas.. (first time rasa tak boleh hidup kalau fon ni tak hidup..hohoho..mabuk air sejuk! =P)

dan ini khas untuk awak, 
jujur... rasa itu ada
rasa yang sama seperti yang awak rasa.
sama.
rindu.
takde line nak cari line, takde bateri nak cari charger terus cas fon..itu yang saya rasa. yup.
cannot deny.
dan saya nak amek ayat awak ni,

"ibarat air mengalir tanpa henti, yang tidak pernah rasa jemu berpusing melalui ranjau yang sama, diulang-ulang tanpa bosan..menjadikan kita berfikir apakah tujuan hidup ini jika tanpa cinta yang mengalir tanpa henti di celah2 jalur dugaan kehidupan..sesungguhnya cinta itu satu ni'mat yang besar dari DIA...maka jagalah ia dengan istiqamah"

in sha ALLAH..hanya kerana ALLAH, hanya dengan izin DIA..banyak saya belajar dr trip kali ni, dengan ada awak "bersama"..berbanding dengan saya yang dahulu...banyak lainnya..

semoga ALLAH izinkan awak temankan saya terus sampai syurga! =)

-buat "dia" yang ALLAH hadirkan dalam hidup hamba untuk kenal apa itu erti saling memerlukan
yang mengajar hamba apa itu saling melengkapkan,
yang membuat hamba untuk menyempurnakan,
"dia" yang ALLAH hadirkan buat hamba sebagai pencorak impian dan harapan di masa depan,
"dia" yang ALLAH izinkan untuk hamba berkongsi segala rasa dan cerita,
yang secara tidak langsung memberi hamba semangat melangkah ke hadapan,
itu "dia"..impian masa hadapan..
yang hamba harapkan teguh dan kuat atas paksi DIA. hanya kerana DIA!-

harapan tahun hadapan-semoga ALLAH kuatkan hamba dan "dia" untuk terus melangkah naik anak tangga seterusnya- semoga DIA redha yang pasti.

dan yang pasti jalan kali ni, lain dari yang lain, unikdan osem!

letak sepenuhnya pergantungan hanya pada DIA.

next ke MUKTAMAR, LOUISVILLE KENTUCKY, 
semoga ALLAH kuatkan jua kaki kami..
seminggu.. jangan takut terbang tinggi untuk mencari ilmu..

in sha ALLAH, pengalaman di MUKTAMAR akan di update selepas ini
jazakumullahukhairan kathira.
doakan setiap apa yang telah tersusun menjadi yang terbaik dan tidak pernah sia2

salam'alaik
8:43 am
windwood,ca
aj-
~on my way to be a better muslimah.~



"mix feeling"

bismillah..

tiada apa yang menarik tentang entry di sini.
cuma.
alhamdulillah.

masuk 1 haribulan 12 2013.
alhamdulillah.

"Mix feeling" . - inside the blender, campurtekan blend, hancur semua kumpul jadi satu-

my feeling..counting..
bulan 12, 2 minggu lagi final for fall 2013
then cuti 3 minggu - Muktamar 2013 @Kentucky in sha ALLAH.

habes bulan 12. masuk bulan 1 2014.
dan tahun 2014.

harapan dan impian.
hadiah dan hadiah.
untuk keluarga tercinta,
selak kenangan dan cita2 yang dahulu.
semoga ALLAH kabulkan.

June- grad (in sha ALLAH, tolong doakan banyak2! semoga ALLAH permudahkan dan diberi kekuatan untuk menjalani hari2 menuju saat itu)

-pulang malaysia-
story begin
till that time.
I don't know what ALLAH had planned for me. in sha ALLAH. yang pastiterbaik.

-dari DIA kita datang, pada DIA kita kembali-

1:21 pm
12.1.2013
ca.

7 months to go

bismillah...

alhamdulillah..lama dah tinggal awak kan blog..maaf..

bukan sebab sibuk...saya tidak pernah sibuk...urusan dunia ini tak pernah buat saya sibuk..cuma..masa yang saya tidak letakkan pada tempatnya..aseef..

alhamdulillah...lama diam, banyak cerita..namun, yang perlu menjadi rahsia..biar ia rahsia...antara saya dan DIA.

In sha ALLAH..

counting days by days..7 months to go

sehingga saat itu, mungkin, tiada lagi hamba di bumi asing ini..
sehingga saat itu, mungkin, tiada lagi buku2 pelajaran yang bermain di depan, kiri dan kanan hamba..bukan lagi itu yang menjadi teman baik hamba..
sehingga tiba saat itu, mungkin, keluarga hamba telah berada di sisi hamba..
dan mungkin, keluarga hamba sudah menjadi dua. in sha ALLAH.

kami menghitung masa.
detik demi detik atas izin dan hendakNYA..
dalam setiap ratib doa yang kami tadahkan..sepenuh harapan hanya pada DIA.
yang menciptakan dan yang mematikan.

yang maha mengatur segala percaturan.
yang membuat segala perancangan.
kami akur, pasrah dan redha.
kami hanya mampu merancang, dan yang pasti DIA yang lebih hebat mengatur kehidupan.

in sha ALLAH,
doakan kami.
7 months to go. dengan niat kami untuk meraih redhaNYA, menuju ke syurgaNYA bersama.

doa hamba tidak pernah putus untuk setiap apa yang menjadi harapan buat kami. harapan keluarga kami.
doakan kami.
7 months to go. in sha ALLAH, dalam perancangan dan DIA lebih hebat merancang.

doakan kami.

almumtahanah119
5:59pm
11/18/2013
windwood,west covina.

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah...pejam celik dah hampir seminggu dekat UMICH ni...esok nak balik dah...saje nak post dulu kat sini awal, pada asalnya ingat nak post sini bila dah sampai walnut, ALLAH yang susun kan? tengok, terbukti jelas dan nyata..kita manusia hanya mampu merancang.. =)

alhamdulillah...seminggu di UMICH, 2 hari program...

perjalanan pergi, alhamdulillah...ALLAH kirimkan orang2 yang baik di sekeliling... perjalanan smooth, (lari2 sikit kejar time flight tu bende biasa kan..^^)

dalam flight, takde buat apa, duduk jer, ada masa lelap, bangun, baca buku...

buku ni..

-bermakna..dan saya sangat dapat menjiwai..sebab, isu di sana sekarang ni, lebih kurang sama dengan apa yang di alami oleh Hajjah Zainab beberapa tahun yang lalu..sama..tiada beza...ALLAHUMMA IHZIMHUM!

menjiwai dengan merasa sakitnya mereka ditindas hanya kerana menegakkan kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH..hebat ujian mereka ya RABB..hebat...

betul apa yang ALLAH kata dalam surah al-imran ayat 142.
semoga ALLAH redha perjuangan mereka.

6 jam lebih perjalanan ke airport detroit wayne...alhamdulillah...perjalanan ke ann arbor satu jam lebih, naik bas..ahamdulillah..ALLAH bantu..ALLAH teman sepanjang   jalan..tak susah pun..terima kasih ya ALLAH.. 



-langit nan biru di detroit airport-
~jangan takut untuk terbang tinggi demi agama ALLAH~
dan hamba gagahkan jua kaki melangkah hanya untuk DIA..

SubhanaALLAH...besar kuasa ALLAH...

perjalanan hamba mencari ilmu, di hiaskan dengan pencarian diri mencari yang hakiki..

tanggungjawab yang berat dan masa yang singkat, di tambah tenaga yang kurang..ini tarbiyah..

mendirikan yang haq di atas kebatilan, hamba lemah kalau sendirian..ALLAHU RABBI...izinkan hamba melangkah atas redha dan kasih sayangMU...

satu pelajaran demi satu pelajaran dapat hamba pelajari di universiti kehidupan...sendirian di tempat orang, berkenalan dengan orang2 yang baru..tiup semangat ukhuwah fillah yang baru...berjanji untuk bersama bangun dan tarik semula sehingga menjadi jiran di dalam syurga sana..hamba bersyukur..mereka ukhti2 hebat yang ALLAH izinkan untuk hamba jumpa dan beramah mesra...semoga ALLAH redha...

2 hari penuh pengisian berlandaskan tanggungjawab yang perlu di selesaikan. berkumpul bersama memikirkan solusi yang berpatutan. in sha ALLAH..
kita sudah kesuntukan masa.

alhamdulillah..semoga ALLAH izinkan hamba untuk terus di dalam jalan ini..membentuk diri menjadi muslimah yang di redhai...sesungguhnya hanya redha DIA yang hamba damba..dan hanya pintu DIA yang akan hamba ketuk, bukan lagi pintu manusia. 

buat mereka,terima kasih kerana sudi singgah untuk sementara dalam hidup hamba.

-semoga ALLAH izin-

dan bermula lah semula episod baru seorang musafir mencari cinta DIA.izinkan hamba istiqamah.

ann arbor, mi
09/03/13
6.58 pm 



pengakhiran yang baik

i think..i guess..

in sha ALLAH..mungkin itu satu pengakhiran yang baik..buat saya, dan lebih pasti buat dia.

alhamdulillah... mungkin jelas...dan "mungkin" itu akan menjadi "ia pasti" jelas..

entah..dengan penuh harapan..

act like nothing happened before - awkward-

biar masa yang terus bicara.. saya, langsung tiada kuasa..

biarkan..buat masa sekarang, dan mungkin sampai bila-bila...

dan yang pasti..DIA sudah sedia jalan yang lebih baik dari sebelumnya...

tinggal yakin, dan usaha..

bicara dengan DIA apa yang kita mahu..

dan DIA beri bila masanya kita perlu.

itu..rencah hidup orang yang ada iman dalam jiwa.. in sha ALLAH

teruskan doa..doa dan doa..senjata mukmin yang sangat bermakna

kalau kita sombong, kita yang rugi..itu pasti..dan DIA sedikit pun tak kehilangan apa-apa..

jangan sombong-walaupun DIA tahu apa yang tersimpan dalam hati, apa yang terlintas dalam fikiran
-luahkan-

luahkan pada DIA..biar DIA dengar semua..dan minta yang terbaik dari apa yang DIA redha, itu namanya istikharah-

pada manusia, boleh luahkan, itu namanya musyawarah-

dan syukur alhamdulillah di setiap yang berjalan dalam kehidupan-yakin dan pasti, tiada satu pun perkara yang terjadi dalam hidup kita itu sia-sia..tidak ada satu pun-

dan semua itu pasti ada hikmah- fikir dengan zikir-

*dengan harapan, ia benar2 satu pengakhiran.. dan itu, satu pengakhiran yang baik.*

smile to the world as much as you can.
because a smile can change a life.
if you don't receive from others, just give it to them.
give and take-the rule of human sense.

-saya menaip entry ini dengan penuh harapan dan mengharapkan kalian untuk mendoakan. jazakumullahukhairan kathira-

ALLAH beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. senyum. =)

3.20pm
8/13/2013
library
calpolypomona
ca.

anecdote sebuah kehidupan..

sedang berborak berkenaan usrah yang dah lama tak jalan dengan seorang adik yang sangat concern, sambil2 potong buah tembikai susu kuning, perah otak cari solusi...

"what did you say?"
"you say it again, you say me "perempuan" right?"

marah..hampir keluar tangan hinggap ke muka atau mana2 yang dia rasa dia suka nak hinggap.

"no. we not talk about you."

tenang. sambil senyum..dalam hati, astaghfirullah...tak nampak pun kelibat dia datang, tiba2 kena serang camtu..astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah..

"along, they not talk about you."
"along, go! just go! ma, let him be alone..biar die keluar"

garang. tegas.

..............

"hey, i'm sorry bout just now"

"never mind,"

"i'm really sorry"

"no, its okay, never mind"

dan dia berlalu pergi..

"as long as i can smile"

tenang.sabar. ini ujian.

baru sikit, ALLAH hadiahkan..terus teringat kehidupan Rasulullah s.a.w, lagi hebat! bukan takat kejian, cacian, serangan fizikal pun pernah dapat...dan ini membuatkan diri terus kuat untuk senyum. dalam bulan ramadan..dan alhamdulillah..

lembut juga hati hamba ALLAH yang seorang ni.. semoga ALLAH terus lembutkan hati mereka...lembutkan hati mereka untuk pergi terus menghadap DIA..

adik perempuan...datang dari arah belakang. peluk..


"kakak, im really sorry about my brother"
"no, its okay, i'm fine"


...............

selepas seusai solat taraweh,adik perempuan dari seorang abang yang mereka gelar "along" sekali lagi...

"kakak, i'm really really sorry, my along had some bad experience while he going back to malaysia,"
"ohhh.. i see..its okay, i understand. never mind"

"aisyah, auntie minta maaf yer...dia memang macam tu"
"ohh..takpe auntie, "

salam,peluk auntie.

senyum lagi.

satu hari dalam bulan ramadan.

ya ALLAH, izinkan hamba terus kuat dengan apa yang telah ENGKAU aturkan buat hamba... sirah kehidupan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang hebat itu,, izinkan hamba jadikan sebagai sandaran untuk terus kuat...

seorang muslim itu perlu kuat.... sumber utama untuk seorang dai'e...dan seorang dai'e itu, masih belum bekerja kuat jika tiada orang yang membenci...

bersangka baik.

mereka pasti ada kisah silam yang gelap..doakan mereka.

alhamdulillah ya ALLAH atas setiap kejadian yang telah takdirkan buat hamba..
ini mungkin baru sikit, tak mustahil untuk dapat yang lagi besar. semoga ALLAH izinkan untuk kuat atas jalanNYA.

dengan membalas segala fitnah dan tohmahan dengan satu senyuman. bila api di balas api, pasti semakin marak. jadi, hamba putuskan untuk api dibalas dengan senyuman, biar ia terpadam dengan sendiri. dan sabar, itu pelajaran utama.


=)

"close and lock the door
on yesterday's mishaps
throw the key away
try to forget the screw-ups
but the stench lingers anyway"


doakan mereka

bismillah..salam! dah lama tak buka blog ni, sekali buka, skrol bawah..tgk live traffic feed kat sebelah tu...merata dunia terjah blog ni rupanya...senyum..lepas tu, hmmmm...ade ke manfaat yang kalian dapat dari penulisan yang entah apa2 ni...wallahua'alam...saya pun tak tahu..moga ada sedikit...walau tak banyak...sebesar zarah manfaat pun dah alhamdulillah...allah...dah la tak istiqamah..haish! please keep do'a for me supaya lebih istiqamah ya!

07/03/2013 waktu us..gemparnya seluruh dunia dengan kisah kehidupan bumi Mesir...allah...sungguh, hati seorang hamba yang sangat hina ini hanya mampu untuk bersedih...hamba tak usaha langsung untuk membantu, walau hantar sekeping doa..takde! bila dah hilang baru nak nyesal...astaghfirullah...maafkan hamba..maafkan saya saudara Mesir! dan untuk awak-awak semua yang dekat Syria, Gaza, Palestin dan seluruh nya...kalian dalam doa kami! in sha ALLAH..

"fasabrun jamil, wallahu musta'anu 'ala ma tasifun" (12:18)

seperti malam2 sebelum ni, kebiasaannya, surah al-baqarah menjadi peneman waktu tidur kami...tp malam ni, entah kenapa rasa nak dengar alunan surah yusuf... sayu..

semoga ada sesuatu di sebalik ujian ke atas Islam ini...semoga mereka yang ALLAH uji mendapat kesabaran yang baik dan terus yakin akan setiap peraturan yng telah di tetapkan oleh DIA..yakin yang telah di susun sebaiknya setiap yang berlaku..

"setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (lauh mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah."(57:22)

semoga usaha yang sedikit ini ALLAH pandang, dan sehingga ke akhirnya, jika ini yang hamba mampu, izinkan ya ALLAH..sungguh hamba malu dengan mereka yang lebih hebat ushanya di sana..rahmati dan redhai mereka ya RABB!

"Ya ALLAH, kami letakkan Engkau di batang leher musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka, ya ALLAH leburkan kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka, cerai beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 Engkau ke atas mereka. wahai Rabb yang Maha Gagah, Wahai Rabb yang Maha Raksasa, Wahai Rabb yang Bersifat Murka, ya ALLAH, ya ALLAH, ya ALLAH, Wahai Rabb yang Menurunkan Al-Quran, Wahai Rabb yang menggerakkan awan, Wahai Rabb yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka, menangkan kami ke atas mereka." (terjemahana doa qunut nazilah)

semoga ALLAH izinkan kita semua bersatu atas jalan dan tali ikatan DIA!

11:11pm
walnut
ca
#pray4egypt
#pray4all
7/3/2013


bismillahirrahmanirrahim....alhamdulillah... spring 2013 tamat dengan peperiksaan terakhir hari khamis 06/13/2013 jam 11 pagi lebih kurang...alhamdulillah...lepas berusaha, kita tawakal..let ALLAH do the rest...yang kita dapat, itu yang terbaik in sha ALLAH.

06/14/2013 <---- bunda="" lahir="" nbsp="" p="" tarikh="" tercinta="">tahun ni, tak dapat bagi hadiah besar, tahun depan mintak dua hadiah katanya...niat di hati nak bagi satu jer...sekali mintak dua..hmmm..takpelah, asalkan mr abah dah doakan untuk mak dapat dua hadiah besar tahun depan..in sha ALLAH...kami hanya mampu merancang ya ALLAH...ENGKAU juga yang menentukan...semoga termakbul doa dan impian bunda...*kalau tak tahun depan, bagi hadiah untuk abah tahun ni pun boleh kut..^^ ameeen!! cakap boleh laaaaa..nak ngadap, ALLAHUAKBAR! luar nampak tenang, kat dalam kencang..wuhuuu..doa2kan ye..semoga ALLAH redha.. =)

hamba yakin akan doa kedua ibu bapa hamba...yang memberi hamba nafas kebahagiaan..yang selalu beri hamba kekuatan dan arah tujuan...mereka..dan tidak ada satu perkara pun yang mereka tidak tahu mengenai kehidupan hamba..dan atas asbab itu, hamba yakin dengan setiap kata dan pilihan mereka..semoga hamba terus yakin kerana ENGKAU yang memberi mereka ilham...beri mereka bahagia ya ALLAH..beri mereka tenang itu ya RABB...izinkan untuk hamba berusaha semampu hamba untuk jadi anak yang solehah di mata mereka...yang akan membawa mereka dan kami sekeluarga berkumpul dalam syurgaMU...dengan mereka yang hamba cinta...izinkan itu ya ALLAH..ameen..

saya, aisahtull jamiza abd jamil
anak ketiga puan rojanah binti ridzwan dan tuan abd jamil bin said
merindui dakapan dan nasihat mereka..
semoga ALLAH izinkan untuk kami berkumpul di dunia ini..sebelum DIA kumpulkan kami di SANA...
5.56pm
walnut, ca.
loveyoumykacakbergayamrabahandmysweetycutieforeverpuanemak! <3 nbsp="" p="">*cita-cita nak jadi macam mak, takkan pernah padam! semangat! ^^
salam'alaik!

tanya sama hati~


Tanya pada pokok apa sebab goyang,

Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang



suke pulak  layan lagu ni..^^ 

no words to say..

nak dengar lagunye, sila gugel k!

almumtahanah

sedang bersedia untuk musim peperiksaan akhir spring quarter
mohon doa dari semua! =)
6/4/2013
walnut,ca.

ujian cinta seorang dia

i still don't understand love,
so i cannot get any closer
but why does my foolish heart
keep pounding?
i'm haunted by you again and again
i just can't get away
this hopeless love
hurts my heart so much
going from day to night
you're all i think about
being so pitiful and silly
what should i do?
heart follow love
what am i going to do?
this hopeless love
hurts my heart so much
the day when my pain fades away
will that day overcome?
being so pitiful and silly
what can i do after all
the moonlight is so beautiful
i just can't get away
let me lie down by your side for a moment
a moment, just a moment

foxrain-gumiho

sedih lirik ni..(tahap kesedihan terpulang pada mereka yang merasa) =)

cinta...
pada yang hakiki itu pasti..
dengan izin DIA juga, kita meminta untuk terus mencintaiNYA..
pada manusia, keluarga, ayah bonda sanak saudara..itu juga pasti, namun di ragui kesetiaannya..dengan izin DIA juga kasih sayang dan cinta itu bertandang..
pada mereka yang punya cinta...semaikan ia dengan sebaiknya...

pernah suatu hari dia bertanya, apa itu cinta?
penting ke cinta tu?
apa definisi cinta buat kalian?

ada yang kata
"cinta ini fitrah, fitrah seseorang ingin di cintai dan mencintai, ingin di sayangi dan menyayangi"
ada juga yang kata
"cinta ini tiada dosa, bagaimana kita menguruskan itu datangnya dosa atau pahala"

berkait juga dengan cinta..
timbul satu lagi persoalan,
-tanda-tanda cinta-
pernah suatu hari, sedang duduk
dia bertanya kepada seorang sahabat
"cemburu tu tanda cinta ke?"
dan jawapannya,
"tanpa cemburu, cinta itu buta"
senyum tanpa kata bagai tiada apa rasa...
koreksi diri atas asbab apa dia cemburu.. (geleng kepala, tidak faham mengapa harus cemburu)

kata seorang lagi sahabat,
"cemburu tu maksudnya suka la"

ketawa kelat...

bagai tiada apa lagi rasa ketika itu...tidak boleh terima kenyataan mungkin dia sedang jatuh cinta dalam tiada siapa yang mahu terima...
diri dia bagai hilang segala rasa cinta yang sebenarnya dia ada...patah hati katanya...
bagai menolak setiap perkara yang bertandang tanpa tahu apa maksud kedatangannya...
dia merasa tidak perlu untuk bicara soal cinta...keras di luar...di dalam..itu urusan DIA..

pernah juga dulu diberi ujian cinta untuk dia... yang mungkin itu juga cinta...tapi, dia tak pernah tahu apa itu cinta...dan ujian penantian sehingga hilang segala rasa...hilang, pergi  begitu saja tanpa tinggal sedikit pun luka...tiada apa lagi yang di bicarakan soal ujian cinta dia...redha dia untuk terima bukan sehari dua, itu kisah lama dia...

tidak berniat untuk melanjutkan cerita...biarlah...itu kisah dia..kisah kita, mungkin sama dan mungkin langsung tidak...kita doakan semoa ALLAH izinkan hati dia untuk kuat atas apa yang di rasa dan merasa...semoga dia terus kuat mencari erti cinta yang sepatutnya dia peroleh..ALLAH lebih tahu situasi dia..kuat ya sahabat! engkau adalah aku, dan aku adalah engkau! yang pasti, aku cinta engkau sampai jannah lillah! 

soalan2 itu terkeluar mungkin dia sudah penat melayan perkara yang menjadi gangguan...takper, hak dia, dan dia perlu tahu itu semua.. =)

sampai sini saja dulu kisah seorang dia, yang mungkin kita boleh ambil pengajaran dan iktibar dan mungkin cadangan tindakan apa yang harus dia lakukan..mungkin...HE KNOWS BETTER!

salam mencari erti cinta dalam ruang lingkup kehidupan yang fana
almumtahanah
ingin berganti hati
dari DIA dan untuk DIA
4/27/2013
walnut,ca.




"tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan ALLAH akan  menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"(HR Bukhari dan Muslim)

sabar ye sayang...sikit je tu..ALLAH nak bagi kurang sikit dosa tu...jangan mengeluh, jangan rasa penat...in sha ALLAH...ada bahagian ALLAH simpan...

alhamdulillah...semoga sakit yang sikit ini menjadi satu asbab terhapusnya dosa-dosa kecil hamba..ameen,.

dua biji panadol sudah di telan, sebiji ubat selesema yang comel telah berjaya masuk ke dalam badan..
kepala pun semakin berpusing,mata berpinar tak nampak tulisan...izinkan saya undur diri, doakan saya dalam menjalani tempoh2 penghapus dosa2 kecil ini..maafkan saya andai terkasar atau terlebih bicara...*banyak sangat dosa ni, ALLAH dah tampar sikit..alhamdulillah..syukur, ALLAH masih pandang..=)

nite! salam!

10.00 pm
walnut
ca.



~ALLAH mencela mereka yang sentiasa mengukur segala sesuatu dengan harta:
"yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira bahwa harta itu dapat mengekalkannya" (al-humazah:2-3)~

Ya ALLAH...jangan biar hamba mudah jatuh cinta...
jatuh cinta pada dunia..
pada yang bukan hamba punya...
jangan ya ALLAH...

Ya ALLAH...
izinkan cinta hamba untuk apa yang ENGKAU redha..

almumtahanah
11.35a.m
4/15/2013
tengahmerangkakpergimenujuDIA
yangsedangsakittenat

...jilbab ungu itu...


bismillah...

alhamdulillah ya rabb..

dalam library sambil2 study tadi terfikir nak kongsikan satu kisah...kisah benar..yang terjadi lebih kurang 2 tahun lepas..di malaysia..in sha ALLAH

kisah ni, saya yang punya, yang rasa itu saya, alhamdulillah..

hari ulang tahun kelahiran pada 2 tahun yang lepas, dapat banyak hadiah...semua ungu..masha ALLAH! sahabat2 saya sangat hebat untuk buat saya tersenyum dan ketawa...dalam hadiah tu, termasuk satu helai kain..yang sudah siap di jahit...itulah die...jilbab ungu itu...

saya terima..simpan...dan waktu tu cuti semester...
bawak semua hadiah2 tu balik rumah...sampai rumah...tunjuk kat mak semuanya...dan jilbab ungu itu...bg saya, ia amat istimewa...

-hari pulang ke kolej dan masih di rumah-
"mak, balik kolej nak pakai jilbab ungu tu la, boleh?"
"pakailah, baguslah...berhijrah..ke arah yang lebih baik"

perasaan masa tu...ALLAH! gembira..senyum, sampai ke telinga tak sudah2...alhamdulillah ya ALLAH! mak ngan abah saya sangat supportive...mereka terima!!

kenapa saya cakap mereka terima? sebab sesetengah ibu bapa, mereka sangat janggal dan pelik kalau anak perempuan mereka berubah pakai tudung labuh...pelik..aneh! tapi mak abah saya, ALLAHUAKBAR! mereka terima!

itu pertama kali saya mengenakan jilbab ungu itu...cantik warnanya...ungu...(bertambah-tambah suka sebab ungu itu adalah salah satu warna feveret saya) =)

pakai jilbab itu, sambil pegang aidil sufian yang masa tu masih baby...kecik lagi...kakak baru lepas pantang pun...ALLAH...*mata masuk habuk*

alhamdulillah...itu..detik pemula saya memakai tudung labuh...selepas dari tu, terus semangat nak cari tudung2 60 inci dekat masjed india...diorang semua jual tudung 60 inci murah2...lagi la seronok nak beli..sekali beli due tige helai...*orang tengok macam tak reti nak berjimat budak ni...haha...tapi as for me, mungkin lepas ni takde dah promosi murah camtu lagi..grab jelaa...seronok!

tapi sebelum tu, saya berjaya melabuhkan baju...kalau bab baju, ALLAH bagi tarbiyah dengan cara yang lain..perantara yang lain..mungkin kalau jilbab itu melalui sahabat, tapi baju, melalui abang ipar sendiri...walaupun seorang abang ipar tu bukan saudara kandung, tpi saya tetap bersyukur...dengan asbab dia datang dalam keluarga kami, dia berjaya buat saya menuju ke arah kebaikan...tegur tak salahkan kalau itu untuk kebaikan? saya tak marah, saya terima seadanya masa tu..alhamdulillah...selepas tu, baju saya labuh2 semua...kat kedai cari baju t-shirt muslimah..dulu penah femes...seronok! dapat hadiah jugak dari seorang kakak, berubah ni best kan? alhamdulillah...

dan selepas itu, ALLAH bagi tarbiyah untuk kaki pulak..part ni, tarbiyah ALLAH melalui satu bulatan yang kami buat di kolej...dari sahabat yang sama yang beri hadiah jilbab ungu itu....alhamdulillah...lepas dengar pasal kaki kene tutup, cari info semua (sebab isu jugak bab kaki ni aurat ke tak) then esoknya, saya berubah...saya mula pakai stokin..pakai kasut bertutup...ALLAH...banyak yang berubah...dan saya terima semua itu dengan senang dan mudah...tiada apa yang susah...sebab ALLAH kata ISLAM ini mudah...

selepas satu persatu perubahan ni, saya semakin gembira...gembira yang ALLAH pilih saya melalui perantara-perantara itu...saya bukan pada asalnya memang bertudung labuh..saya bukan yang pada asalnya sudah berbaju labuh...bukan yang pada asalnya berstokin...bukan...tapi alhamdulillah..saya masih menutup aurat, cume belum sempurna....dan kini...in sha ALLAH...ke arah penyempurnaan..mungkin lepas ni..berniqab? doakan...in sha ALLAH.. =)

in sha ALLAH...bila ALLAH beri lagi perantaraan untuk saya melangkah ke arah yang lebih baik....bila semua sudah tertutup rapi....akhlak dan peribadi juga perlu di tutup serapatnya...in sha ALLAH...saya sedang cuba...doakan dan terus doakan...

saya sangat yakin, kalau bukan doa orang2 sekeliling saya, saya takkan dapat kuat berubah sampai menjadi diri saya sekarang...alhamdulillah....perjalanan ini mungkin dah tak lama..kalau bukan kepada ALLAH kita kembali, kita nak kembali pada siapa??

in sha ALLAH...saya tinggalkan soalan tu untuk semua...dapatkan jawapan dan simpan dalam2...semoga bermanfaat...mohon terus doa semoga ALLAH bagi lagi jalan tarbiyah untuk capai terus redha DIA...ameen

almumtahanah
4/10/2013
walnut
ca


ketukan dari mimpi...

bismillah...allah..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
bila ALLAH bagi izin untuk hamba berjalan dan merangkak menuju redha NYA dalam nafas yang sebenar2 nafas seorang hamba, rasa syukur..nak jumpa ALLAH sekarang jugak perasaannya tu...ALLAH...betul..DIA akan terus bagi ujian sampai kita serah diri sepenuhnya pada DIA...bukan ALLAH tak bg ujian bila kita dah serah diri, tak, ujian tu tetap ada, cuma penerimaan kita tu yang bagaimana...in sha ALLAH...dr satu persatu perjalanan kehidupan ni segalanya ujian, sebab apa? sebab DIA nak naikkan kita punya darjat...jadinya, ucap ALHAMDULILLAH...jangan lemah, jangan sedih..menangis sikit takper, tp tu bukan tanda lemah, tu tanda you have that feeling, itu normal, ingat ayat2 cinta ALLAH?

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman." (3:139)

inilah indahnya urusan seorang ISLAM, bila diberi ni'mat die bersyukur, bile diberi mehnah, die bersyukur juga....in sha ALLAH, jangan risau, ALLAH yang jaga semua tu..SEMUA..

ketukan mimpi??
in sha ALLAH...as satu sharing dekat sini...diri sendiri dalam mimpi yang berkata ini kepada sahabat2 yang lain...
---> "kita ni selalu sangat bincang soal hati dan perasaan sebab tu ISLAM gerak lambat!"
dengan nada keras dan tegas... ni sebenarnya, ketuk diri sendiri! bangun2 je rasa kene tampar, lempang, hiris bawang segalanya lah..ALLAH... PERINGATAN!

untuk saya sendiri...cukup tentang soal itu...bagi ALLAH urus semua tu..
memang betul, kite kene tadbir, tapi ingat takdir ALLAH lagi besar...banyak lagi bende yang kita boleh buat kan...prioriti kita mana??

fokus itu..TUJUAN kita...
bukan tak boleh langsung bicara soal hati dan perasaan, cuma jangan sampai itu menjadi perkara utama dalam kehidupan seharian...
nak jadi seorang dai'e die kene ada jiwa yang besar, tak main kecik2 hati ni..buang masa jer...terasa hati tu normal, tp kene normal kan balik situasi...bincang apa yang tak kene, cari solusi...ni sepatutnya..bukan letak simpan dalam hati, lepas tu burst suke suki buat orang lain pulak sakit hati? bukan camtu sifatnya seorang dai'e ----> pesan untuk diri saya sendiri <---- p="">
no worries..my life so far alhamdulillah! *bajet adelah yang risau ni* =P
in sha ALLAH...apa pun yang jadi kat kita, fokus JADI YANG TERBAIK! bersungguh-sungguh..(itqan)
niat selalu kene renew, rugi kalau kita buat something tapi tak niatkan kerana ALLAH, bak kata Dr.Muhaya...kalau kita niat lillahita'ala, automatik kita dapat pahala..jadi segala urusan tak sia2..in sha ALLAH...

alhamdulillah...banyak perkara sekeliling yang berjaya mengetuk diri saya sendiri, nak bangun nye tu entah bila...inilah dia...si pemalas! saya la tu orangnya tu..yang paling malas dalam segala bende...allah!

cukup cukup sudah! saya taknak buang masa, saya akan ikut arus perjalanan masa, seiring bersama..menuju redha DIA..in sha ALLAH! doakan hamba kerdil ini, semoga setiap cita dan impian tercapai hanya untuk DIA!
wallahua'alam..segala yang tertulis di sini..semuanya adalah untuk diri saya sendiri...semoga bermanfaat buat kalian yang membaca..dan paling utama semoga ALLAH redha..jazakumullahukhairan kathira..maaf andai tergores di mana-mana..salam!

almumtahanah
9.34a.m
4/7/2013
walnut
ca.


la tas'aluni

"jangan tanyakan aku tentang hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah
ia adalah ujian
ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
aku telah menjualnya kepada ALLAH
kemudian aku berjalan dalam barisan
para pembawa petunjuk
jalan hidupku adalah al-quran
pedang dan ujian
Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah melaluinya
para syuhada telah mnyirami jalan ini dengan
dengan darah mereka
maka jadilah ia taman indah yang di kelilingi cahaya
sedangkan penghujung perjalananku
adalah apa yang meredhakan Allah
dan apa yang di inginkanNya
keuntungan dan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
jika engkau tahu bahawa umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu.."

la tas'aluni Muhammad Al-Husayn

kum fa'anzir!

salam'alaik!

hepi circle, bulatan gembira, kasih sayang ikatan ukhuwah fillah..dan ade jugak yang kata usrah fillah.. yang kata ni, sorang adek sayang saya..haihaihai...apa2 lah sayang oii..akak hepi jer! ^^

taip entry ni pun sebab hepi jer tengok adek2 semua hepi...ALLAH...baru lah terasa diri ni kakak kakak sangat...selama ni, kakak la jugak, tapi tak berapa la nak kakak nye pun..hehe..takpelah,papepun, jalan ni,,bukan ALLAH suka2 nak bagi...

nak pesan dekat diri sendiri...ALLAH takkan pernah sia2kan setiap apa yang hambaNYA lakukan...lagi satu..hak kita untuk kite laksanakan sepanjang perjalanan kehidupan, sentuh seberapa banyak hati yang kita mampu untuk kembali kepada jalan DIA..tugas kita..SAMPAIKAN..jangan cakap tu tugas NABI atau RASUL je..tak tak tak..tukar mindset...tugas menyampaikan jugak terletak di atas bahu kita, yang sebenarnya termaktub dalam quran surah 2 ayat 30..(sila rujuk terjemahan masing2). itu..jelas..in sha ALLAH..

selepas tugas kita menyampaikan..kita berdoa pada ALLAH, semoga setiap perkara yang kita sampaikan memberi manfaat kepada mereka seterusnya membawa mereka kepada hadaf utama kita..mencapai REDHA DIA untuk bertemu DIA di syurga...lagi satu sebab kita perlu menjadi penyampai untuk semua sekalian makhluk di alam semesta ni, kerana kita tak pernah tahu isi hati mereka, mungkin terlintas dlm hati mereka untuk hidayah tu, cume taktahu jalan dan sumber..sebab tu, kite kene selalu bersedia dgn menjadi penyampai...caranya?

banyak! - akhlak- cara muamalah- peribadi- komunikasi skill-banyak lagi laa..kita mampu buat semua tu, sebab kita manusia yang hidupnya sama seperti mereka yang lain jugak..yang menjadikan kita lain ialah kita jalankan hidup kita dengan panduan Quran dan Sunnah...kita ade guideline, kite ade skema jawapan lengkap untuk di bawa ke SANA nanti...nak apa lagi? (jangan tepuk dada, terus tanya iman)

lagi lagi...lepas kita cuba untuk sampaikan sesuatu tu, kita jangan lupa..hak ALLAH...hak ALLAH yang memberi mereka hidayah dan taufiq...sama ada mereka boleh terima atau tidak, itu urusan DIA..DIA maha tahu apa yang terkandung dalam setiap isi hati hambanya...kita pulak, jangan sedih tak pasal2...keep on doa untuk mereka! in sha ALLAH..

ALLAH dah bagi dah satu ayat untuk kita

"sesungguhnya engkau hanya memberi peringatan kepada orang2 yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada RABB yang MAHA PENGASIH, walaupun  mereka tidak melihatNYA. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia." (yasin:11)

tengok..jelas kan? =)

jangan putus asa k! ni nasihat untuk diri saya sendiri khasnya!
*tajuk entry sangat berkaitan dengan isi entry*

doakan saya terus istiqamah atas jalan ini..
doakan saya semoga ALLAH redha setiap apa yang menjadi impian dan cita2 saya
doakan saya semoga ALLAH izinkan hati2 mereka itu mendapat sentuhan yang bermanfaat
saya sentiasa doakan kalian semoga setiap apa yang di lakukan mendapat rahmat dan redha DIA!
jom sama- sama masuk syurga!
"orang yang nak bawa orang lain masuk syurga, takkan buang masa!"
JOM!
almumtahanah
5.43 p.m
3/31/2013
walnut
ca.

cuti spring 2013

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

cuti spring kali ni di isi dengan perjalanan permusafiran yang cukup panjang..
di mulakan dengan program daurah dari pihak MISG dengan tajuk "the unspoken truth"

alhamdulillah...ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu perkara yang terjadi itu sia2..dan hamba yakin akan itu..in sha ALLAH..dari segi penyampaian dan penjelasan sangat membuka minda setiap mereka yang mendengar...lebih2 lagi untuk hamba yang masih bertatih dalam jalan Dakwah dan tarbiyah ni....in sha ALLAH..

hadirnya program ini menjelaskan kite semua tentang tujuan hidup kite...apa yang kite prioriti kan dalam hidup..prioriti itu jugak kite kene kenal, mana yang perlu disegerakan dan mana y tidak...as for me, yang memang bergelar pelajar sepenuh masa, yang mengikuti bulatan gembira setiap minggu dan "join" halaqah tetap hujung minggu, dan tak kurang dengan kerja sekola dan projek2 yang perlu di selesaikan kadang2 lari dari jalan yang disediakan..kadang2 tersilap masuk lane..lupa mana yang penting yang perlu disegerakan...tapi, in sha ALLAH selepas segala penerangan yang di bentangkan tentang "siapa kita" dan "apa yang kita perlu jadi" membuka ruang dan peluang untuk lebih memahami dan selami...in sha ALLAH

sedikit sebanyak tentang isi program daurah ISR WEST 2013 --->tujuan hidup yang utama

1) hamba ALLAH   [51:56]
2) Khalifah ALLAH [2:30]

dan setiap yang berada di sekeliling kita semua adalah "alat" untuk capai dua tujuan utama kita..in sha ALLAH

secara ringkasnya secara keseluruhan dari hamba yang kerdil ini, mulakan dengan kenal siapa diri ni sebenarnya, then kenal pasti kelebihan apa yang kita punya..lepas tu, gunakan sebaiknya kelebihan itu di atas jalan ALLAH...lepastu, kite jalan ikut jalan seorang "Individu Muslim", dan terus jalan "naik tangga"  sampai kite jejak "Ustaziyatul Alam".. ameen!

prioriti biar jelas! "alat2" tu semua biar cantik dan kemas! ALLAH hanya pandang usaha! =)

selepas habes program daurah 2 hari, kami teruskan perjalanan kami selama 5 hari, dengan semangat dan mungkin dengan pemikiran yang baru..in sha ALLAH!

hamba gembira...syukur sangat..ALLAH bagi setiap apa yang hamba minta...hamba pernah bermimpi melihat air terjun dan pelangi, dan ALLAH izinkan hamba lihat 2 tempat air terjun dengan dua lapis pelangi yang sangat2 indah...walau tidak sama dengan mimpi hamba..ia tetap sangat indah...masha ALLAH!

ALLAH izinkan setiap apa yang hamba minta..subhana ALLAH...pengisian sepanjang perjalanan tidak kurang hebatnya,..syukur, ALLAH kumpulkan mereka2 yang punya kelebihan masing2, mengasah diri sendiri mencari "logam"   yang tersembunyi hanya atas satu tujuan ---> REDHA ALLAH!

atas jalan ini hamba cuba kuatkan lagi kaki melangkah...memang tidak akan mampu untuk melakukan sendiri, sebab tu hamba perlu sahabat2 di sekeliling...dengan tarbiyah semula jadi dari alam sekitar...yang tidak pernah jemu lensa mata merakamkan keindahanNYA..kebesaranNYA...tidakpernah jemu ucapkan subhana ALLAH! masha ALLAH! ALLAHU AKBAR! tidak pernah jemu walau yang dilihat itu
"bende: yang sama (air, langit, pokok) tiada apa yang lain..sama je..tapi, hebatnya KUASA DIA, mata terpana dan terus terpana dengan keunikan ciptaanNYA..

yellowstone -sisters-

snoqualmie falls park-oregon-

multnomah falls-oregon-

...everything is about nature..and HIM...

dan untuk itu, hamba di hadiahkan dengan ini

dari seorang sahabat
*hamba baru dapat keseronokan melihat "apa yang ada dengan air terjun"
alhamdulillah!

in sha ALLAH...perubahan selepas ini yang ALLAH ingin tengok..doakan hamba dan sahabat2 sekalian..

almumtahanah
pengalaman musafir berkenalan sesama kita
semoga ALLAH redha..
119
3/29/2013


;;